31/08/2026
Welcome to Johor ,
Dani Bolt !
JDT terus meningkatkan tahap kekuatan skuad musim ini , kali ini merekrut bintang Right Back asal Brazil berusia 27 tahun iaitu Dani Bolt.
JDT dilihat memiliki barisan pertahanan yang sangat mantap musim ini dengan barisan pemain2 elit seperti Israfilov , Glauder , Medina , Raul Parra , Brad Tapp , Akapo , Johnathan Silva , Jon Irazabal dan Dani Bolt.
29/08/2026
Masa penuh di SSI:
JDT 7-0 Star City
Alhamdulillah 3 mata berjaya diraih malam ini dalam aksi ke-3 Liga Super selepas menewaskan Star City dengan skor 7-0.
Gol2 kita dijaringkan Bergson (3), Zahedi, Marcos, Medina dan Akapo.
Kemenangan ini sekaligus mengukuhkan kedudukan kita di puncak liga dengan 9 mata.
Tahniah JDT !
Ayuh Johor!
29/08/2026
Kesebelasan utama JDT malam ini di SSI dalam aksi Liga Super menentang Star City
26/08/2026
Man of the Match :
ZAHEDI
Penggempur terbaru JDT ini semakin mempamerkan taring apabila meledak 4 gol malam ini di SSI.
Zahedi bijak mencari ruang untuk diri beliau menjaringkan gol selain menunjukkan ketajaman di depan gawang lawan.
Selepas hanya 2 perlawanan liga , Zahedi kini telah mencipta 5 gol & muncul penjaring terbanyak setakat ini.
26/08/2026
Masa penuh di SSI :
JDT 9-0 Kelantan RW
Alhamdulillah kemenangan berjaya diraih malam ini di SSI dalam aksi kedua Liga Super 2026/2027 selepas JDT berjaya menewaskan Kelantan RW dengan skor 9-0 sebentar tadi.
Gol2 kita malam ini dijaringkan Zahedi (4) , Jairo , Nahuel , Israfilov, Arif Aiman dan satu gol sendiri .
Tahniah JDT !
Ayuh Johor!
26/08/2026
Kesebelasan utama JDT malam ini di SSI
26/08/2026
Gadis asal Johor menyinar di Indonesia
Seorang pemain bolasepak kebangsaan B-17 mencuri perhatian terutama di media sosial seluruh Asia baru baru ini. Lim You , 14 tahun mencipta sensasi apabila mempamerkan kemampuan meledak gol2 jarak jauh dalam kejohanan Srikandi Merdeka Cup di Indonesia dan turut muncul pemenang bagi anugerah Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan (7 gol).
Kedua dua ibu bapa Lim You adalah warga Malaysia kelahiran Tangkak , Johor. Lim You dilahirkan di Taiwan tapi dibesarkan di USA.
Lim You memilih untuk mewakili Malaysia kerana cintanya kepada negara ini.
Terus menyinar , Lim You !
24/08/2026
Kejayaan JDT III muncul juara SUKMA membuktikan sistem latihan yang diterapkan di peringkat akar sejak beberapa tahun lalu berjaya membuahkan hasil .
Bakat2 muda di Johor berjaya dieksploit ke tahap tinggi menerusi sistem latihan & penjagaan pemain yang rapi. Selain itu dapat kita lihat mentaliti juara juga berjaya ditanam & diterjemahkan skuad junior ini.
Dalam aksi final semalam , Johor beraksi dengan tenang tapi agresif dengan corak2 serangan yang dijana dengan baik di sepanjang permainan sekaligus berjaya membutirkan emas pertama bolasepak SUKMA (Lelaki) buat negeri Johor.
24/08/2026
Kesebelasan utama pilihan admin untuk aksi Liga Super menentang Kelantan RW Rabu ini di SSI
22/08/2026
Johor Juara SUKMA 2026 !!
Alhamdulillah skuad junior Johor berjaya bergelar juara bolasepak SUKMA 2026 selepas menewaskan Selangor menerusi penentuan penalti 4-2 di Stadium MBPJ sebentar tadi selepas masa sebenar berakhir 1–1.
Kemenangan ini sekaligus menghadiahkan pingat emas buat mereka.
Tahniah anak2 muda !
Ayuh Johor !
Syabas juga buat skuad Selangor yang meraih pingat perak.