20/07/2022
📣📣📣📣📣
PERHATIAN
⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️
Kelab Bolasepak Tunas Lagenda (TLFC) ingin menjemput kepada semua pemain yang berminat (berumur 16 tahun dan 17 tahun 2022) untuk menyertai pasukan TLFC U17 bagi menyertai Kejohanan Liga FAS Junior U17 anjuran Persatuan Bolasepak Selangor tidak lama lagi.
Sehubungan dengan itu, satu sesi pemilihan terbuka akan diadakan seperti berikut:
📆 Tarikh : *23 JULAI 2022*
📅 Hari : *SABTU*
⛳ Padang : *UKM C'*
⏰ Masa : *8:30 - 10:30*
💵 Komitmen : *RM 10.00*
Kepada yang berminat, sila hadir ke tempat dan masa yang telah ditetapkan dengan membawa salinan k/p setiap seorang (wajib).
Sila pastikan semua SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dipatuhi semasa sesi pemilhan berlangsung.
Sekian, terima kasih.
*Pengurusan Team TLFC U-17*
12/04/2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat seluruh keluarga ABTL BANGI.
Kami daripada pihak pengurusan ABTL BANGI ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa buat semua pelatih dan ahli keluarga ABTL BANGI. Selamat menjalani ibadah puasa.
InsyaAllah kita bertemu lagi.
22/12/2020
Assalamualaikum semua dan selamat pagi warga ABTL BANGI.
Tahun 2020 akan melabuhkan tirai. Pelbagai ujian pada tahun ini melanda negara dan dunia. Situasi pandemik COVID-19 masih lagi belum reda. Penambahan kes masih lagi meningkat terutamanya di negeri kita Selangor.
Mari kita sama2 berdoa agar pandemik ini semakin reda dan keadaan pulih seperti sediakala. Moga Allah merahmati kita semua setiap masa. Moga tahun baru 2021 yang akan datang memberi sinar harapan yang gemilang buat kita semua. Baik dari segi kesihatan, rezeki dan pelajaran anak2 ABTL BANGI. InsyaAllah.
Sehubungan dengan itu, pendaftaran bagi pelatih2 baru bagi tahun 2021 dibuka seperti biasa. Permohonan baru tetap diambil oleh pihak pengurusan. Bagi yang berminat boleh berhubung secara terus dengan Tuan Pengurus, En. Kamal Ayob ditalian 011 2122 8605.
Dialu2kan kedatangan anda ke dalam keluarga ABTL BANGI. Bagi pelatih2 lama, sila kekalkan kecergasan. Jaga kesihatan dan ikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga tahun hadapan lebih banyak kejohanan yang akan dapat kita sertai. Tahun ini Allah datangkan ujian kerana Allah sayangkan kita.
"patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya berkata "kami telah beriman" Sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)"
(Al - 'Ankabut 29:2)
Jadi, marilah beramai2 berdaftar dengan ABTL BANGI dan pelatih2 lama teruskan kekal bersama kami. InsyaAllah kita jumpa lagi.
02/12/2020
Tahniah Kelab Bolasepak Tunas Lagenda
26/11/2020
Rindu zaman macam ni.......insyaalah 2021 nanti abtl bangi akan aktifkan aktiviti macam ni
04/10/2020
Terima kasih semua yang hadir ke. latihan mingguan pagi ini. InsyaAllah kita jumpa lagi minggu hadapan.
Kita doakan semoga wabak COVID-19 tidak terus meningkat dan menular.