Mantap
Pancing Abang Misai
Personal fishing FB log yang berkongsi tentang aktiviti memancing dan yang seangkatan dengannya.
15/08/2026
Setiap satu ada tujuan dan kegunaan sendiri. Kalau saya mancing ikan baung di Sungai semenyih saya akan bawa sebatang joran sahaja. Joran dengan pemegang pendek disesuaikan dengan pancang pendek. Mudah di bawa dan sesuai dengan keadaan sungai semenyih yang kecil dan berarus. Saya hanya perlu lempar umpan di kawasan tepi sahaja.
Pancing lampam p**a saya gunakan di kawasan tasik atau sungai berarus perlahan. Biasanya saya guna umpan roti atau dedak gentel di mata. Kalau tempat banyak ikan lampam biasanya tak sempat nak buka banyak pancing pun.
Pancing patin p**a ada kombinasi beberapa set pancing berat yang saya akan gunakan di sungai langat dari ukm sehingga ke jenderam. Biasanya tali lebih kasar, saiz reel lebih besar dan kekuatan joran sekitar 8-17 atau lebih. Bila saya bawa sekali 3 joran ni maksudnya saya akan duduk dilokasi yang sama untuk tempoh masa yang lama. Saya akan menggunakan umpan roti atau dedak kepal di spring untuk ditanam buat jangka masa yang lama. Ikan target adalah patin, dan ikan bersisik bersaiz besar seperti likoh dan rohu.
Setup ini hanya betul untuk saya sahaja tak semestinya menepati selera orang lain.
14/08/2026
Dulu-dulu di jenderam. Sendiri tengok pun pedih mata dibuatnya. Mancing baung ni kena rajin pindah lokasi. Rezeki kalau terjumpa tempat dia tengah meeting. Kita hidang je free flow umpan sedap
Mohon maaf semua. Tak dapat nak bawa sesiapa pergi mancing buat masa ini. Saya sedang memulihkan diri dari penyakit kumpau.
09/08/2026
Terpaksa tutup muka sebab.....?
Yang penting follower saya tak kumpau hari ni
08/08/2026
Kita stim bunyi loceng dia p**ak panas hati 😆. Ramai betul spesis ni. Kita yang mancing s**a hati kita lah. Bukan dapat ikan patin besar kena layan sampai 3 jam pun
Ilmu tangkap ikan pakai tangan. Cuba dengar betul-betul ada bacaan dia
08/08/2026
Petang tadi pun jumpa seorang lagi sahabat subscriber
Orang malaysia memang kurang kesedaran sivik
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Address
Sungai Langat
Kajang
43000