04/06/2026
Perlis GSA FC berbesar hati menerima jemputan menghadiri Kongres Luar Biasa FAM 2026 yang berlangsung di Hilton Petaling Jaya.
Dalam kongres tersebut, Perlis GSA FC diwakili oleh Pengarah Sukan, Encik Ibrahim bin Harun. Kehadiran beliau merupakan satu penghormatan dan peluang untuk bersama-sama mengikuti perkembangan serta hala tuju bola sepak negara, di samping mengeratkan hubungan dengan pemegang taruh dalam industri bola sepak Malaysia.
Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai akan terus memacu kemajuan bola sepak negara ke tahap yang lebih tinggi.
βMenang Tak Gah, Kalah Tak Rebahβ
27/05/2026
Di sebalik setiap keputusan, ada sekumpulan pemain yang tidak pernah berhenti berjuang demi pasukan ini.
Terima kasih kepada seluruh skuad Perlis GSA FC atas segala pengorbanan, komitmen dan semangat yang diberikan sepanjang Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.
Kamu semua telah membawa nama pasukan ini dengan penuh bangga, hati dan keberanian hingga ke penghujung musim.
Perjuangan ini mungkin tidak sempurna, tetapi setiap detik yang dilalui bersama akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini.
Menang Tak Gah, Kalah Tak Rebah.
26/05/2026
πβ¨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H β¨π
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, keluarga besar PERLIS GSA FC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. π€
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT, setiap doa diangkat dengan rahmat, dan setiap langkah kehidupan dipenuhi keberkatan serta kebahagiaan.
Dalam kemenangan kita tidak lupa diri, dalam kekalahan kita tidak rebah.
βMenang tak gah, kalah tak rebah.β ππ
Semoga Aidiladha kali ini mengeratkan ukhuwah, menyuburkan keikhlasan, dan membawa sinar kedamaian buat semua.
π Salam Aidiladha 1447H
Ikhlas daripada PERLIS GSA FC
25/05/2026
πΈ | Perlawan terakhir liga A1 Semi-Pro 2026
24/05/2026
FULL TIME
Perlis GSA FC 0οΈβ£-1οΈβ£ Selangor FC II
Perjalanan Liga A1 Semi-Pro 2026 rasmi melabuhkan tirai. Bukan pengakhiran yang diimpikan, namun semangat perjuangan ini tak pernah padam.
Terima kasih kepada semua pemain, staf kejurulatihan, penaja dan penyokong yang sentiasa bersama kami dari awal hingga akhir musim.
ππ πππ§ππ§π πππ€ π ππ‘, π€ππ₯ππ‘ πππ€ π«ππππ‘!
24/05/2026
SEPARUH MASA
Perlis GSA FC 0οΈβ£ - 1οΈβ£ Selangor FC II
24/05/2026
Kesebelasan Utama pasukan
24/05/2026
Locked in. Focused. Ready for battle.
Warm-up done, now itβs time to leave everything on the pitch.
24/05/2026
π₯ π¦π§ππ₯π§ππ‘π πππ‘π π¨π£ π₯
Barisan pemain Perlis GSA FC untuk aksi menentang Selangor FC II malam ini! ππ
ππ πππ§ππ§π πππ€ π ππ‘, π€ππ₯ππ‘ πππ€ π«ππππ‘!
24/05/2026
ππππππ πππ ππππππππ: πππππ πππππππ ππππ ππππ πππ ππππ ππππππππ
Pihak Perlis GSA FC menyeru seluruh komuniti, penyokong, dan insan-insan berhati mulia untuk bersama-sama dalam misi Perlis GSA Prihatin. Kita ingin menghulurkan tangan, meringankan beban buat saudara kita, Muhammad Nur Hafiz, yang mana anak perempuannya, Nur Iman Sumayyah bt Muhammad Nur Hafiz, kini sedang berjuang melawan Kanser Leukemia. Adik Sumayyah amat memerlukan dana bagi menampung kos rawatan kemoterapi dan pengurusan hospital.
Mari kita terjemahkan solidariti kita di luar padang. Sumbangan ikhlas anda, sekecil mana pun, mampu memberi sinar harapan buat sekeping hati kecil ini untuk kembali sembuh.
Salurkan sumbangan ikhlas anda terus ke akaun rasmi bapa Nur Iman Sumayyah:
πΉ Bank: CIMB
πΉ No. Akaun: 7045532100
πΉ Nama Pemegang: Muhammad Nur Hafiz
Sila imbas kod QR pada poster untuk transaksi yang lebih pantas.
Mohon jasa baik semua untuk bantu berkongsi (share) hantaran ini. Semoga asbab kebaikan ini, Allah lipat gandakan rezeki kita semua.