Pulai FT
Kelab Bolasepak Pulai FT secara rasmi ditubuhkan pada 1 Januari 2015 bertujuan untuk memeriahkan pembangunan bola sepak tanah air terutama di negeri Johor
06/07/2026
Dijemput Kepada semua Bekas Pemain Dan Pegawai Pulai FT Senior Dan Akademi Pulai FT . Kita adakan reunion pada tarikh ini. Dan Beberapa org yang akan dipilih utk Bermain bersama Dr Akmal Sila hubungi saya segera. Penampilan Khas Legend Johor & Johor FC.
01/06/2026
JOHOR BAHRU – Dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa 1 Jun 2026, tumpuan politik kini mula beralih kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menjadi penentu hala tuju baharu negeri itu.
Di DUN Kempas, Pemuda UMNO Bahagian Pulai menyatakan pendirian jelas untuk terus mempertahankan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Haji Ramlee Bohani, sebagai calon pilihan pada PRN akan datang.
Ketua Pemudanya, Syed Mohd Haffis berkata, Kempas memerlukan pemimpin yang terbukti bekerja di lapangan dan bukan sekadar membuat janji politik ketika musim pilihan raya.
“Orang Kempas mahukan pemimpin yang bekerja, bukan sekadar berjanji. Datuk Haji Ramlee Bohani telah membuktikannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, sejak diberi mandat pada 2022, Ramlee dilihat konsisten turun padang menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, selain aktif menangani isu-isu tempatan secara langsung.
Katanya, pelbagai isu termasuk kemudahan awam, kebajikan rakyat, pembangunan komuniti, pendidikan serta kebajikan belia telah diberikan perhatian sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
“Beliau bukan sekadar hadir ketika program rasmi, tetapi sentiasa bersama rakyat ketika mereka berdepan kesusahan. Itu yang membezakan kepimpinan beliau,” katanya.
Tambahnya, hubungan baik ADUN Kempas itu dengan pentadbiran negeri turut membantu mempercepatkan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan serta inisiatif kebajikan di kawasan berkenaan.
Beliau turut menegaskan bahawa Ramlee memainkan peranan penting dalam memperkasa golongan muda melalui pelbagai program belia, sukan dan kepimpinan di peringkat akar umbi.
Menurutnya, Pemuda UMNO Pulai yakin rekod perkhidmatan tersebut menjadi faktor utama yang mengukuhkan sokongan rakyat terhadap penyandang kerusi itu.
“PRN kali ini bukan sekadar memilih wakil rakyat, tetapi memilih kesinambungan pembangunan dan kestabilan di Kempas,” katanya.
Sehubungan itu, Pemuda UMNO Bahagian Pulai menyeru pengundi di Kempas agar terus memberikan sokongan kepada Ramlee Bohani bagi memastikan agenda pembangunan yang dirancang dapat diteruskan pada penggal akan datang.
PRN Johor dijangka menyaksikan persaingan sengit di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri susulan pembubaran DUN yang diumumkan hari ini selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
19/05/2026
JOHOR BUKAN NEGERI ‘SEMALAM’ – ASAS EKONOMI TELAH DIBINA SEJAK ERA LAMA, BUKAN SEKADAR SLOGAN POLITIK
JOHOR BAHRU – Johor tidak bermula semalam dan bukan sekadar hasil slogan politik baharu, sebaliknya telah lama membina asas ekonomi kukuh melalui perancangan jangka panjang melibatkan pelaburan mega, pembangunan industri dan infrastruktur bertaraf antarabangsa.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Syed Mohd Hafiz, Johor sejak sekian lama muncul sebagai antara negeri paling agresif dalam pembangunan ekonomi moden di Malaysia, dipacu kedudukan strategik bersebelahan Singapura yang menjadikannya pintu perdagangan penting serantau.
Antara projek utama ialah Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006, menjadi pemangkin pembangunan bandar moden seperti Nusajaya, Medini, Gelang Patah dan Johor Bahru serta menarik pelaburan asing dari Singapura, China dan Timur Tengah.
Forest City yang diperkenalkan sekitar 2014 turut menjadi simbol pembangunan bandar pintar dan hijau bertaraf dunia, meskipun berdepan cabaran ekonomi global.
