Men's Workout Fitness

Men's Workout Fitness

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Men's Workout Fitness, SF Studio, Kajang.

27/03/2018

Jom join mens workout class kami...setiap Khamis 8.40mlm..
Masuk Percuma !!

Terhad utk 20 sahaja..Daftar segera di👇👇 http://kurusfitslim.com/menfitness

25/02/2018

Jommm ramai2...

Workout percuma untuk warga Kajang / Bangi / Bandar Sri Putra dan berdekatan.

Hanya 15 slot percuma untuk setiap sesi.

Daftar segera di http://kurusfitslim.com/menfitness

Photos from Men's Workout Fitness's post 11/02/2018

Untuk meningkatkan daya ketahanan Kardiovaskular anda, contoh latihan Aerobik yg boleh anda lakukan ialah senaman Aerodance.

Ia juga melibatkan majoriti kumpulan otot badan dan senaman ni biasanya di set kan dengan kombinasi muzik perlahan dan pantas yang menentukan rentak dan irama pergerakan anda.
Pendekatan ini membantu mengoptimumkan jumlah kalori yang dibakar dengan mengekalkan kadar degupan jantung anda sepanjang sesi.

Dan selain menguatkan jantung dan paru-paru, senaman ini dapat membantu menurunkan kadar kolesterol, mengurangkan risiko diabetes, meningkatkan fungsi imun dan menurunkan tekanan darah anda.

Sesuai sangat kan…jika anda juga sedang berusaha utk cuba mengurangkan berat badan berlebihan.

10/02/2018

Menghilangkan lemak adakalanya mudah dan adakalanyan susah. Kena banyak bersabar, latih diri dan tabah untuk mendapatkan hasil. Kadang-kadang kita terbuat sesuatu yang menyebabkan matlamat untuk kurus menjadi susah. Dan kita tak tahu pun yang kita sedang melakukan kesilapan tersebut! Ayuh baca dan periksa jika anda sedang melakukan kesilapan-kesilapan ini.

ADAKAH ANDA SEDANG MELAKUKAN KESILAPAN-KESILAPAN INI?

Jika kadar kehilangan lemak badan anda masih tidak memberangsangkan, anda mungkin sedang melakukan kesilapan-kesilapan berikut:

1. Makan terlalu banyak: Duhhh… Ini memang jelas, kan? Tapi inilah yang selalunya terjadi. Bila ditanya tentang nutrisi makanan seharian, ramai akan menjawab ‘Saya makan secara sihat’, tapi mereka tidak menyukat jumlah kalori yang mereka makan. Anda mesti berada dalam zon defisit kalori untuk menghilangkan lemak. Jadi, makan secara sihat dengan kadar yang banyak tidak akan membantu anda langsung. Jadi s**atlah kalori harian anda bermula dari sekarang.

2. Mendapatkan kalori dengan cara yang salah: Applikasi dalam fon anda akan menyukat kalori anda dengan senang. Tapi ia tidak bermakna nilai kalori yang tertera di fon anda itu betul. Hmmm… Applikasi dalam fon secara umumnya tidak tepat. Nilai kalori dalam applikasi tersebut mungkin jauh lebih tinggi daripada nilai kalori yang anda sedang gunakan. Jangan kira kalori yang anda sedang gunakan supaya anda boleh ‘topup’ dengan makanan nanti. Tapi, lakukanlah sebaliknya…s**at kalori daripada pemakanan seharian. Makanlah apa yang anda s**a tapi jangan berlebihan.

3. Bergantung kepada penyelesaian segera: Pernah dengar tentang skim cepat kaya? Hey, itu analogi sahaja. Jangan marah ye. Tidak ada penyelesaian segera di atas dunia ni. Tiada jalan pintas dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Syarikat yang menjual produk-produk mahu anda rasa ada jalan pintas, tapi simpan duit anda. Mengarut je semua tu. Belanjakan pada makanan-makanan yang sihat. Kerja keras dan amalan konsisten ialah jawapan kepada jalan pintas anda.

4. Terlalu fokus kepada senaman kardio: Betul. Senaman kardio sangat sempoi dan merupakan senaman yang selalu dilakukan dalam program menguruskan badan. Tapi, jangan jadikan senaman kardio fokus yang utama. Senaman kardia tidak akan membantu membina otot seperti senaman kekutana (strength training). Bersenam untuk membina otot akan membolehkan tubuh anda membakar kalori dengan lebih cepat. Jadi, buatlah senaman kardio dan otot.

5. Protein tidak mencukupi: Protein merupakan raja segala-segalanya (maksud saya, ketika menguruskan badan) - Ia akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangka masa yang panjang, membakar kalori dengan lebih cepat, dan ia amat enting untuk membina otot.

6. Kurang sabar: Menguruskan badan memakan masa. Susah untuk melihat perubahan dalam masa yang singkat. Tapi, cubalah lihat perkembangan penurunan berat badan dengan cara yang lebih baik. Lihatlah bagaimana baju dan seluar anda sekarang yang semakin longgar, ukur lilit pinggang anda dan bandingkan gambar anda sekarang dengan gambar sebelum anda melakukan perubahan atas diri sendiri.

Soalan? Tulis sahaja di ruangan komen. Sila ‘share’ apa yang saya sampaikan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


SF Studio
Kajang
43000