Mutiara Soccer Club

Mutiara Soccer Club

Share

Dynamic football development club dedicated to the future of young football talent.

31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69, Mutiara Soccer Club ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh warga Malaysia dan warga MSC.

Marilah kita bersama-sama menyemai semangat patriotisme, perpaduan dan kasih sayang kepada tanah air. Semoga Malaysia terus maju, harmoni dan sejahtera.

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’› MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ikhlas daripada,
MUTIARA SOCCER CLUB ⚽

24/08/2026

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan Mutiara Soccer Club (MSC) mengucapkan Salam Maulidur Rasul SAW 1448H buat seluruh keluarga besar MSC, para pemain, ibu bapa serta seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan dan mencontohi akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan penuh kasih sayang, kesabaran, amanah dan semangat dalam setiap perjuangan.

Ke padang bermain penuh gaya,
Semangat MSC terus membara;
Selawat dan salam buat Baginda,
Nabi Muhammad SAW junjungan kita. ο·Ί

Semoga nilai-nilai yang diajarkan Rasulullah SAW menjadi pedoman buat anak-anak MSC, bukan sahaja untuk menjadi pemain yang hebat di atas padang, tetapi juga insan yang baik, berdisiplin, rendah hati dan berakhlak mulia.

β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

β€œDengan Sunnah Kita Melangkah, Dengan Akhlak Kita Menang.”

END.

β€”β€”β€” πŸ•Œ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Photos from Mutiara Soccer Club's post 24/08/2026

⚽️ KEJOHANAN BOLA SEPAK MERDEKA U12 ⚽️

πŸ“† Ahad, 23 Ogos 2026
πŸ₯… M&M Sports Centre Ekoflora
🎽 Sponspored by D&J
πŸ—£οΈ Timb. Pengarah Tn Dhuhal Islam & Coach Kerek
πŸ‘₯ MSC U12

β€”β€”β€” πŸ”΄

KEPUTUSAN PERLAWANAN

1. MSC 0–2 Perkasa Selatan ❌
2. MSC 0–6 MBFC ❌
3. MSC 0–2 Crystal Junior ❌
4. MSC 1–2 Revolta Soccerkid ❌
5. MSC 0–2 Mora FC ❌
6. MSC 0–5 Shining Akademi ❌

Gol tunggal MSC: 1 gol ketika menentang Revolta Soccerkid.

β€”β€”β€” πŸ”΄

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, Bola Merdeka 2026 menjadi satu pengalaman yang sangat penting buat MSC U12, walaupun keputusan akhir belum memihak kepada pasukan. Daripada 6 perlawanan, MSC mencatat 6 kekalahan dengan 1 gol dijaringkan dan 19 gol dibolosi.

Namun, statistik ini bukan sekadar angka kalah dan menang. Ia menunjukkan bahawa MSC U12 masih dalam proses membina dan mengembangkan pasukan. Beberapa perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penyudah di hadapan gol, benteng pertahanan, kawalan bola, komunikasi antara pemain serta kemampuan mengekalkan fokus sepanjang perlawanan berlangsung.

Kekalahan hari ini menjadi asas kepada peningkatan pada kejohanan akan datang. Teruskan latihan, perbaiki kelemahan dan bina keyakinan. Kegagalan hari ini adalah permulaan kejayaan.

β€”β€”β€” πŸ”΄

⚽️ KEEP THE DREAM ALIVE ⚽️







Photos from Mutiara Soccer Club's post 24/08/2026

Malaysia Youth League (MYL) 2026 ( Season B )

πŸ—“ Ahad, 23 Ogos 2026
⏰ 1200pm
πŸ“ Arena Mutiara Johor Land
🎽 Jersey sponsored by Vigor Properties Malay Wing
πŸ—£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah 1 Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tn Azwyck, Coach Helmee, Coach Zul & Coach Kadir
πŸ‘₯ MSC U12

KEPUTUSAN :

MSC TAKZIM [2] vs [0] TSSX

β€”β€”β€” πŸ”΅

Penjaring Gol:
* Muhammad Raif Annaqi Bin Mohamad Jasrol (1 gol)
* Aqil Ziqri Bin Mohd Jamri (1 gol)

β€”β€”β€” πŸ”΄

Assalamualaikum semua. Tahniah kepada semua pelatih hari ini! Alhamdulillah, 3 mata berjaya kita raih untuk perlawanan kedua. Walaupun bermain dalam keadaan cuaca yang panas, semua pelatih tetap menunjukkan semangat juang, komitmen dan permainan yang baik.