Dalam sektor logistik, Pelabuhan Tanjung Pelepas kekal antara pelabuhan kontena terpenting di Asia, manakala Johor Port di Pasir Gudang terus menyokong industri berat dan petrokimia negeri.
Senai International Airport serta Senai Airport City p**a memperkukuh ekosistem logistik, e-dagang dan teknologi, menjadikan Johor antara negeri awal membangunkan rangkaian industri moden secara menyeluruh.
Dari segi infrastruktur, Lebuhraya PLUS, Second Link dan rangkaian jalan industri mengukuhkan hubungan Johor–Singapura serta mempercepat pergerakan ekonomi negeri.
Sektor perindustrian di Pasir Gudang, Tebrau, Kulai, Senai dan Pontian terus berkembang pesat dalam elektronik, pembuatan, petrokimia dan logistik, sekali gus memperkukuh asas ekonomi negeri.
Secara keseluruhan, kemajuan Johor dilihat bukan berlaku secara mendadak, tetapi hasil dasar jangka panjang yang konsisten dan berterusan. Sehubungan itu, kestabilan politik perlu dikekalkan bagi memastikan pembangunan negeri terus berjalan tanpa gangguan demi manfaat Bangsa Johor.
baru-baru ini Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew F**k berkata ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, baru-baru ini.
Projek RTS Link yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura disifatkan antara pencapaian terbesar kerajaan hari ini dalam memacu pembangunan strategik Johor.
projek pengangkutan yang hampir 90 peratus siap dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun hadapan.
Menurut beliau, walaupun projek berkenaan dimulakan pada 2018 ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), banyak isu utama masih belum diselesaikan apabila Kerajaan Perpaduan mengambil alih Putrajaya pada 2022.
Katanya, antara masalah yang diwarisi termasuk isu tanah, kontraktor serta kelewatan pelaksanaan sehingga projek itu hampir terbengkalai.
“Dalam tempoh tiga tahun kerajaan hari ini mentadbir Putrajaya, projek ini berjaya dipulihkan dan dipercepatkan pelaksanaannya hasil sokongan penuh Perdana Menteri serta kerjasama pelbagai kementerian,” katanya.
MyJohor
04/05/2026
JOHOR BAHRU, 4 Mei — Pengumuman peruntukan sebanyak RM138 juta bagi pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, dilihat sebagai bukti komitmen kerajaan negeri dalam menangani cabaran kos sara hidup rakyat secara menyeluruh.
Ketua Pemuda Pulai, Syed Mohd Hafiz Syed Hassan, dalam satu kenyataan berkata inisiatif itu mencerminkan pendekatan pentadbiran yang bukan sahaja mendengar keluhan rakyat, tetapi turut menterjemahkannya kepada tindakan konkrit.
Menurut beliau, dalam keadaan tekanan ekonomi semasa, bantuan seperti BKJ bukan lagi sekadar pilihan dasar, sebaliknya satu keperluan mendesak bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
“Dengan capaian melebihi 600,000 Bangsa Johor serta merangkumi 22 inisiatif yang menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas, suri rumah, pasangan muda dan peniaga kecil, ini jelas menunjukkan kerajaan negeri komited memastikan tiada golongan tercicir,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan BKJ Fasa 4 merupakan hasil penambahbaikan berterusan berdasarkan maklum balas rakyat, sekali gus mencerminkan kepimpinan yang turun padang dan responsif terhadap keperluan semasa.
Dalam nada menyindir, beliau berkata terdapat pihak yang dilihat lebih lantang mengkritik berbanding mengemukakan penyelesaian praktikal terhadap isu rakyat.
“Rakyat hari ini tidak hanya mahu mendengar suara yang kuat di pentas politik, tetapi mahukan tindakan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka,” katanya.
Tambah beliau, pendekatan pentadbiran negeri yang proaktif dan berorientasikan hasil wajar dijadikan contoh dalam memastikan kestabilan ekonomi serta kesejahteraan berterusan di Johor.
Sehubungan itu, Pemuda Pulai menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan negeri dan menegaskan komitmen untuk terus bersama dalam usaha memperkukuh agenda kebajikan rakyat.
