AnakJohor Fans Supporters

AnakJohor Fans Supporters

Share

ANAKJOHOR FANS SUPPORTERS@AJFS di bawah Komuniti gabungan kelab penyokong Johor(JCSC)

02/07/2026

Selamat Datang Ke Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim! 💙❤️

“Bradley Anthony Tapp”

Brad Tapp merupakan pemain bola sepak profesional dari Australia yang beraksi di posisi pertahanan tengah (centre-back). Beliau juga mampu beraksi sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder).

Profil Ringkas

Nama Penuh: Bradley Anthony Tapp
Tarikh Lahir: 16 Januari 2001 (25 tahun)
Asal: Sydney, New South Wales, Australia 🇦🇺
Ketinggian: 1.83 meter
Posisi: Pertahanan Tengah (Centre-Back) / Pemain Tengah Bertahan (Defensive Midfielder)

Kerjaya Kelab

Brad Tapp merupakan produk akademi Central Coast Mariners sebelum dinaikkan ke skuad utama.

Beliau menjadi antara tonggak penting kelab tersebut dan membantu Central Coast Mariners menjulang beberapa kejuaraan utama termasuk A-League Men Championship, A-League Men Premiership serta AFC Cup 2023/24, menjadikan beliau seorang pemain yang mempunyai pengalaman di pentas domestik dan Asia.

Selain beraksi sebagai pertahanan tengah, beliau turut dikenali dengan versatilitinya untuk bermain di bahagian tengah bertahan.

Semoga Brad Tapp dapat memperkukuhkan benteng pertahanan Johor Darul Ta’zim dan membantu Harimau Selatan terus melakar kejayaan di pentas domestik serta Asia.

Selamat datang ke Home of Champions, Brad Tapp! 💙❤️





Photos from AnakJohor Fans Supporters's post 11/06/2026

JADUAL PENUH PERLAWANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 di RTM🔥!! SORAKAN BERMULA DI SINI!

_____________________

Sorakan bermula di sini!

Tonton 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 di saluran TV Okey, Sukan +, TV2, TV1 dan strim di aplikasi RTMKLIK.





*Jadual tertakluk kepada perubahan semasa

05/06/2026

KEJOHANAN SHOPEE CUP 2026/2027

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC telah diundi untuk berada di kumpulan B bersama wakil dari Indonesia Persib Bandung serta beberapa wakil dari negara Asean yang lain seperti Lion City Sailors dan Port FC.

Manakala satu lagi wakil Malaysia iaitu Kuching City FC yang hadir buat pertama kali di kejohanan ini akan bertemu dengan juara bertahan Buriram United serta beberapa lagi wakil Asean lain seperti Tampines Rovers dan Borneo FC.

Mampukah pasukan dari Malaysia ini pergi jauh seperti edisi lepas. Menarik untuk kita tunggu.

04/06/2026

SHOPEE CUP MUSIM 2026/2027 MENJANJIKAN LEBIH CABARAN DAN LEBIH PRESTIJ

Kejohanan Kelab ASEAN kembali untuk musim 2026/27, dan kali ini kami tampil dengan skala yang lebih besar!

Jumlah pasukan yang bertanding telah ditingkatkan daripada 14 kelab dalam dua edisi terdahulu kepada 16 kelab elit ASEAN yang bakal berentap demi merebut kejuaraan serantau.

Lebih banyak pasukan bermakna lebih banyak drama, lebih sengit persaingan, dan lebih banyak aksi bola sepak yang memukau!

🔥 Siapakah pilihan anda untuk muncul sebagai pasukan terbaik ASEAN?

17/04/2026

GWS jairo we proud you❤️💙

25/03/2026

RASMI: JDT diundi bertemu pemenang antara Al-Ahli (Saudi) atau Al-Duhail (Qatar) di suku akhir ACL Elite 2025-26 🔴🔵🇲🇾

Telah berlangsung sebentar tadi majlis undian suku akhir ACL Elite 2025-26 dengan wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) diundi akan bertemu pemenang pusingan 16 terbaik antara juara bertahan, Al-Ahli atau wakil Qatar, Al-Duhail.

Kesemua perlawanan pusingan 16 terbaik zon Barat yang tertangguh sehinggalah ke final akan berlangsung di Jeddah, Arab Saudi.

Perlawanan pusingan 16 terbaik yang tertangguh sebelum ini hanya akan dimainkan sekali sahaja tanpa timbal balik pada 14 April depan.

Manakala pusingan suku akhir hingga final akan berlangsung pada 17 hingga 25 April depan.

Photos from AnakJohor Fans Supporters's post 19/02/2026

Pusingan 16 - Knockout Stage | AFC Champion League Elite 2025/2026

Jadual perlawanan pusingan kalah mati untuk pasukan Harimau Selatan telahpun dikeluarkan secara rasminya.

🇲🇾 JOHOR DARUL TA’ZIM FC vs SANFRECCE HIROSHIMA 🇯🇵

Tarikh : 4hb March 2026 (Rabu)
Sepakmula : 8:15 malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri.

Hampir 32’000 penyokong telah memenuhi gelanggang keramat kita pada perlawanan yang lepas. Sekali seruan untuk semua penyokong setia Merah Biru 🔴🔵.

Ayuh semua penyokong setia Harimau Selatan. Kita gegarkan sekali lagi stadium ini. Sokongan anda pasti memberikan lebih semangat untuk Pahlawan Merah Biru bagi memastikan sejarah tercipta sekali lagi untuk mara ke pusingan Suku Akhir Kejohana AFC Elite 2025/2026.






Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00