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sama-sama berpanas dan memberikan sokongan sehingga tamat perlawanan. Sepanjang cuti sekolah ini, saya berharap semua pelatih dapat terus melakukan latihan individu bagi meningkatkan lagi skill dan tahap permainan masing-masing.

Kita akan berehat daripada sesi latihan dan akan berjumpa semula pada 4 September 2026. Jaga diri dan kesihatan, terutama dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. Jumpa lagi pada sesi latihan akan datang. Terima kasih semua.

COACH KADIR
Jurulatih MSC TAKZIM U12

β€”β€”β€” πŸ”΅

⚽️ KEEP THE DREAM ALIVE ⚽️








Photos from Mutiara Soccer Club's post 23/08/2026

Malaysia Youth League (MYL) 2026 ( Season B )

πŸ—“ Ahad, 23 Ogos 2026
⏰ 1000am
πŸ“ Arena Mutiara Johor Land
🎽 Jersey sponsored by IzzDecor Curtains
πŸ—£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah 1 Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tn Azwyck, Coach Helmee
πŸ‘₯ MSC U10

KEPUTUSAN :

MSC DARUL [22] vs [0] PULAI RANGERS FC

β€”β€”β€” πŸ”΅

Penjaring Gol:

* Muhammad Aliff Haikal Bin Razi (7 gol)
* Muhammad Syahmi A***n Bin Mohd Nasarudin (5 gol)
* Muhammad Afrizal Bin Mohamad Naim (4 gol)
* Muhammad Que Ayden Umar Bin Aminuddin (3 gol)
* Muhammad Aariz Bin Mohd Izzat (1 gol)
* Adam Elhaqq Bin Abdul Qayyum (1 gol)
* Nurquesha Az Zulfa Binti Mohd Izhar (1 gol)

β€”β€”β€” πŸ”΄

⚽️ KEEP THE DREAM ALIVE ⚽️








Photos from Mutiara Soccer Club's post 23/08/2026

Malaysia Youth League (MYL) 2026 ( Season B )

πŸ—“ Ahad, 23 Ogos 2026
⏰ 1000am
πŸ“ Arena Mutiara Johor Land
🎽 Jersey sponspored by IzzDecor Curtains
πŸ—£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah 1 Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tn Azwyck & Coach Helmee.
πŸ‘₯ MSC TAKZIM U10

KEPUTUSAN :

MSC TAKZIM [0] vs [12] KULAI COPS

β€”β€”β€” πŸ”΅

WILL UPDATE SOON

β€”β€”β€” πŸ”΄

⚽️ KEEP THE DREAM ALIVE ⚽️








Photos from Mutiara Soccer Club's post 23/08/2026

Malaysia Youth League (MYL) 2026 (Season B)

πŸ—“ Ahad, 23 Ogos 2026
⏰ 1200pm
πŸ“ Arena Mutiara Johor Land
🎽 Jersey sponsored by Tok Imam Printing Wawawax
πŸ—£οΈ Pengarah MSC Tn Abdul Aziz, Timb. Pengarah 1 Tn Dhuhal Islam, Timb. Pengarah 2 Tn Azwyck, Coach Helmee, Coach Pae’i & Coach Arief Danial
πŸ‘₯ MSC U8

KEPUTUSAN :

MSC [5] vs [0] SJFC

β€”β€”β€” πŸ”΅

Penjaring Gol:
* Adam Zhafreel Bin Azreen (4 gol)
* Zuleyka Shaima Binti Ahmad Rifa’ie (1 gol)

β€”β€”β€” πŸ”΄

Untuk game akan datang, U8 kena lebih fokus dan lebih sabar. Jangan terlalu ghairah nak score sampai menyebabkan peluang yang ada tersasar. Yang penting, belajar daripada setiap perlawanan dan terus perbaiki diri.

Apa-apa pun, tahniah anak-anak U8! Game masih banyak lagi dan U8 memang ada potensi. Teruskan usaha, jangan mudah putus asa dan percaya pada proses. Good job H/C & Assistant Coach!

