09/09/2025
Tahniah diucapkan kepada empat orang pemain dari PLD Kangar U15, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi yang telah terpilih mewakili MSSM Perlis Bawah 15 Tahun:
4. Muhamad Faris Ikhsan Bin Muhamad Azroy
5. Muhammad Haziq Bin Zaharin
6. Faris Anuar Bin Ismarizal
7. Muhammad Safwan Ridwan Bin Mohd Muslim
Semoga terus melakar kejayaan, memberi persembahan terbaik dan mengharumkan nama sekolah serta negeri Perlis di pentas kebangsaan. πͺπβ¨
31/08/2025
π₯β½ Tahniah PLD Kangar U15! β½π₯
Pasukan PLD Kangar Bawah 15 Tahun telah muncul JUARA Piala Baiti Jannati Siri Ke-2 (U15) di Manjung, Perak! π
Dengan rekod cemerlang π 4 kemenangan, 2 seri dan hanya 1 kekalahan, skuad muda ini membuktikan semangat juang tinggi serta kerjasama pasukan yang luar biasa. π₯πͺ
Syabas & tahniah kepada semua pemain, jurulatih serta barisan pengurusan atas usaha dan komitmen yang membuahkan hasil gemilang ini. π
30/08/2025
πβ½ PLD Kangar U15 dan U14 ke Manjung, Perak! β½π
Pasukan PLD Kangar Bawah 15 Tahun dan 14 Tahun akan berangkat ke Manjung, Perak bagi menyertai Piala Baiti Jannati Siri Ke-2 (U15) yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2025.
Semoga pasukan muda kita ini dapat memberikan persembahan terbaik serta membawa pulang pengalaman berharga dan keputusan yang membanggakan. πͺπ₯
Doakan kejayaan mereka! π
18/07/2025
Selamat berjuang pada semua pelatih u15 pld kangar yg mewakili sekolah masing2β¦bermula 21-23/7
28/05/2025
π£ Refresher Course NFDP Perlis 2025
π
Tarikh: 26 - 28 Mei 2025
π Lokasi: MSN Perlis
Alhamdulillah, Coach PLD Kangar berpeluang menyertai Refresher Coach NFDP Perlis bersama barisan jurulatih dari seluruh negeri.
Program ini menjadi platform terbaik untuk memperkukuh ilmu kejurulatihan, menyeragamkan pendekatan latihan dan berkongsi pengalaman demi pembangunan pemain muda di negeri Perlis.
Banyak input dan semangat baru dibawa pulang untuk dimanfaatkan dalam sesi latihan bersama skuad PLD Kangar. πͺβ½
Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Kita terus maju demi melahirkan bakat bola sepak akar umbi yang berkualiti! π₯
24/05/2025
π£ TAHNIAH PLD KANGAR U15! π
Pasukan PLD Kangar bawah 15 tahun telah menunjukkan aksi cemerlang dan berjaya merangkul tempat kedua daripada 8 pasukan bertanding dalam kejohanan yang berlangsung di SMK Syed Alwi! πͺπ₯
Kejohanan ini bukan sahaja memperlihatkan semangat juang tinggi para pemain, tetapi juga kerjasama berpasukan yang luar biasa. Syabas kepada semua pemain, jurulatih dan pihak yang terlibat atas usaha dan komitmen yang hebat! πππ
Teruskan usaha, teruskan kecemerlangan!
PLD Kangar, terus mara! π‘β«
19/05/2025
Perlawanan Persahabatan | PLD Kangar U15 vs SMKA Arau U17
Satu perlawanan persahabatan telah berlangsung di padang SMKA Arau antara pasukan PLD Kangar U15 menentang tuan rumah SMKA Arau U17.
Keputusan penuh:
PLD Kangar U15 3 - 0 SMKA Arau U17
Syabas diucapkan kepada semua pemain atas semangat kesukanan yang tinggi dan aksi cemerlang di atas padang. Terima kasih juga kepada SMKA Arau atas layanan mesra sebagai tuan rumah. Semoga ukhuwah dan kerjasama terus terjalin erat melalui sukan!
16/05/2025
Selamat Hari Guru
Khas untuk semua guru dan coach di PLD Kangar U15,
yang tidak hanya mengajar bola sepak, tetapi juga mendidik semangat, disiplin, dan nilai persahabatan.
Terima kasih atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dan sokongan yang diberikan.
Kerana jasa dan pengorbanan kalian, kami bukan sahaja menjadi pemain yang lebih baik, malah insan yang lebih baik.
Teruskan memimpin dan menginspirasi generasi akan datang!
πβ½
19/04/2025
Perlawanan Persahabatan Berakhir dengan Kemenangan Bergaya!
Tahniah kepada pasukan PLD Kangar U15 yang berjaya menewaskan SSN Terengganu U14 dengan keputusan 4-3 dalam satu aksi persahabatan yang sengit dan penuh semangat juang!
Lebih manis, pasukan PLD Kangar U17 turut mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas SSN Terengganu U17!
Syabas kepada semua pemain dan jurulatih. Teruskan usaha dan tingkatkan prestasi ke arah kejayaan yang lebih besar!