UTM Marshall

UTM Marshall

Share

UTM MARSHALL ADALAH SEBUAH KELAB YANG AKTIF SEJAK 2007. UTM MARSHALL BUKAN SEMATA MATA MEMFOKUSKAN PERMOTORAN.

UTM MARSHALL JUGA MEMFOKUSKAN REKREASI, PROGRAM AMAL ATAU CSR.

Photos from UTM Marshall's post 27/07/2026

🌿 UTM PRIHATIN PERKASA SEMANGAT KESUKARELAWANAN DI SK TAMAN UNIVERSITI 4 🀝

SKUDAI, 25 Julai 2026 – Seramai 35 orang sukarelawan UTM PRIHATIN berganding bahu dalam Program Gotong-Royong Lestari@SK Taman Universiti 4, hasil kerjasama bersama Kelab UTM Marshall Johor Bahru dan Persatuan Ibu Bapa SK Taman Universiti 4.

Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) yang memberi fokus kepada pemerkasaan semangat kesukarelawanan, pengukuhan hubungan universiti dan komuniti serta usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, ceria dan lestari.

Para sukarelawan bersama warga sekolah berganding bahu dalam tiga aktiviti utama:

🎨 Laman Kelestarian – Mengecat dan menghias tayar secara kreatif bagi menceriakan kawasan taman.

🌿 Laman Hijau & Herba – Menanam dan menjaga pelbagai spesies tumbuhan herba serta tanaman hijau.

🏫 Keceriaan Persekitaran Sekolah – Mengecat kolam sekolah, mengemas landskap dan menanam pokok bagi memperindah kawasan sekolah.

Lebih daripada sekadar gotong-royong, program ini menjadi wadah untuk memupuk semangat kerja berpasukan, kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap alam sekitar, di samping memperkukuh jalinan antara UTM, pihak sekolah dan komuniti setempat.

UTM PRIHATIN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan, Kelab UTM Marshall Johor Bahru, Persatuan Ibu Bapa SK Taman Universiti 4 serta seluruh warga sekolah atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

✨ Bersama menyumbang. Bersama menceriakan. Bersama membina komuniti lestari!



IKUTI JUGA KAMI DI:
Official FB Page : UTM Marshall https://www.facebook.com/officialutmmarshall/
Official Tiktok : utm.marshall https://www.tiktok.com/.marshall?_r=1&_t=ZS-96SYqHhalSX
Official Instagram : UTM_Marshall https://www.instagram.com/utm_marshall?igsh=bHFheXI4d2dtbmh1
Official Youtube: UTM MARSHALL https://www.youtube.com/

Photos from UTM Marshall's post 05/07/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰π€π‘πˆππ†π€π π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐘𝐁 π“πˆπŒππ€π‹π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πƒπ€π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“… 5 Julai 2026 (Ahad)
πŸ“ White Hall Event Space, Kempas, Johor Bahru.

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Jaringan Strategik Pertubuhan Negeri Johor yang menghimpunkan pelbagai pertubuhan berdaftar sebagai platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama, mempererat hubungan strategik serta berkongsi pandangan ke arah pembangunan masyarakat yang lebih inklusif dan harmoni.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, yang telah menyampaikan amanat serta berkongsi aspirasi dalam memperkasakan peranan pertubuhan sebagai rakan strategik kepada pembangunan negara.

Majlis ini turut dihadiri oleh Dato' Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Pada kesempatan tersebut, Pengerusi Kelab UTM Marshall berpeluang beramah mesra dan bertukar pandangan mengenai hala tuju serta gerak kerja kelab bagi memperkukuhkan peranannya pada masa hadapan.

Di akhir program, wakil Kelab UTM Marshall turut disambut mesra oleh En. Hanafi Abdullah Salam,CHM, Pengarah Besar Savanna Hill Resort. Pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan awal ke arah jalinan kerjasama strategik dalam menjayakan pelbagai program yang bakal dianjurkan oleh Kelab UTM Marshall pada masa akan datang.

Semoga jalinan hubungan yang terhasil melalui program ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat serta memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.



