25/08/2026
π²πΎπ₯ 500 PESERTA MERIAHKAN KEJOHANAN TAEKWONDO β SEMARAKKAN SEMANGAT MERDEKA! π²πΎ
KLANG, SELANGOR | 23 OGOS 2026
Salam Sejahtera.. Salam Malaysia Madani..saya ingin maklumkan atas kejayaan penganjuran Kejohanan Kesenian & Kebudayaan Seni Bela Diri Taekwondo (Antara Sekolah-Sekoah) β SPEED KICK & PUNCH di Dewan Terbuka SJKT Simpang Lima.
Seramai 500 peserta dari beberapa negeri telah mengambil bahagian, bersama guru, ibu bapa dan komuniti dalam satu program yang bukan sekadar pertandingan, tetapi menjadi platform untuk membina disiplin, keyakinan diri, keberanian, fokus, sahsiah dan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.
Sebagai Pengasas Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia, saya percaya kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pingat yang dimenangi.
π₯ Kemenangan sebenar adalah apabila seorang anak menjadi lebih berdisiplin, lebih yakin, lebih berani dan lebih menghormati orang lain.
π²πΎ Lebih bermakna, kejohanan ini turut menyemarakkan semangat Merdeka. Peserta, guru, ibu bapa dan seluruh komuniti bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu patriotik dan melaungkan MERDEKA!
Detik ini membuktikan bahawa Taekwondo mampu menjadi wadah perpaduan, menyatukan masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.
Semangat ini amat bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI serta seruan YAB Perdana Menteri, Datoβ Seri Anwar Ibrahim (PMX), untuk terus memperkukuhkan perpaduan, saling menghormati dan membina masyarakat yang inklusif.
π SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada:
YB Dr. Gunaraj George , ADUN Sentosa dan seluruh DUN Sentosa Team atas kehadiran serta sokongan kepada program ini.
Terima kasih juga kepada:
Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja
β’ Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam
β’ Ahli-Ahli Majlis MBDK & MBSA
β’ MBI
β’ KDEB Waste Management
β’ Kementerian Pendidikan Malaysia & Jabatan.
Pendidikan Negeri
β’ Dr.Uma Uma Rani Ramakrishnan
β’ Mr. Guna (KKI) Gunasilen Krisnanmurty
β’ Mr. Thangarajah (Ahli Majlis)
β’ Mr. Azwan (Ahli Majlis) Muhammad Azwan Adam
β’ Mr. Wan Shah (Ahli Majlis) Wan Shah Kota Raja
β’ Pn. Hasheena (Ahli Majlis)
pihak sekolah, guru, ibu bapa, jurulatih, sukarelawan dan seluruh komuniti yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Kejayaan program sebesar ini bukan hasil seorang individu. Ia terhasil daripada kerjasama semua pihak yang percaya bahawa pembangunan generasi muda adalah tanggungjawab kita bersama.
Saya berharap program seperti ini dapat terus diperluaskan dengan penglibatan lebih banyak sekolah dan negeri pada masa akan datang.
Taekwondo bukan sekadar membentuk tubuh yang kuat.Taekwondo membentuk disiplin, karakter, keyakinan dan jati diri.
Dari gelanggang Taekwondo, kita bina generasi Malaysia yang lebih kuat, lebih berdisiplin dan lebih bersatu. π²πΎπ₯
ADUN Sentosa YB Gunaraj
Malaysia MADANI. Malaysia Bersatu.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN! π²πΎ
DR. MASTER EDWIN
Pengasas
Persatuan Seni Bela Diri Taekwondo Malaysia
09/05/2025
03/10/2024
29/09/2024
19/01/2024
10/12/2023
08/12/2023
24/10/2023