15/09/2023
Last day dengan Aaron Chong
Satu perkara dalam bisnes ni yang ramai takut nak buat iaitu kongsi database..
Perghhh, memang mind blowing betul.
Bayangkan kalau kau orang buat properties dan ada 1000 database.
Yang buat takaful pun ada 800 database.
Orang macam kami yang buat training ada lebih seribu database.
Dan kita Cross kan database kita. Fuhhhh... Tak payah nak pening kepala nak cari leads baru wehhh
Memang seronoklah ikut kelas Aaron ni. Banyak juga input yang dia beri selama 4 hari..
Semoga ada rezeki untuk berjumpa lagi di lain masa
Insyaa-Allah
14/09/2023
Mudah je.. Dalam Sales Aaron Chong selalu tegaskan
ELAKKAN MENJUAL... SELESAIKAN MASALAH KLIEN, AUTOMATIK AKAN TERJUAL
Banyaklah perkongsian dia.. Sampai takde masa nak share hari ni..
Nanti lain kali eh saya share
12/09/2023
Sesekali kita perlu UNLEARN RELEARN semula untuk mendapatkan perspektif dan nafas baru.
Saya mengikuti program Sales secara online bersama
Banyak betul yang diajar.
Antaranya,
1. Jangan sibuk dengan strategy, tukar dulu mindset.
2. Kalau fikir sales, memang susah. Fikir untuk bantu orang, ia akan jadi mudah
3. Dan paling penting sekali. Kita kena kenal betul dengan klien kita kerana bukan semua orang adalah klien kita.
Memang berbaloi join kelas ni. Nantilah saya share lagi eh
Beginilah,
01/03/2023
Cara saya melatih klien, mungkin tak sama dengan orang lain.
Setiap Jurulatih ada prinsip dan amalan mereka tersendiri.
Tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah. Ia berdasarkan kesesuaian dengan sasaran klien.
Kebiasaannya, klien saya ni bukan datang nak kurus semata-mata.
Mereka ni mempunyai banyak masalah daripada sudut kesihatan.
Ada yang sakit sendi dan otot, ada yang mengalami osteoarthritis, slip disc dan banyak lagi.
Oleh itu, rangka senaman mereka sudah tentu berbeza. Tidak semua program latihan sama.
Antara perkara yang saya pertimbangkan sebelum merangka senaman mereka adalah,
1. Tahap kecergasan.
Saya tidak terus 'lanyak sehingga lunyai'. Saya tidak buat mereka muntah atau serik untuk bersenam. Latihan saya mengikut prinsip "progressive overload"
2. Sasaran.
Ini sangat penting, sebelum program latihan bermula, kami akan berbincang apa sasaran yang nak dicapai. Adakah ianya realistik dan berapa lama tempoh sasaran boleh dicapai. Daripada situ, barulah program latihan yang spesisfik boleh dirangka.
3. Kecederaan.
Sekiranya klien memang datang dengan masalah kecederaan atau mempunyai penyakit. Program mereka kebiasaannya akan dirangka khas sesuai dengan kondisi mereka.
Dan banyak lagi.
Sekiranya kau orang dah cuba macam-macam cara nak kurus atau nak pulihkan sakit sendi dan otot tapi masih tidak berjaya..
Bagi mereka yang di luar Johor Bahru boleh tonton Video Free Training di sini https://reecharge.co/free-training/
Atau mereka yang berada di Johor Bahru, bolehlah PM saya.
Pastikan kau orang betul-betul nak berubah, sanggup berkorban apa sahaja tak kisah dari segi masa, wang dan tenaga.
Bagi yang nak cuba-cuba, sebaiknya jangan klik. Kau orang akan menutup peluang orang lain yang boleh kami bantu.
Kami sangat serius nak bantu gais!
Beginilah,
30/05/2022
Dah cuba macam-macam cara nak kurus tapi masih tidak berjaya?
Kadang-kadang, buat exercise pun sakit sendi pun masih tidak berkurangan?
Sekiranya kau orang betul-betul serius, klik di komen pertama untuk book slot konsultansi bersama kami.
Pastikan kau orang betul-betul serius dan bersedia nak berubah, bukan nak main-main. It's time to REVENGE!
Kita kasi jadi kali ni!
Beginilah,
25/03/2022
Dalam diet, kau orang perlu fokus kepada kualiti makanan.
Apa sumber karbo, protein, lemak dan fiber yang kau orang perlu ambil.
Elakkan makan ikut nafsu. Kena susun startegi gais.
Bagaimana nak jadikan roti canai ni lebih bernutrisi? Mungkin kau orang boleh tambah dengan telur dan juga dada ayam.
Dan elakkan makan selalu. Rancang pengambilan kalori dan juga pantau kualiti makanan.
Jom follow page Bahagia Jemali dan set 'See First' supaya tak terlepas info yang menarik setiap hari dalam pengurusan berat badan.
