Berdiri lurus, tidak berkekuda.
Menangkis, tidak mengelak.
Pusaka Hanafi Pulau Pinang
Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Pulau Pinang
Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH) merupakan salah satu seni silat Melayu yang unggul dan seni silat ini berpayung di bawah Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia serta merupakan salah sebuah persatuan yang bergiat aktif di negara ini. Bagi negeri Pulau Pinang, SCPH berpayung di bawah Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Pulau Pinang dan mempunyai kelas dan pusat latihan
27/08/2026
Pembelajaran Silat Cekak Pusaka Hanafi menggunakan 21 buah silat. Namun, kesemua buah silat tersebut boleh disesuaikan untuk kegunaan persembahan dan juga situasi bergaduh.
Sepertimana warna "blue black" uniform Silat Cekak Pusaka Hanafi yang tampak cantik di waktu siang dan indah di waktu malam. Iaitu Silat Cekak Pusaka Hanafi sesuai digunakan pada waktu aman sebagai seni kebudayaan dan pada waktu darurat sebagai seni beladiri.
26/08/2026
Parang Lading adalah senjata rasmi Silat Cekak Pusaka Hanafi yang merupakan senjata asli Melayu yang khas digunakan
untuk mempertahankan diri khususnya oleh Panglima Kanan Kerajaan Negeri Kedah semasa zaman pemerintahan Sultan
Ahmad Tajuddin (1854 ~ 1879).
Pembuatan senjata ini adalah unik oleh kerana ia dibuat berdasarkan ukuran beberapa bahagian pada anggota pemilik lading tersebut.
Silat adalah benteng pertahanan Malaysia yang ketiga.
Adalah silat masih relevan?
25/08/2026
CEKAK
- Dalam bahasa Minangkabau bermaksud gaduh. Tetapi bukan tujuan utama silat ini untuk bergaduh akan tetapi ia boleh digunakan untuk menjaga keselamatan diri di dalam pergaduhan
MAKAN CEKAK
- Merupakan peribahasa Melayu Kedah yang membawa pengertian kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas. Jelasnya silat ini adalah seni silat yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri.
Nantikan persembahan sempena Hari Malaysia
Membentuk Adab Kepada Penuntut,
Disebab Jalannya Menjadi Pengikut,
Bukan Berbangga Kerana Disebut,
Kalau Dicaci Tidak Berserabut.
24/08/2026
Seni Silat,
Ia bukan lambang kudrat,
Tetapi,
Dialah perisai satu adat,
Zuriat dan daulat.
Silat diiktiraf sebagai benteng pertahanan ketiga negara oleh kepimpinan Malaysia, manakala barisan pertama dan kedua merangkumi angkatan tentera serta pasukan keselamatan rasmi.
Pengamal silat dianggap sebagai pembantu penting dalam menjaga keharmonian, perpaduan, dan keselamatan komuniti.
Sebuah pertemuan yang menyatukan hati dalam mengenang dan menghayati perjuangan Rasulullah ﷺ. Semoga cinta kepada Baginda terus hidup dalam setiap hati dan langkah kita. Moga akhlak Baginda menjadi pedoman dalam membentuk diri yang lebih baik. Semoga majlis ini membawa ilmu, keberkatan dan ketenangan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Semoga kita sentiasa istiqamah di jalan yang diredai Allah SWT. Salam Maulidur Rasul 1448H.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Telephone
Website
Address
1668 Tingkat 1 Kedai 3 Tingkat, Taman Air Tawar Indah
Kepala Batas
13050