23/08/2026
Alhamdulillah, Program Gotong-Royong & Pemasangan Jalur Gemilang Taman Cheras Jaya telah berlangsung dengan baik dan mendapat kerjasama yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat pada hari ini.
Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini melibatkan kerjasama Persatuan Penduduk, KRT, para peniaga serta komuniti Taman Cheras Jaya.
🇲🇾 Antara aktiviti yang dilaksanakan:
🧹 Gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Taman Cheras Jaya
🇲🇾 Pemasangan Jalur Gemilang di sekitar kawasan taman
🌿 Pembersihan longkang dan kawasan awam
🛍️ Menceriakan kawasan premis perniagaan
🗑️ Pengump**an dan pengurusan sampah
🤝 Aktiviti mengeratkan hubungan antara komuniti, KRT, persatuan penduduk dan para peniaga
Program ini turut diadakan sempena Perarakan Maulidur Rasul dan Sambutan Bulan Kemerdekaan, sekali gus menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta mengukuhkan ukhuwah dan semangat kejiranan.
Yang lebih penting, program ini membuktikan bahawa apabila kita berganding bahu, banyak perkara mampu kita lakukan bersama.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk, ahli KRT, para peniaga dan semua pihak yang telah hadir serta menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama, khususnya Raymond Kwan Ahli Majlis (MPKj) serta pihak-pihak yang terlibat dalam memastikan program berjalan lancar.
Tahniah dan syabas kepada semua!
Kebersihan bukan tanggungjawab satu pihak sahaja. Ia adalah tanggungjawab kita bersama.
Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Merdeka!
Bersatu Kita Jaga Komuniti!
Taman Bersih, Komuniti Sejahtera!
Terima kasih Taman Cheras Jaya!
15/08/2026
GO KART PRAB
Alhamdulillah, satu aktiviti riadah bersama telah berlangsung dengan baik, meriah dan penuh gelak tawa. Aktiviti ini bukan sekadar sebagai medium rekreasi, malah menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan persahabatan, membina semangat setiakawan serta mencipta pengalaman dan kenangan yang bermakna bersama.
Disebabkan ramai sahabat tidak berkesempatan menyertai aktiviti sebelum ini pada waktu siang, sesi Go Kart pada waktu malam dipilih sebagai alternatif supaya lebih ramai dapat turut serta.
Namun, bila sudah sampai di trek… masing-masing mula berubah perangai.
Sebelum perlumbaan:
“Aku main santai je malam ni.”
Bila lampu hijau menyala:
Terus bertukar menjadi Max Verstappen versi PRAB!
Ada yang datang dengan misi nak menang, ada yang datang nak berseronok, dan ada juga yang masuk trek dengan penuh keyakinan… 5 minit kemudian mula persoalkan keputusan.🤣
Keadaan trek pada waktu malam yang lebih lembap dan licin p**a menjadikan perlumbaan lebih mencabar. Peserta perlu meningkatkan fokus, mengawal stereng dengan tepat, menyesuaikan teknik membrek, mengawal kelajuan serta bertindak pantas terhadap perubahan keadaan trek.
Pendek kata, minyak tekan habis, skill belum tentu habis!
Ada yang kejar podium, ada yang kejar kawan… dan ada yang kejar Go Kart sendiri selepas terbabas.
Walaupun nampak macam aktiviti mengejar kelajuan, sebenarnya Go Kart turut menguji aspek kawalan diri, ketepatan membuat keputusan, pengurusan risiko dan keupayaan menyesuaikan strategi mengikut keadaan semasa.
Cuma satu perkara yang agak konsisten…
Kalah itu biasa, alasan selepas kalah itu yang luar biasa!😅
Selepas perlumbaan, masing-masing p**a bertukar menjadi “pakar Formula 1”. Ada yang mula membuat analisis tentang trek, ada yang menyalahkan tayar, ada yang salahkan Go Kart dan ada yang yakin kalau dapat jentera lain, confirm podium!😂
Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya menaiki podium 🥇🥈🥉. Kepada yang belum berjaya, jangan risau… yang penting bukan kalah, yang penting gambar masa race nampak laju!🤣
Apa yang lebih penting, persaingan di atas trek kekal dalam semangat kesukanan. Selepas tamat perlumbaan, semua kembali bergelak, bergambar dan berkongsi cerita.
Inilah nilai sebenar aktiviti sebegini. Dalam kesibukan dengan urusan kerja dan kehidupan masing-masing, peluang untuk berkumpul, beriadah dan meluangkan masa bersama merupakan sesuatu yang sangat bernilai.
Trek malam, permukaan lembap, cabaran berbeza dan perangai pun macam-macam. Namun semuanya menjadi pengalaman yang mengajar kita untuk lebih fokus, menyesuaikan diri dan berani mencuba.
Terima kasih kepada semua sahabat yang meluangkan masa untuk hadir dan menjayakan aktiviti ini. Kehadiran dan sporting anda semua yang menjadikan aktiviti ini lebih meriah.
Akhirnya, malam ini bukan sekadar mencari siapa paling laju, tetapi siapa paling sporting, paling banyak gelak dan paling banyak alasan selepas kalah! 😂
Yang penting, semua selamat, semua enjoy dan ukhuwah semakin kuat.
Podium boleh berganti, kemenangan boleh dilupakan, tetapi kenangan dan gelak tawa bersama insya-Allah akan kekal menjadi memori.
Kita mungkin berlumba di atas trek, tetapi persahabatan tetap menjadi juara di luar trek.
