Kelab Sukan Dan Rekreasi KPJ Perlis

Kelab Sukan Dan Rekreasi KPJ Perlis

Share

Ditubuhkan bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan aktiviti dan sukan dari pihak KSR KPJ Perlis.

Photos from Kelab Sukan Dan Rekreasi KPJ Perlis's post 10/07/2026

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua warga kerja KPJ Perlis yang hadir bagi program pesta buah-buahan tempatan.

Penghargaan besar kepada warga Doktor Pakar KPJ Perlis dengan memberi sumbangan bagi program ini.

πŸ“ Lokasi: Parkir Berbumbung KPJ Perlis
⏰ Masa: Bermula 2.00pm hingga habis
πŸ“…Tarikh : 10 Julai 2026 (Jumaat)

01/07/2026

Jom serbu pesta Buah-buahan Tempatan dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi KPJ Perlis.

Selain durian yang 'meleleh' isinya, ada pelbagai lagi buah-buahan tempatan lain. Jangan tunggu lama-lama, nanti melepas!

πŸ“ Lokasi: Parkir Berbumbung KPJ Perlis
⏰ Masa: 12:30pm hingga habis
πŸ“…Tarikh : 10 Julai 2026 (Jumaat)

Jumpa anda semua di sana! πŸš›πŸ’¨

Terbuka kepada warga kerja KPJ Perlis.

25/06/2026

πŸ“’ SUKAN RAKYAT 2.0 KEMBALI LAGI!

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Kejayaan program ini bermula daripada semangat kerjasama kita bersama!

Ayuh bersiap sedia untuk acara sukan tradisional yang lebih menyeronokkan dan santai.

Info lanjut mengenai pendaftaran dan tarikh akan menyusul tidak lama lagi. Terbuka hanya untuk warga KPJ Perlis sahaja.

One Team One Dream πŸ…

20/06/2026

Semoga berjaya dan All the best Dr Wan Daud bagi larian Sintok Trail Run 15KM di UUM, Sintok pada esok 21 Jun 2026.

- KPJ Perlis Running Club.

24/04/2026

The Silence. The Preparation. The Glory. 🏁

Semangat Perlis International Marathon 2026 kini terasa. Buat semua warga kerja KPJ Perlis yang telah mendaftar, ini adalah masanya untuk kita buktikan stamina dan kecekalan kita di litar larian. πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨

Sama ada anda berjuang di kategori 42km dan 21km pada tengah malam nanti atau di kategori 10km esok pagi, pastikan keselamatan diutamakan.

Siapa lagi yang turun esok? Jumpa anda di sana! All the best everyone! πŸ…πŸ₯

20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026M

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin tulus ikhlas daripada Kelab Sukan dan Rekreasi KPJ Perlis.

12/03/2026

πŸ“’ Perlis International Marathon: 44 Hari Lagi! 🏁
Panggilan untuk semua warga kerja KPJ Perlis! Perlis International Marathon bakal berlangsung pada 25 April 2026.

Pesanan Ringkas:
πŸŒ™ Sepanjang Ramadan: Kekalkan latihan yang ringan dan konsisten untuk jaga stamina.
πŸ₯˜Pos-Aidilfitri: Nikmati kemeriahan raya, tapi pastikan tidur yang cukup dan jaga pemakanan supaya kekal bertenaga untuk hari perlumbaan!

Sama ada anda pelari tegar atau sekadar ingin menyertai Fun Run, sekarang adalah masanya untuk mendaftar. Pendaftaran tutup pada tarikh 15 Mac 2026.

πŸ”— https://register.racexasia.com/my/plim26/registrations

12/03/2026
Photos from Kelab Sukan Dan Rekreasi KPJ Perlis's post 12/03/2026

Syukur ke hadrat Ilahi, Program Rewang dan Agihan Bubur Lambuk telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini. Pek bubur lambuk telah diagihkan kepada warga kerja KPJ Perlis dan orang ramai.

Semoga agihan kecil ini membawa keberkatan dan kegembiraan buat semua penerima. Insya-Allah, ada rezeki pihak KSR KPJ Perlis akan buat yang terbaik lagi!

Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT. Terima kasih semua!

Photos from Kelab Sukan Dan Rekreasi KPJ Perlis's post 06/03/2026

PROGRAM TAZKIRAH RAMADAN & KAUNTER ZAKAT

6 Mac 2026M / 16 Ramadan 1447H – Telah berlangsung Program Tazkirah Ramadan hasil anjuran bersama Kelab Sukan & Rekreasi KPJ Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Program tazkirah ini telah disampaikan oleh YBrs. Tn. Haji Mohd Nazim Bin Hj Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Semoga pengisian tazkirah ini memberi manfaat serta peringatan kepada semua dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan yang mulia.

Pihak KPJ Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis atas kesudian berkongsi ilmu dan menjayakan program ini.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kangar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


NO 77 Jalan DATO WAN AHMAD
Kangar
01000