11/07/2026
Keputusan Penuh | Kuala Terengganu League 2026
K*m D
MBKT FC 0-1 LADANG FC
Page Rasmi BolaSepak Dan Futsal Majlis Bandaraya Kuala Terengganu โ
11/07/2026
Keputusan Penuh | Kuala Terengganu League 2026
K*m D
MBKT FC 0-1 LADANG FC
11/07/2026
Kuala Terengganu League - KTL
MATCH DAY
โฝ MBKT FC ๐ LADANG FC
๐
11 JULAI 2026 (SABTU)
๐ 5:00 Petang
๐ KTC Arena Buruk
10/07/2026
๐๐๐
Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu PBDKT dengan penuh rasa syukur dan bangga mengumumkan bahawa Kuala Terengganu League (KTL) kini secara rasmi bertaraf Liga A3, sekali gus menjadi satu pencapaian bersejarah dalam usaha memperkasakan pembangunan bola sepak komuniti di Daerah Kuala Terengganu.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa Kuala Terengganu League telah mencapai satu standard baharu dalam aspek penganjuran pertandingan, tadbir urus dan pembangunan kelab, sekali gus meletakkan KTL sebagai antara platform pembangunan bola sepak yang berpotensi melahirkan lebih ramai pemain, jurulatih, pegawai serta pengurusan kelab yang berkualiti.
Sebagai sebuah liga bertaraf A3, KTL bukan sahaja menawarkan saingan yang lebih kompetitif, malah menjadi sebahagian daripada laluan pembangunan bola sepak negara yang memberi peluang kepada kelab-kelab komuniti untuk meningkatkan keupayaan mereka dari aspek pentadbiran, pengurusan, pembangunan bakat dan daya saing.
Pengiktirafan ini turut membuka peluang kepada wakil Kuala Terengganu League untuk melangkah ke Liga A2 anjuran Amateur Football League sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan, pelesenan kelab serta semua keperluan pertandingan yang ditetapkan. Ini merupakan satu perkembangan yang amat signifikan kerana buat pertama kalinya kelab-kelab yang bertanding di KTL mempunyai laluan yang lebih jelas untuk bersaing di peringkat nasional melalui sistem liga yang tersusun.
PBDKT percaya bahawa pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan profesionalisme dalam kalangan semua pasukan yang bertanding. Ia juga diharapkan mampu menarik lebih banyak penyertaan, meningkatkan keyakinan penaja dan rakan strategik serta memperkukuhkan kedudukan Kuala Terengganu sebagai antara pusat pembangunan bola sepak komuniti yang progresif di Malaysia.
Sehubungan itu, PBDKT komited untuk terus mempertingkatkan mutu penganjuran Kuala Terengganu League dengan memberi penekanan kepada tadbir urus yang baik, integriti pertandingan, pematuhan kepada peraturan, pembangunan akar umbi serta penyediaan platform terbaik kepada bakat-bakat tempatan.
PBDKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Amateur Football League AFL atas pengiktirafan yang diberikan, serta kepada Football Association of Malaysia, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, semua penaja, rakan strategik, pasukan-pasukan bertanding, pegawai pertandingan, pengadil, sukarelawan, pihak media dan seluruh komuniti bola sepak yang telah memberikan sokongan berterusan dalam menjayakan pembangunan Kuala Terengganu League.
Pengiktirafan ini bukanlah destinasi terakhir, sebaliknya merupakan titik permulaan kepada satu era baharu yang diyakini mampu melonjakkan pembangunan bola sepak Kuala Terengganu ke tahap yang lebih tinggi serta melahirkan lebih banyak kelab yang mampu bersaing di peringkat nasional.
โDARI DAERAH KE PENTAS NASIONALโ
โKUALA TERENGGANU LEAGUE โ LALUAN KE LIGA A2โ
08/07/2026
06/07/2026
๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ฐ๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ญ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ง๐ฒ๐. โค๏ธโ๐ฅ
MBKT FC bakal turun beraksi dalam perlawanan minggu ketiga Kuala Terengganu League - KTL 2026 menentang LADANG FC, Sabtu ini.
โฝ๏ธ MBKT FC ๐ LADANG FC
๐๏ธ KTC Arena
๐๏ธ 11 JULAI 2026 (SABTU)
๐ 5:00 PETANG
Jom ramai-ramai turun beri sokongan kepada pasukan MBKT FC!
03/07/2026
๐ธ Sekitar aksi perlawanan MBKT FC menentang PBKJ FC
03/07/2026
Keputusan Penuh | Kuala Terengganu League 2026
Jaringan tunggal Matkubu sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat MBKT FC.
Tahniah kepada seluruh barisan pemain dan pasukan kejurulatihan atas komitmen serta semangat juang yang dipamerkan. Teruskan momentum ini untuk perlawanan seterusnya.
02/07/2026
Kuala Terengganu League - KTL
Perlawanan seterusnya menyaksikan MBKT FC akan menerima kunjungan PBKJ FC dalam saingan K*mpulan D.
๐ Jumaat
๐ 5:00 Petang
๐ Padang Banggol Tokku
What the volley Alif Shafiq
01/07/2026
Sekitar perlawanan persahabatan MBKT FC menentang Banggol TOKKU FC sebagai persiapan kedua-dua pasukan menjelang saingan Kuala Terengganu League - KTL yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.
Semoga kedua-dua pasukan berjaya mempamerkan aksi terbaik dalam saingan nanti.