Insya-Allah, lebih banyak aktiviti riadah dan program bersama akan dirancang pada masa akan datang.
07/08/2026
Alhamdulillah, Mesyuarat Khas Penyelesaian Isu Anjing Liar Taman Cheras Jaya telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Beberapa keputusan penting telah dipersetujui bersama:
• MPKj akan memasang banner kesedaran mengenai isu anjing liar bermula 10 Ogos 2026 di sekitar kawasan Taman Cheras Jaya.
• Penyediaan sangkar/perangkap anjing oleh MPKj, dengan tindakan segera diambil sekiranya tangkapan berjaya.
• Sangkar/perangkap akan diselia oleh persatuan penduduk dan KRT sekitar Taman Cheras Jaya serta Taman Sri Indah bagi mengurangkan pop**asi.
• Mesyuarat susulan akan diadakan dalam tempoh 21 hari untuk menilai keberkesanan tindakan.
Pihak yang terlibat:
• Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
• Persatuan Penduduk Taman Cheras Jaya Fasa 4
• KRT Taman Cheras Jaya Fasa 5
• Persatuan Penduduk Pusat Bandar Taman Cheras Jaya
• Persatuan Penduduk Taman Cheras Jaya Fasa 7
• Persatuan Penduduk Taman Cheras Jaya Fasa 1
• SMK Cheras Jaya
• SK Cheras Jaya
• KAFA Integrasi Manbaeil Uloom
• Persatuan Penduduk Taman Sri Indah
• Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ)
Terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan kerjasama padu dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti terus terpelihara 🤝
01/08/2026
ALHAMDULILLAH
Program Akak Minyak hari ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada komuniti Taman Cheras Jaya!
Seawal pagi lagi, penduduk sudah hadir membawa minyak masak terpakai untuk dijual satu usaha kecil yang memberi impak besar kepada alam sekitar.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan padu, Tak kira sedikit atau banyak, setiap sumbangan anda amat bermakna!
Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi komuniti yang lebih prihatin dan lestari.
Jumpa lagi di program seterusnya!
20/07/2026
Alhamdulillah, program tayang BIG SCREEN WORLD CUP kita hari ini telah berjalan dengan SANGAT LUAR BIASA!
Terima kasih kepada semua yang terlibat dlm acara kita, urusetia, penyokong dan semua yang hadir memeriahkan suasana
Gelak tawa, semangat kesukanan, dan kenangan hari ini memang tak boleh dilupakan.
Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Yang kalah jangan putus asa, Yang gelak paling kuat tadi. Memang MVP hari ni!
Ucapan terima kasih khas kepada Ahli Majlis MPKJ Zon 8. Raymond Kwan atas sumbangan dan tajaan yang diberikan.
Melalui program ini juga, kita dapat berkongsi rezeki dan mengeratkan lagi silaturahim sesama komuniti.
Tidak dilupakan juga kepada Brother Black Wing yang sudi hadir bersama memeriahkan suasana program.
Semoga ukhuwah yang terjalin hari ini akan terus kekal 🤝
Jumpa lagi di program akan datang lagi havoc, lagi padu! 🔥
19/07/2026
“Selamat Hari Lahir kepada Birthday Boy kita, Wanjo @ Awan Joe Izwan 🎂🔥
Bukan biasa-biasa… ini level ‘Chip PRAB’ kena serang kek dari semua arah! 🤣💪
Walaupun sambutan simple… tapi semangat dan nilai persahabatan tu yang paling berharga 💙🤝
Baik hati, ramai orang sayang itu yang buat special dalam team 🙌
Ditambah p**a dengan ‘Chip PRAB’… memang lain macam sambutan dia 🤣🔥
Semoga terus sihat, murah rezeki, dan kekal solid bersama geng PRAB sampai bila-bila 🤝💙
Dari makan sama-sama, gelak sama-sama… sampai suap kek pun kena ramai-ramai 😆🎂
20/06/2026
Malam penuh semangat, satu padang satu matlamat!
Perlawanan persahabatan, tapi jiwa tetap kompetitif. Bukan sekadar menang atau kalah, tapi tentang ukhwah, semangat berpasukan dan kenangan bersama.
17/06/2026
MAKAN MALAM SANTAI di Soru BTHO
Sempena Maal Hijrah, kita bukan sekadar berkumpul, tetapi menguatkan ukhuwah dan memperbaharui azam ke arah yang lebih baik.
Ribuan terima kasih kepada Ahli Majlis MPKj Zon 8 atas tajaan
Semoga segala kebaikan dibalas dengan keberkatan dan rezeki yang melimpah.
Salam Maal Hijrah 1447H
Hijrah itu perubahan dari baik kepada lebih baik.
06/06/2026
PROGRAM KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI BERSAMA KOMUNITI DAN PENIAGA CHERAS JAYA
Alhamdulillah, pihak persatuan berbesar hati dapat menyertai dan menjayakan Program Membuat Sabun Menggunakan Minyak Masak Terpakai yang melibatkan peniaga-peniaga sekitar Taman Cheras Jaya.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran ADUN Balakong serta Ahli Majlis MPKj, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif komuniti dalam memelihara alam sekitar dan memperkasa peniaga tempatan.
Melalui program ini, komuniti dan peniaga diberi pendedahan tentang cara pengurusan minyak masak terpakai secara lebih sistematik dan mesra alam, di samping membuka peluang menjana nilai melalui penghasilan produk seperti sabun.
Terima kasih kepada semua peniaga yang terlibat serta pihak penganjur atas usaha murni ini.