PSSCM CJDT

PSSCM CJDT

Share

|| JOM KENALI SILAT CEKAK ||

Photos from PSSCM CJDT's post 02/08/2026

JUMAAT | 31 JULAI 2026
9.00 MALAM
IBU PEJABAT PSSCM CJDT

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI PASUKAN KWD11

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN JOHOR DARUL TAKZIM (PSSCM CJDT)

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Persembahan Demonstrasi Pasukan KWD11 PSSCM CJDT yang menjadi medan penilaian akhir bagi mengukur tahap kesiapsiagaan pasukan sebelum menggalas amanah mewakili PSSCM Cawangan Johor Darul Takzim ke Program KWD11 yang bakal berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat Badriyyah, diikuti ucapan alu-aluan oleh Pengurus Pasukan, En. Abdul Sharnnaz bin Ramlan, sebelum diteruskan dengan persembahan demonstrasi bagi Kategori 1 hingga Kategori 4.

Setiap persembahan yang dipamerkan memperlihatkan kesungguhan, disiplin, kekemasan gerak, ketepatan teknik serta semangat berpasukan yang tinggi. Kesemua ini merupakan hasil daripada latihan yang berterusan, komitmen yang padu serta pengorbanan seluruh warga pasukan dalam memastikan persembahan mencapai tahap terbaik.

Selesai sesi demonstrasi, barisan Jawatankuasa Cawangan dan Penyelia telah menyampaikan ulasan, pandangan serta teguran yang membina sebagai panduan untuk memperkemaskan lagi setiap aspek persembahan agar memenuhi piawaian dan kualiti yang dihasratkan.

Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada Yang Dipertua PSSCM CJDT, En. Sazali bin Hj. Samsudin, yang menzahirkan penghargaan kepada tenaga pengajar, pengurusan pasukan serta seluruh ahli yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan. Beliau turut menyeru agar setiap ahli sentiasa memelihara disiplin, adab, kesatuan serta nama baik persatuan dalam apa jua keadaan, di samping menghayati amanah yang diberikan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

Kemuncak majlis diserikan dengan Majlis Penyerahan Bendera, yang menjadi simbol kepercayaan, amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh Pasukan KWD11 untuk membawa nama PSSCM Cawangan Johor Darul Takzim dengan penuh maruah, semangat juang serta iltizam yang tinggi.

Semoga seluruh kontinjen sentiasa dikurniakan kesihatan, keselamatan, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menyertai Program KWD11. Mudah-mudahan segala usaha, pengorbanan dan latihan yang telah dicurahkan membuahkan kejayaan yang membanggakan serta mengharumkan nama PSSCM Cawangan Johor Darul Takzim.

“Seni Dipelajari, Adab Dijunjung, Maruah Dipertahankan.”





13/07/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ ONN HAFIZ BIN GHAZI
Onn Hafiz Ghazi

atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor.

Semoga YAB Dato’ terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk daripada Allah SWT dalam memikul amanah serta tanggungjawab besar ini dengan penuh adil, ikhlas dan berintegriti.

Semoga kepimpinan YAB Dato’ terus membawa kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh Bangsa Johor.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

Ikhlas daripada:
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Johor Darul Takzim









11/07/2026

🔥𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗥𝗨 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 🔥

PSSCMCJDT kini bersedia menggalas cabaran dalam 𝑲𝒆𝒋𝒐𝒉𝒂𝒏𝒂𝒏 𝑾𝒂𝒋𝒂 𝑫𝒊𝒓𝒊 𝑰𝑷𝑻 & 𝑱𝒆𝒎𝒑𝒖𝒕𝒂𝒏 𝑷𝑺𝑪𝑪𝑴 𝑲𝒂𝒍𝒊 𝑲𝒆-11 yang akan berlangsung pada *8 Julai 2026*.

Dengan semangat juang yang tinggi, disiplin yang utuh dan latihan yang tidak pernah mengenal penat, satu pasukan terbaik PSSCMCJDT akan turun beraksi membawa satu misi — mengharumkan nama pasukan serta membuktikan kehebatan anak-anak Johor di Kejohanan Waja Diri! 💪🔥

Ayuh seluruh ahli, jurulatih, keluarga dan penyokong, sama-sama titipkan doa agar semua ahli pasukan PSSCMCJDT dikurniakan kesihatan, keselamatan, ketenangan dan kekuatan untuk memberikan persembahan terbaik.

Tiada yang mustahil bagi mereka yang berani berjuang. Berjuang dengan penuh kehormatan, bertanding dengan penuh semangat, dan pulang dengan penuh kebanggaan!

𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗣𝗦𝗦𝗖𝗠𝗖𝗝𝗗𝗧!
𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 • 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 • 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗧𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡🏆🔥

"𝗕𝗶𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶, 𝗯𝗶𝗮𝗿 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶!"

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
PSSCM Universiti Sains Malaysia


22/06/2026

Sekalung Tahniah

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, Naib Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim, atas pengurniaan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II).

Pengurniaan tersebut adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada 23 Mac 2026.