Tn Abd Aziz Bin Yaacob
PENGARAH MSC

β€”β€”β€” πŸ”΅

Untuk makluman semua parents, barisan jurulatih U8 kini sedang memberi fokus kepada teknik 1v1, salah satu daripada 4 asas FAM yang perlu dikuasai oleh pemain akar umbi. Teknik ini perlu dikuasai oleh semua pelatih U8 yang terlibat dalam MYL dan Program Pembangunan MSC.

Dalam masa yang sama, saya berharap ibu bapa dapat memberikan ruang kepada anak-anak untuk membuat keputusan sendiri di dalam padang tanpa campur tangan atau arahan semasa latihan dan perlawanan berlangsung. Ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan perkembangan mereka sebagai pemain bola sepak.

Terima kasih atas sokongan, kepercayaan dan kerjasama semua ibu bapa.

COACH PAI’E
Headcoach MSC U8

β€”β€”β€” πŸ”΄

Assalamualaikum dan selamat tengah hari kepada semua parents dan pemain. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada parents yang telah menyumbangkan air dan ais, serta kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan hari ini.

Alhamdulillah, semua pemain telah mengikut arahan yang diberikan dan menunjukkan kesungguhan sehingga berjaya mencatat kemenangan 5-0. Teruskan usaha, disiplin dan semangat berpasukan. Tahniah semua dan terima kasih atas sokongan parents!

COACH ARIEF DANIAL
Assistant Headcoach MSC U8

β€”β€”β€” πŸ”΅

⚽️ KEEP THE DREAM ALIVE ⚽️








22/08/2026

Ujian sebenar seorang pahlawan bukan di atas
padang, tapi bagaimana dia bangkit selepas rebah.

Buat 4 bintang muda MSC:

πŸ’™ Kayden Maliq
πŸ’™ Muhammad Izzat
πŸ’™ Samuel Stallone
πŸ’™ Muhammad Anas Zafran

Masa ini mungkin sukar, tapi ingatlah ini cuma babak sementara dalam perjalanan panjang kalian. Kesihatan kalian keutamaan kami. Mengalah bukan pilihan, tapi berehat itu satu keperluan.

Buat ibu bapa kepada Kayden, Izzat, Samuel, dan Anas, kami di Mutiara Soccer Club (MSC) amat memahami kerisauan dan kesabaran yang ditempuhi saat ini. Doa yang tidak putus-putus di sebalik setiap langkah anak-anak di atas padang kini beralih kepada doa kesembuhan yang berterusan.

Juga iringan doa dan sokongan penuh daripada seluruh keluarga besar Mutiara Soccer Club (MSC) buat mereka. Rehat secukupnya, kami tunggu kepulangan ANDA di atas padang.

Take your time to heal, boys πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯





Photos from Mutiara Soccer Club's post 22/08/2026

⚽️ Sesi Latihan Pembangunan Mutiara Soccer Club
πŸ—“οΈ Sabtu, 22 Ogos 2026
πŸ“ Arena Mutiara Johor Land
⏰ Padang 9, Jumaat (2000pm-2200pm)
⏰ Padang 11, Sabtu (1700pm-1900pm)
πŸ‘«πŸΌ Latihan U7-U8 (Lelaki/Perempuan)
πŸ₯… Latihan U5-U16 (Keeper)

β€”β€”β€” 🚩

Latihan Pembangunan MSC banyak membantu anak-anak berusia 5 hingga 16 tahun dalam membina asas dan meningkatkan kemahiran bola sepak. Setiap sesi latihan disusun mengikut peringkat umur dan tahap kemampuan pemain supaya mereka dapat belajar, berkembang dan memperbaiki kelemahan secara berperingkat.

Lebih daripada sekadar mengejar kemenangan, MSC memberi penekanan kepada pembangunan bakat, disiplin, keyakinan diri, semangat berpasukan dan mentaliti positif. Inilah proses untuk membentuk pemain yang bukan sahaja mempunyai kemahiran di atas padang, tetapi juga mempunyai karakter dan nilai yang baik sebagai seorang atlet.

Setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Dengan bimbingan jurulatih, sokongan ibu bapa dan latihan yang konsisten, In shaa Allah bakat mereka dapat terus dikembangkan.

MSC! Membina impian, membentuk pemain, mencipta masa depan πŸ”₯

⚽️ KEEP THE DREAM ALIVE ⚽️







Photos from Arena Mutiara Johor Land's post 22/08/2026

Sesi Latihan Pembangunan Mutiara Soccer Club

Kredit πŸ“Έ Arena Mutiara Johor Land

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Johor Bahru