Kredit foto: Kementerian Dalam Negeri (KDN), Media Utm Marshall

Photos from UTM Marshall's post 18/05/2026

🐾 RAWR & WALK 2026 🐾
UTM Johor bahru | 16 Mei 2026

πŸ“Έ Link gambar momen sepanjang program dibawah. Enjoy!

Program RAWR & WALK 2026 anjuran UTM Marshall & Kelab Sains, Inovasi, Teknologi Sukan UTM (KSITS) telah dilaksanakan dengan jayanya, menghimpunkan komuniti dalam satu platform yang menggabungkan gaya hidup sihat dan kesedaran terhadap pemeliharaan hidupan liar.

Sepanjang penganjuran, program ini berjaya mencipta pengalaman yang teratur, bertenaga dan penuh makna bermula daripada Sesi Perasmian, Aktiviti Senamrobik, Acara Fun Walk, Car Boot Sales, Aktiviti Mewarna sehingga ke penyampaian hadiah dan penutup acara dapat direalisasikan dengan cemerlang.

πŸ’™ Setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja utama & rakan strategik kami:
Celestica Senai
Co-opbank Pertama Johor
CP Studios Production
Zoo Johor

πŸ’™ Barisan penaja:
Idea Works
Wawa Great Enterprise
Tadah Embun Resources
Deen Corner
Shalizz Rich Enterprise
Green Builders Enterprise

✨ Lebih istimewa, sumbangan berjaya disampaikan kepada Zoo Johor sebagai tanda sokongan kita terhadap hidupan liar.

Penghargaan juga kepada semua peserta, rakan kerjasama, krew UTM Marshall dan para pelajar KSITS UTM yang memainkan peranan penting yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran acara dalam menjayakan program ini.

Kami berharap kolaborasi seperti ini terus berkembang dalam membentuk komuniti yang lebih sihat, prihatin serta progresif. Semoga kita berjumpa lagi di edisi akan datangβ€”lebih besar, lebih meriah, dan lebih bermakna! πŸ™Œ

πŸ“Έ Tekan link dibawah untuk lihat momen terbaik sepanjang program!

https://drive.google.com/drive/folders/1PjZAnYo21E9EnTDJB5hZ8c8LBqrEtxH9
(link ini dibuka sehingga 30 Jun 2026 sahaja)

Jumpa lagi di edisi akan datang.


IKUTI JUGA KAMI DI:
Official FB Page : UTM Marshall https://www.facebook.com/officialutmmarshall/
Official Tiktok : utm.marshall https://www.tiktok.com/.marshall?_r=1&_t=ZS-96SYqHhalSX
Official Instagram : UTM_Marshall https://www.instagram.com/utm_marshall?igsh=bHFheXI4d2dtbmh1
Official Youtube: UTM MARSHALL https://www.youtube.com/

02/03/2026

🐯✨ RAWR & WALK 2026 – Fun Walk Paling Comel Tahun Ini! ✨🐯

Siap sedia raungkan semangatmu dan melangkah bersama kami!

Acara santai, sesuai untuk SEMUA peringkat umur – datang solo, dengan kawan atau seisi keluarga!

πŸ“ Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru
πŸ—“ 16 Mei 2026
⏰ Flag Off: 7:30 pagi
πŸ‘Ÿ Jarak: 2.5KM

πŸŽ‰ Apa yang menanti anda?πŸ₯³

πŸ† Best Dress Award
🎁 Lucky Draw
🎽 Event Jersey
πŸ… Medal
πŸ“œ E-Certificate
πŸ₯€ Refreshment

πŸ’° Yuran Pendaftaran
πŸ”₯ Early Bird: RM45
🎟 Normal: RM50

πŸ“² Daftar sekarang – slot terhad!

Jom cipta kenangan manis, ambil gambar & berpakaian paling cute mengikut tema sambil raungkan β€œRAWR!” bersama kami! πŸΎπŸ’›

Anjuran:
UTM Marshall Johor Bahru

Dengan Kerjasama:
Kelab Sains,Inovasi,Teknologi Sukan



Photos from UTM Marshall's post 15/02/2026

🌱PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA UTM PRIHATIN 2026🌱
πŸ“Masjid Taman Sri Pulai

Alhamdulillah! Selesai misi Gotong-royong Perdana UTM Prihatin yang ke-2 bagi tahun 2026 iaitu dengan kerjasama Pusat Islam UTM dan Jawatankuasa Masjid Taman Sri Pulai dapat dijalankan dengan meriah oleh penggerak utama yang mewakili UTM iaitu para UTM Marshall juga Sukarelawan UTM Prihatin.

