Offici Nurul Falah Archery Club

Offici Nurul Falah Archery Club

Share

comunity archery club

05/09/2025

Assalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah,di dalam bulan penuh barakah ini marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, rahmat bagi sekalian alam.

Marilah kita perbanyakkan selawat, hidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian, dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang penuh kasih sayang.

Mudah-mudahan dengan kecintaan ini kita semua mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Aamiin

19/11/2024

Assalamualaikum berita dukacita hari ini perginya seorang lagi sahabat Nurul Falah Archery, Mohd Radzlan b Mustapa, Radz Lan

10/04/2024

Hari Raya Aidilfitri pertama kalinya dirayakan umat Islam selepas Perang Badar pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan walau 313 orang tentera Muslimin menentang 1,000 pasukan kafir Quraisy.

Jadi pada tahun itu, Rasulullah SAW dan para sahabat merayakan dua kemenangan, iaitu kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menakluk hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.

Dari sinilah lahirnya ungkapan ‘Minal ‘Aidin wal Faizin’ yang lengkapnya ungkapan doa kaum Muslim saat itu:

‘Allahummaj ‘alna minal ‘aidin walfaizin’ : ‘Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang kembali (dari Perang Badar) dan mendapatkan kemenangan’

Diriwayatkan, Rasulullah SAW dan para sahabat menunaikan solat Aidilfitri yang pertama dalam keadaan luka-luka yang masih belum pulih dan letih akibat Perang Badar. Dari Jubair bin Nufair, dia berkata, bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW pada hari raya Aidilfitri (dan Aidiladha) dan berjumpa satu sama lain, mereka saling mengucapkan:

“Taqobbalallahu minna wa minkum(Semoga Allah menerima amal kami dan amal kalian).”

Menurut Ibnu Katsir, pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama, Rasulullah SAW pergi meninggalkan masjid menuju ke suatu kawasan lapang dan menunaikan solat Aidilfitri di situ. Sejak itulah, Baginda dan para sahabat menunaikan solat Aidilfitri di lapangan terbuka.

Jadi, Hari Raya Aidilfitri adalah anugerah yang Allah turunkan sebagai hadiah untuk umat Islam, bukan sahaja sebagai kemenangan dalam bentuk fizikal tetapi kejayaan kerana berjaya menakluk nafsu dalam bulan Ramadhan.

Seharusnya, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan memperbanyakkan ucapan tahmid dan tasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT bersempena dengan kemuliaan hari kemenangan itu. Diterangkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, maksudnya;

“Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.”

Ini bermakna, seseorang muslim itu sangatlah digalakkan dan dituntut agar menghidupkan hari raya dengan segala amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi menjamin hati agar tidak mati dan menjadi hamba yang penuh taqwa.

Rasulullah SAW dan para sahabat telah melalui sembilan kali Ramadhan dengan penuh kebersamaan. Sungguh, mereka telah melewati bulan Ramadhan dengan pelbagai macam peristiwa yang dapat dijadikan contoh pengorbanan dan penyerahan diri kepada Allah SWT. Tidak dilupakan juga perintah menyambut Aidilfitri ini juga berlaku setelah hijrahnya Nabi ke Madinah. Takbir kala itu, dilantunkan sebagai ungkapan kemenangan yang nyata, yang berhasil diraih oleh kaum Muslim dalam perjuangan mereka li i’lai kalimati-Llah (untuk menegakkan agama Allah). Kemenangan mereka dalam menegakkan kedaulatan hukum-hukum Allah di muka bumi,dan kemenangan mereka dalam menundukkan kekufuran dalam segala bentuk penampilannya.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Sri Stulang 1 Bahru
Johor Bahru
80150