22/05/2026
Butterworth, 19Mei 2026 - Kejohanan Badminton Maliki Tertutup 2026 telah berlangsung di JMS Sport Center dengan jayanya.
Ini kali kedua kejohanan ini diadakan dan merupakan acara tahunan terbesar buat kelab P2SR. Kali ini, ia disertai oleh 32 orang pemain bermula dari jam 9.00 malam dan tamat pada 12.30 tengah malam. Kondisi dewan yang yang baru dan selesa juga memberi kepuasan kepada setiap pemain bagi mempamerkan skill dan bakat masing-masing.
Tahniah kepada semua pemenang.
Ribuan trima kasih diucapkan kepada AJK yang terlibat pada malam ni. Sokongan yang padu dalam mengendalikan acara yang besar ini perlu dibanggakan. Terima kasih juga kepada para penyumbang yang sudi bekerjasama dalam menyediakan peralatan PA system, hadiah, makanan serta minuman dan tidak kurang juga sumbangan wang ringgit dalam memastikan pogram ini berjalan dengan lancar. Semoga kejohanan ini dapat diteruskan di masa akan datang sekali gus mencungkil lebih ramai bakat-bakat dalam sukan badminton.
Johan
Haniff Iskandar & Hakim
Naib Johan
Firdaus & Ady
Tempat Ketiga
Aizat Abu Bakar & Husni
Tempat Keempat
Aizat & Pricha
17/05/2026
Kejohanan Badminton Maliki 2026
Open last 3 slot. Pair dipilih secara undian (random)
~First come first serve
15/05/2026
LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH SPU 2026 - BOLA TAMPAR
SEBERANG JAYA, 9 Mei 2026 - Saingan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah SPU 2026 bagi sukan Bola Tampar yang diadakan di Gelanggang Bola Tampar Seberang Jaya telah melabuhkan tirainya. Maliki Volleyball Club (MVC) turut tidak ketinggalan dalam menyertai acara ini. Sungguhpun hanya berlatih dalam 2 minggu sahaja, MVC mampu memberi saingan hebat kepada pasukan lain. Tahniah diucapkan kepada pemain dan pemenang yang telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi untuk memastikan pasukan masing-masing meraih gelaran juara.
06/05/2026
2026, 5 Mei - Perlawanan Persahabatan Bola Tampar di antara Maliki VC bertemu KKSP A, KKSP B & USM bertempat di Kelab Kilat Prai.
Friendly 4 penjuru amat menarik dan berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola tampar.
24/04/2026
2026, 23 April - Perlawanan Persahabatan Bola Tampar di antara Maliki VC bertemu KKSP bertempat di Kelab Kilat Prai.
23/04/2026
2026, 22 April - Perlawanan Persahabatan kedua di antara Maliki BC bertemu TNB Pulau Pinang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil TNB kerana sudi menyediakan minuman kepada semua pemain-pemain.
10/04/2026
2026, 9 April -Potluck Raya Maliki Badminton Club (MBC) sesi 2026. Seramai lebih 20 orang ahli MBC menyertai potluck kali ini dan ini diantara yang paling ramai dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pelbagai menu dan juadah hari raya telah dibawa termasuklah sate, puding karamel, nasi ayam merah, daging sukiya, ketupat, lemang, rendang, desert dan banyak lagi. Terima kasih diucapkan kepada semua. Moga ikatan ukhuwah sesama kita dapat dieratkan sepanjang masa.
**Sukan menyatukan kita semuaπ**
17/02/2026
Ride Santai ke Mossy Forest Cameron Highlands
ποΈ 15 February 2026 | Ahad | 7.00 pagi
π Mossy Forest Cameron Highland
Seramai 13 rider telah menyertai acara konvoi (1 Day Ride) yang bermula dari Kepala Batas (Penang) menuju ke Cameron Highlands. Konvo santai ini melibatkan pelbagai jenis motosikal termasuklah skuter berkuasa tinggi dan kapcai serendah 135cc.
Konvoi bermula jam 7.00 pagi di R&R Sg Bakap dan tiba di Tanah Rata Cameron Highland pada jam 12.00 tengahari. Setelah selesai makan tengahari dan solat jamak di Taman Sedia, group konvoi bergerak ke puncak Gunung Brinchang. Panaroma ladang teh serta lereng bukit yang hijau dan udara yang sejuk sungguh menguji kecekapan para rider dalam mengendalikan jentera masing-masing.
Setelah turun dari puncak Gunung Brinchang, konvoi singgah sebentar di Kea Farm bagi membeli belah buah-buahan segar yang terdapat di Cameron Highland. Konvoi bergerak pulang ke Penang lebih kurang jam 6.30 petang namun terdapat beberapa insiden telah berlaku semasa perjalanan pulang di antaranya 3 kali banjir yang terpaksa diredah apabila tiba di kawasan simpang pulai.
Alhamdulillah, semua rider berjaya tiba di rumah dengan selamat walaupun terpaksa meredah onak dan duri sepanjang perjalanan pergi dan pulang π
π
.
Next Ride? Stay tune... maybe next target "KM" ππ
08/02/2026
2026, 4 Februari - Pembuka tirai 2026 dengan perlawanan persahabatan di antara Maliki BC bertemu TNB Pulau Pinang.
27/01/2026
Ride Santai ke Mossy Forest (Cameron Highland)
15.2.2026
6.30AM Shell Kepala Batas, Penang.
1 day ride