DTC-JDT JOHOR BAHRU

DTC-JDT JOHOR BAHRU

Share

PEMBANGUNAN BOLASEPAK AKAR UMBI DAERAH

22/07/2026

Jaringan menentang pasukan DTC Kluang

Photos from DTC-JDT JOHOR BAHRU's post 22/07/2026

KEPUTUSAN DTC CUP BAWAH 14 TAHUN (U14) ⚽

Tahniah kepada pasukan DTC JB U14 atas aksi yang dipamerkan dalam saingan DTC CUP.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:
✅ 1 Kemenangan
❌ 1 Kekalahan
⛈️ 1 Perlawanan Ditangguhkan akibat cuaca buruk.

Teruskan memberikan sokongan dan doa buat pasukan DTC JB U14 agar terus bangkit serta mencatat keputusan yang lebih cemerlang dalam perlawanan seterusnya.

15/06/2026
Photos from DTC-JDT JOHOR BAHRU's post 15/06/2026

🔥 PEMILIHAN PEMAIN LIGA DTC JOHOR U14 2026 SMK Tasek Utara 2 🔥

Seramai 116 orang murid telah hadir dan menyertai sesi pemilihan pemain bagi mewakili SMK Tasek Utara 2 ke Liga DTC Johor U14 2026 yang akan berlangsung di Tangkak pada 25–28 Jun 2026.

Sesi pemilihan ini bertujuan untuk mengenal pasti bakat muda yang berpotensi, berdisiplin serta bersedia untuk beraksi di peringkat lebih kompetitif.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi 💪⚽

Teruskan berlatih dan buktikan kemampuan anda di peringkat seterusnya!

📍 SMK Tasek Utara 2
📅 13 Jun 2026 (Sabtu)

U14Football TeamWork Disiplin SukanSekolah

31/05/2026

Assalamualaikum dan salam takziah.
Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Muhammad Faiq Munir, bekas pemain DTC Pasir Gudang (2020-2024).
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa beliau, melapangkan kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Al-Fatihah.
"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali."
(Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un)


31/05/2026

📢 HEBAHAN PEMILIHAN TERBUKA DTC-JDT JOHOR BAHRU U14 2026 ⚽🔥

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Peluang terbuka kepada anak-anak muda yang bercita-cita tinggi untuk mengembangkan bakat dalam dunia bola sepak!

🏆 DTC-JDT Johor Bahru U14 kini membuka sesi pemilihan pemain bagi musim 2026 dengan sasaran untuk beraksi dalam Liga DTC Johor U14 2026.

📅 Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Stadium SMK Tasek Utara 2, Johor Bahru

✅ Syarat Penyertaan:
• Lahir pada tahun 2012 sahaja
• Mempunyai bakat dan disiplin yang tinggi
• Sanggup menjalani latihan secara intensif
• Membawa air minuman sendiri

Ini adalah peluang terbaik untuk menunjukkan kebolehan, membina pengalaman serta melangkah lebih jauh dalam arena bola sepak kompetitif.

🌟 Jika anda mempunyai semangat juang, disiplin dan keinginan untuk menjadi pemain yang lebih baik, kami menjemput anda untuk hadir dan membuktikan kemampuan anda di padang.

📣 Jangan lepaskan peluang ini!
Ayuh sertai Pemilihan Terbuka DTC-JDT Johor Bahru U14 dan jadilah sebahagian daripada pasukan yang berhasrat mencipta kejayaan dalam Liga DTC Johor U14 2026.

⚽🐯🔥

20/05/2026

⚽ Nukilan Aksi Liga Jemputan DTC Johor 2026! ⚡

Perjalanan 4 bulan penuh aksi, akhirnya berakhir dengan kejayaan berganda pasukan sekolah kita! Dari perlawanan awal hingga perlawanan akhir menentang DTC Pontian 7-0, setiap jaringan, setiap penjagaan gol, setiap strategi membuktikan semangat juang tiada tandingan.

💥 Saksikan momen-momen terbaik: gol menawan, aksi penjaga gol hebat, dan sorakan penuh semangat daripada pemain dan penyokong!

🏆 Keputusan Cemerlang:

* Naib Johan U17 & U15
* Penjaring Terbanyak U17: Muhammad Aeqmal bin Mohd Rizal
* Penjaga Gol Terbaik U15: Muhammad Ziqri Fahim

👏 Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pengurus, dan ibu bapa atas dedikasi luar biasa!

Photos from DTC-JDT JOHOR BAHRU's post 20/05/2026

🏆 Kejayaan Berganda Pasukan Sekolah! 🏆

Alhamdulillah! Liga Jemputan DTC Johor bagi kategori U17 & U15 telah melabuhkan tirainya, bermula 24 Januari hingga 17 Mei 2026 di Stadium Simpang Renggam.

Pasukan sekolah kita telah muncul sebagai Naib Johan bagi kedua-dua kategori, menewaskan DTC Pontian 7-0 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan! ⚽🎉

Terima kasih kepada:

* Puan Pengetua & Pengurusan Sekolah atas sokongan padu
* Jurulatih & pengurus pasukan atas strategi dan bimbingan
* Pemain atas komitmen dan semangat latihan berintensiti tinggi
* Ibu bapa atas sokongan tidak berbelah bagi

✨ Anugerah Individu:

* Penjaring Terbanyak U17: Muhammad Aeqmal bin Mohd Rizal, 5 Al-Biruni
* Penjaga Gol Terbaik U15: Muhammad Ziqri Fahim, 2 Al-Farabi

Tahniah kepada semua! Teruskan usaha, semangat dan kecemerlangan! 💪🏽👏

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jalan Taruka
Johor Bahru
80350

Opening Hours

09:00 - 17:00