Banyak lagi tip yang mahal saya kongsikan di channel telegram saya disini https://t.me/bahagiajemali
Beginilah,
24/03/2022
Salah satu perkara yang membuatkan ramai wanita takut melakukan latihan bebanan adalah mereka khuatir otot mereka akan bertukar menjadi lemak.
Ini mitos gais, sungguh!
Otot yang kau orang bina tu takkan bertukar menjadi lemak. Lemak dan otot adalah dua komponen yang sangat berbeza.
Dari sudut fisiologi, ia sangat mustahil untuk dua komponen ini boleh bertukar.
✅Otot terdiri daripada tisu yang aktif
Ia bertindak menggerakkan kau orang melakukan aktiviti fizikal melalui penguncupan otot.
✅Lemak p**a adalah tisu yang tidak aktif
Ia adalah hasil daripada lebihan tenaga yang tidak digunakan dan disimpan sebagai 'spare tyre'
Namun ada satu persamaan antara otot dan lemak iaitu kedua-duanya boleh dibina dan juga menyusut.
Kami kongsikan 3 tip untuk kau orang yang nak kurangkan lemak dan pada masa yang sama meningkatkan otot.
1. Lakukan senaman kardio di mana intensiti latihan (kadar nadi latihan) ditetapkan pada sekitar 60% - 70% daripada kadar denyut nadi maksium.
2. Lakukan latihan bebanan/ rintangan. Menerusi latihan seperti ini, lemak tidak akan dibakar ketika sesi senaman dilakukan kerana sistem anaerobik berlaku (glikogen adalah sumber utama proses ini).
Namun begitu, lemak akan dibakar selepas bersenam ketika fasa pemulihan menerusi keperluan oksigen oleh sel-sel otot yang lebih tinggi.
3. Jaga pengambilan makro terutamanya protein dan karbohidrat kompleks. Pengambilan protein ketika menurunkan berat badan penting kerana ia berfungsi sebagai bahan binaan terpenting untuk molekul biologi dalam sistem manusia seperti hormon.
Kawan-kawan,
Sekiranya kau orang nak kurus, elakkan kau orang korban j***m otot kerana banyak kelebihan apabila otot kau orang terbina.
Jom follow page Bahagia Jemali dan set 'See First' supaya tak terlepas info yang menarik setiap hari dalam pengurusan berat badan.
Banyak lagi tip yang mahal saya kongsikan di channel telegram saya disini https://t.me/bahagiajemali
Beginilah,
24/03/2022
Sesi konsultansi bersama Bahagia Jemali pada minggu hadapan.
Ada banyak kekosongan lagi untuk minggu hadapan kerana minggu ni kami ada banyak urusan.
Sekiranya kau orang dah cuba macam-macam cara nak kurus atau nak pulihkan sakit sendi dan otot tapi masih tidak berjaya, boleh tonton Video Free Training di https://reecharge.co/free-training/
Kami sedang mencari mereka yang betul-betul dah bersedia dan serius untuk mencapai matlamat.
Mereka sanggup berkorban masa, wang dan tenaga untuk bekerjasama dengan kami.
Sekali lagi gais, hanya mereka yang serius sahaja tau yang klik link di atas.
Kalau tak kau orang akan menutup peluang orang lain yang boleh kami bantu.
Beginilah,
24/03/2022
Dua objektif ni sama namun perlaksaannya berbeza.
Secara spesifiknya, mereka yang hanya fokus kepada penurunan berat badan tidak melihat penurunan tu datang daripada komponen apa.
Janji berat turun, mereka dah happy.
Namun, sekiranya kau orang nak turunkan berat badan beserta lemak dalam badan, ada beberapa perkara yang kau orang perlu pertimbangkan di dalam program latihan.
Turun berat dan turun lemak ni dua perkara yang lebih kurang sama namun ia berbeza daripada segi perlaksaannya.
Jom follow page Bahagia Jemali dan set 'See First' supaya tak terlepas info yang menarik setiap hari dalam pengurusan berat badan.
Banyak lagi tip yang mahal saya kongsikan di channel telegram saya disini https://t.me/bahagiajemali
Beginilah,
23/03/2022
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah.
Ini adalah feedback klien PT Xclusive kami.
Beliau mengalami sakit dibahagian pinggang, punggung dan kaki. Sakit ni dah lama dan mengganggu beliau melakukan aktiviti hariannya.
Alhamdulillah, dengan izin Allah. Sekarang ni sakit beliau berkurangan dengan banyak.
Sebab itulah pentingnya kau orang melakukan senaman terutama latihan bebanan. Ia dapat mengembalikan fungsi kekuatan otot dan sekaligus dapat mengurangkan sakit sendi yang dialaminya.
Sekiranya kau orang berada di Johor Bahru, boleh datang berjumpa dengan kami.
Kami akan berikan sesi konsultansi secara percuma dan bincang bagaimana kita boleh bekerjasama.
Beginilah,