“Matlamat kita bukan sekadar membantu rakyat bertahan, tetapi memastikan mereka mampu bangkit dan bergerak ke hadapan dengan lebih yakin,” katanya.
29/04/2026
Rakyat Johor Bukan Bodoh, Mereka Tahu Nak Hukum Siapa
Johor Bahru, 29 April: Kenyataan pimpinan (Amanah) Johor yang menggesa pengundi menghukum dan (BN) dalam pilihan raya negeri disambut sinis oleh pemimpin muda UMNO, yang menyifatkannya sebagai retorik lama yang semakin hilang taring.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Syed Mohd Hafiz berkata, rakyat Johor bukan mudah dipengaruhi dengan naratif politik yang bersifat menyalahkan pihak lain tanpa menawarkan penyelesaian konkrit.
“Rakyat Johor bukan mudah dipermainkan. Mereka melihat, mereka menilai, dan mereka tahu siapa yang benar-benar bekerja,” katanya ketika dihubungi MYJOHOR.
Beliau menegaskan bahawa UMNO selama ini konsisten turun padang dan memahami denyut nadi rakyat, berbanding pihak tertentu yang menurutnya hanya tampil ketika musim politik.
“Kita tidak menunggu masa sesuai, kita bekerja setiap masa. Ini bukan soal siapa paling kuat bersuara, tetapi siapa yang paling konsisten berkhidmat,” katanya lagi.
Kenyataan itu dilihat sebagai sindiran langsung terhadap Amanah Johor susulan kenyataan Naib Pengerusinya, yang sebelum ini menggesa pengundi menghukum UMNO dan BN sebagai mesej terhadap kegagalan mentadbir serta ketidakprihatinan terhadap isu kos sara hidup.
Dalam kenyataannya, Dr Zuhan menegaskan rakyat berhak memilih kepimpinan yang stabil, berintegriti dan fokus kepada kebajikan, bukannya yang terperangkap dalam perebutan kuasa tanpa hala tuju jelas.
Namun bagi Syed Mohd Hafiz, kenyataan sedemikian mencerminkan kecenderungan sesetengah pihak untuk bermain persepsi berbanding membuktikan keupayaan di lapangan.
“Sebab itu hari ini kita berdiri dengan satu tekad yang jelas — Johor mesti menjadi titik kebangkitan. Dari negeri inilah kita hantar isyarat kuat bahawa rakyat mahukan kestabilan dan kepimpinan yang konsisten,” katanya.
Menurutnya, rakyat Johor semakin matang dalam membuat penilaian politik dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan slogan atau janji yang tidak berasas.
Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa sokongan terhadap UMNO dan BN akan terus kukuh sekiranya fokus terhadap kebajikan rakyat dan kestabilan politik dikekalkan.
“Insya-Allah, gelombang ini akan bermula di Johor. Dari Johor kita bangkit dan membuktikan bahawa kepimpinan berteraskan khidmat adalah pilihan rakyat,” katanya.
Perkembangan ini mencerminkan suhu politik Johor yang semakin hangat menjelang pilihan raya, dengan kedua-dua pihak terus berbalas kenyataan dalam usaha memenangi sokongan pengundi.
MYJOHOR
17/04/2026
🔥 YOKK TENGOK BOLA! 🔥
Keluarga Kempas tak kira usia peringkat, jom malam ini kita ngeteh sambil tengok bola sempena perlawanan suku akhir ACLE antara JDT vs Al-Ahli Saudi FC !
📅 17 April 2026 (Jumaat)
🕥 10:30 malam
📍 Restoran Al-Falah
https://maps.app.goo.gl/ZuRMMYXHXSDHzFnb7
Skrin besar, makan dan minum percuma kita sediakan malam ini InsyaAllah! Jangan tengok sorang-sorang, ajak kawan, keluarga dan geng lepak sekali! Kita penuhkan restoran Al-Falah dengan semangat bola sepak! 🔥
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
2, Jalan Bioteknologi 1, Persiaran SILC, Kawasan Perindustrian SILC, Lskandar Pu
Johor Bahru
79200