Pingat berkenaan telah dikurniakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dalam Majlis Pengurniaan Darjah dan Pingat bagi Daerah Muar, Tangkak dan Segamat yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar pada 20 Jun 2026.

Semoga beliau terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, serta terus cemerlang dalam menabur bakti kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, masyarakat dan Bangsa Johor.

Ikhlas daripada,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Johor Darul Takzim



16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026 Masihi.
Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini menjadi titik perubahan untuk kita terus memperbaiki diri, memperkukuh ukhuwah, meningkatkan disiplin, dan melangkah dengan azam yang lebih baik.
Hijrah bukan sekadar perpindahan masa, tetapi perubahan sikap, usaha dan keteguhan hati ke arah kebaikan.
Ikhlas daripada,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Johor Darul Takzim




31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

SEMPENA

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU

PADA

01 JUN 2026 BERSAMAAN 15 ZULHIJJAH 1447 HIJRAH

“SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA MEMBERKATI PEMERINTAHAN
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU”

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
CAWANGAN JOHOR DARUL TAKZIM

26/05/2026

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan persaudaraan.

Semoga semangat ini terus menjadi pegangan dalam perjuangan kita memartabatkan Seni Silat Cekak Malaysia.

Marilah kita menyambut hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran, merapatkan silaturahim dan memperkukuhkan ukhuwah sesama kita.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah

Ikhlas daripada,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim






21/05/2026

⭕️⭕️⭕️
KONGSI BERITA :

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ALUMNI PSSCM UiTM PASIR GUDANG 🌟🌟🌟🌟🌟

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh alumni PSSCM UiTM Pasir Gudang yang telah berjaya menamatkan pengajian serta diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-104.

Kejayaan yang diraih ini merupakan hasil daripada usaha, kesungguhan serta komitmen yang tinggi sepanjang menempuh alam pengajian. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan diri dan keluarga, malah turut mengharumkan nama PSSCM serta institusi universiti.

Sekalung ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para alumni PSSCM UiTM Pasir Gudang atas kejayaan cemerlang menerima Anugerah Naib Canselor:

1) Danish Iman Bin Sharifuddin

2) Danish Hakim Bin Mohd Azziddin

3) Syed Ahmad Haikal Bin Syed Shaharuddin

Kejayaan yang diraih ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta menjadi bukti bahawa penglibatan aktif dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) bukanlah penghalang untuk mencapai kecemerlangan akademik, malah mampu membentuk pelajar yang berdisiplin, berdaya saing dan seimbang dari segi sahsiah serta pendidikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua penuntut yang masih lagi dalam pengajian akademik untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang, di samping aktif dalam kegiatan persatuan dan pembangunan diri. Terus maju jaya dan kekal membawa nama baik PSSCM walau di mana berada.

Pihak persatuan turut mendoakan agar seluruh alumni terus mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang. Semoga semangat perjuangan, disiplin dan nilai murni yang diterapkan sepanjang bersama PSSCM akan terus menjadi pedoman dalam kehidupan.

Di samping itu, diharapkan agar seluruh alumni akan terus kekal aktif, bersatu hati dan menyumbang bakti kepada PSSCM walau di mana jua berada.

ALHAMDU LILLAH ,

TAHNIAH 🌟🌟🌟




Photos from PSSCM CJDT's post 20/05/2026

19 MEI 2026 | 9.00 MALAM
UiTM CAWANGAN JOHOR, KAMPUS PASIR GUDANG, JOHOR

MAJLIS PENGAMBILAN AHLI BAHARU
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM)
KELAS LATIHAN UiTM CAWANGAN JOHOR, KAMPUS PASIR GUDANG

Assalamualaikum w.b.t.
Majlis Pengambilan Ahli Baharu Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Kelas Latihan UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Mei 2026 (Selasa) bertempat di Foyer Fakulti Kejuruteraan Kimia bermula pada jam 9.00 malam.

Pasukan demonstrasi yang terdiri daripada sembilan orang ahli telah melaksanakan demonstrasi penerangan yang diketuai oleh Saudara Mohamad Shafuan bin Shamsudin selaku Ketua Komander. Majlis dimulakan dengan alunan Selawat Badriyyah, diikuti nyanyian Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi UiTM. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Penyelia Kelas Latihan PSSCM UiTM Pasir Gudang, Encik Roslan bin Daud.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi penerangan yang disampaikan oleh Saudara Najmuddin bin Amat selaku Pegawai Penerangan PSSCM UiTM Pasir Gudang. Dalam sesi tersebut, beliau telah memberikan penerangan berkaitan sejarah penubuhan, objektif serta keistimewaan Seni Silat Cekak Malaysia kepada para pelajar yang hadir.
Anggaran jumlah kehadiran pelajar sepanjang program berlangsung adalah seramai 100 orang.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga UiTM Pasir Gudang. Penganjuran majlis ini bertujuan memperkenalkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kepada para pelajar baharu di samping menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum yang berteraskan warisan seni mempertahankan diri Melayu.





Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


PTD 7425, Jalan Kempas 9, Kampung Kempas Baru
Johor Bahru
81200