24/08/2026
https://tms.fih.ch/matches/22521
All the best kepada team Para Hockey Malaysia di Para Hockey Worldcup juga di Belgium dan Belanda.
Mereka akan bermain dalam perlawanan merebut tempat ke 3/4 11 jam dari sekarang.
24/08/2026
Tahniah team WIPERS Wanita Naib Johan SUKMA 2026.
Masih kekal momentum 2024.
Hard luck team WIPERS Lelaki. Kita bina semula utk SUKMA 2028.
Perjuangan diteruskan.
MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MSWP)
Kuala Lumpur Hockey Association
13/08/2026
Highlighting the club's small contribution to the KL hockey talent pool based on the recent MSSD/MSSWPKL competition. The club is committed in our talent development efforts for Kuala Lumpur Hockey Association and the state of Kuala Lumpur in general.
https://www.4statehockeyclub.org.my/index.php/2026/08/13/growing-the-wpkl-talent-pool/
Growing the WPKL Talent Pool
This post highlights the contribution of the club to the Kuala Lumpur Hockey Association (KLHA) by showcasing the active talent pool currently being assisted and developed for the state of Wilayah…
13/08/2026
Alhamdulillah.
Congratulations to all members who contributed to your respective schools and districts in the recent Majlis Sukan Sekolah-Sekolah competitions.
Celebrating hockey talent in 5 states
Celebrating a key milestone of our members in their respective Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) competition. The MSS competition one of the key sports development platform where students from pr…
03/08/2026
TAHNIAH PERMATA HOKI KITA! 🏆🏑
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pencapaian buat ahli 4 State di dalam Kejohanan MSSNS 2026:
🥈 MUHAMMAD NUR ALIF BIN AMIRUDDIN (SMA Repah) – Naib Juara (Lelaki 18) | Tampin
🥉 DURROTUN SHAFIYYAH BINTI MOHD ZULKIFLI (SMK Puteri) – Tempat Ke-3 (Perempuan 18) | Seremban 2
Syabas atas pencapaian yang cemerlang di bumi Negeri Sembilan! Seluruh warga 4 State tumpang bangga dengan dedikasi, bakat, dan semangat juang tinggi yang dipamerkan.
Keep up the amazing work! 🌟🔥
03/08/2026
Walaupun kejohanan telah pun melabuhkan tirainya, syabas dan setinggi-tinggi tahniah tetap ingin kami ucapkan kepada dua pemain terpilih yang telah membawa cabaran Kuala Lumpur dalam Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2026 yang lalu.
⭐ Akif Nufail bin Khairul Hisham (SSMK Segambut Jaya)
⭐ Nur Hanim Afiqah binti Ahmad Faizal (SMK Setapak Indah)
Kelab sentiasa mendoakan agar bakat-bakat muda ini terus berkembang di masa akan datang. Teruskan kecemerlangan! 🏆✨
03/08/2026
"Kadang-kadang, kejayaan yang hebat perlukan masa untuk diraikan sepenuhnya. Kami masih belum terlambat untuk memberi pengiktirafan kepada ahli Kelab 4 State yang bermain di dalam Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2026.
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Aidil Shahzuan bin Ahmad Sabri (SSN Pahang) yang telah berjaya membawa pulang gelaran JOHAN pada Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2026. Satu pencapaian yang membuktikan bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil! 🥇
Tidak lupa juga kepada Nur Aqil Aqisya binti Mohd Yuzul (SSTMI) dan Adriana Aqila Amani binti Ahmad Asmawie (SSN Pahang) yang yang telah berjuang bermati-matian mewakili negeri Pahang. Kalian semua adalah inspirasi kepada atlet muda di luar sana.
Teruskan melangkah jauh! 🏑