🌹 SEMINAR KEIBUBAPAAN 2026 🌹
Alhamdulillah, telah berlangsungnya Seminar Keibubapaan anjuran SRI ABIM Unit Kajang dengan tajuk:
📚 “Ibu Bapa Hebat, Anak Berakhlak”
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Kehadiran dan penglibatan ibu bapa amat penting dalam membentuk anak-anak yang cemerlang dari segi akhlak, adab dan ilmu. 🌷
Antara perkongsian yang sangat memberi kesan daripada penceramah hari ini:
✨ “Ada 3 waktu jangan menasihati anak:”
1️⃣ Ketika anak lapar
2️⃣ Ketika anak mengantuk atau penat
3️⃣ Ketika anak sakit
Kerana pada waktu-waktu ini, emosi dan keadaan anak tidak stabil untuk menerima teguran dengan baik. Didiklah anak dengan hikmah, kelembutan dan kasih sayang 🤍
Semoga segala ilmu yang dikongsikan hari ini menjadi manfaat buat semua ibu bapa dalam membina keluarga yang penuh sakinah dan melahirkan generasi soleh solehah yang berakhlak mulia.
Terima kasih juga kepada penceramah atas pengisian yang penuh inspirasi dan menyentuh hati 🌸
SRI ABIM unit Kajang
DIMILIKI OLEH AUK LEARNING CENTRE SDN BHD (1593748-U)
Dimiliki oleh AUK LEARNING CENTRE SDN BHD (1593748-U)
Laman Facebook Rasmi:
📷 MULTIMEDIA_SRIKAJANG
Sekolah Rendah Islam Al-Hikmah, Taman Sekamat
Sekolah Rendah Islam Al-Busyra, Saujana Impian
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Ibubapa dan anak² SRI AL-BUSYRA, SAUJANA IMPIAN
Ucapan Raya Murid dan para guru mewakili SRI ABIM UNIT KAJANG
27/02/2026
📋 PENYERAHAN SLIP UPKK 2025
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar UPKK atas pencapaian cemerlang. Terima kasih juga kepada guru-guru Tahun 5 atas dedikasi dan usaha tanpa mengenal penat lelah, serta ibu bapa atas sokongan berterusan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus menimba ilmu dan mencapai kecemerlangan di masa hadapan.
📷 MULTIMEDIA_SRIKAJANG
26/02/2026
Di Sini Segalanya Bermula 💪
Tahniah buat anak² SRI ABIM unit Kajang atas kejayaan dalam UPKK 2025 🫡 Semoga terus cemerlang untuk masa akan datang. Perjuangan sebenar anak² kini bermula.
19/02/2026
✨️Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H 🌙
Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan. Saya mewakili seluruh warga sekolah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua murid, ibu bapa dan warga sekolah.
Marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah, menjaga akhlak serta menyemai nilai kesabaran dan keikhlasan dalam diri.
Semoga kedatangan bulan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan menguatkan lagi keimanan kita semua.
MONTAJ WATIKAH PELANTIKAN PIMPINAN SEKOLAH ABIM UNIT KAJANG 2026
Harapan Guru dan Pengurusan Sri Al-Busyra ABIM UNIT KAJANG yang kini berwajah baharu
31/01/2026
📢NOTIS MAKLUMAN RASMI
PEMINDAHAN LOKASI SRI AL-BUSYRA, ABIM UNIT KAJANG
Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada semua ibu bapa/penjaga bahawa SRI AL-BUSYRA, ABIM Unit Kajang akan berpindah lokasi operasi seperti butiran berikut:
🏫 Lokasi Lama:
Sri Al-Busyra Lama
🏫 Lokasi Baharu:
Bangunan atas Restoran Impian Makmur Bistro
(Sri Al-Busyra Baharu)
📅 Tarikh Mula Operasi di Lokasi Baharu:
3 Februari 2026
Pemindahan ini dilaksanakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selesa dan sesuai untuk kegunaan pelajar serta warga sekolah.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala sokongan, kerjasama dan kepercayaan yang telah diberikan oleh semua ibu bapa serta pihak yang terlibat sepanjang operasi di lokasi lama.
📞 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Pejabat Sekolah: 014-6406544
Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amatlah dihargai.
Terima kasih 🌸
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Telephone
Website
Address
NO 6A, Jalan 9, TAMAN SEKAMAT
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 18:00 |
| Tuesday | 07:30 - 18:00 |
| Wednesday | 07:30 - 18:00 |
| Thursday | 07:30 - 18:00 |
| Friday | 07:30 - 18:00 |