πŸ—“οΈ Tarikh: 14 Februari 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Pelbagai aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan seperti kerja-kerja pembersihan kawasan masjid, menceriakan persekitaran serta persediaan menyambut bulan Ramadan. Program ini juga menjadi platform mengeratkan silaturahim antara warga UTM dan masyarakat setempat.

Dalam memupuk semangat kesukarelawanan, kebersamaan dan keprihatinan terhadap komuniti, turut serta kerjasama dari agensi berbeza termasuklah MBIP, Maybank Taman Universiti, Kelab Sukan & Sosial Jabatan Bendahari UTM dan Balai Polis Kangkar Pulai.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga semangat kesukarelawanan ini terus subur dalam kalangan warga UTM 🀝

[Album 2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=882159521230294&id=100083087624461



IKUTI JUGA KAMI DI:
Official Youtube:
Official FB Page : UTM Marshall

Photos from UTM Marshall's post 14/02/2026

[Album 2]
🌱PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA UTM PRIHATIN SIRI 2 2026🌱

πŸ“Masjid Taman Sri Pulai
πŸ—“οΈ Tarikh: 14 Februari 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari



IKUTI JUGA KAMI DI:
Official Youtube:
Official FB Page : UTM Marshall

Photos from UTM Marshall's post 12/02/2026

🌿 PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA UTM PRIHATIN SIRI 1 2026🌿
πŸ“ Masjid Sultan Ismail, UTM

Sempena menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Program Gotong-Royong Perdana UTM Prihatin telah dilaksanakan di Masjid Sultan Ismail UTM dengan penglibatan aktif UTM Marshall dan Sukarelawan UTM.

πŸ—“ Tarikh: 12 Februari 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

Program ini bertujuan memupuk semangat kebersamaan, kesukarelawanan dan keprihatinan dalam kalangan warga UTM, di samping memastikan masjid berada dalam keadaan bersih dan selesa menjelang Ramadan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha murni ini diberkati dan menjadi amal jariah buat semua.



IKUTI JUGA KAMI DI:
Official Youtube:
Official FB Page : UTM Marshall

03/02/2026

Penyerahan Borang Permohonan Menganggotai Pasukan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sesi penyerahan borang permohonan menganggotai Pasukan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah diadakan di BBU pada 3 Februari 2026 (Selasa) jam 10.00 pagi.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada peserta yang berminat untuk menyertai pasukan sukarelawan APM serta membentuk semangat kesukarelawanan, disiplin dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

✨ Terima kasih kepada semua pemohon atas minat dan komitmen yang ditunjukkan.



IKUTI JUGA KAMI DI:
Official Youtube:
Official FB Page : UTM Marshall

26/01/2026

🐯✨ RAWR & WALK 2026 – Fun Walk Paling Comel Tahun Ini! ✨🐯

Siap sedia raungkan semangatmu dan melangkah bersama kami!

Acara santai, sesuai untuk SEMUA peringkat umur – datang solo, dengan kawan atau seisi keluarga!

πŸ“ Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru
πŸ—“ 16 Mei 2026
⏰ Flag Off: 7:30 pagi
πŸ‘Ÿ Jarak: 2.5KM

πŸŽ‰ Apa yang menanti anda?πŸ₯³

πŸ† Best Dress Award
🎁 Lucky Draw
🎽 Event Jersey
πŸ… Medal
πŸ“œ E-Certificate
πŸ₯€ Refreshment

πŸ’° Yuran Pendaftaran
πŸ”₯ Early Bird: RM45
🎟 Normal: RM50

πŸ“² Daftar sekarang – slot terhad!

Jom cipta kenangan manis, ambil gambar & berpakaian paling cute mengikut tema sambil raungkan β€œRAWR!” bersama kami! πŸΎπŸ’›

Anjuran:
UTM Marshall Johor Bahru

Dengan Kerjasama:
Kelab Sains,Inovasi,Teknologi Sukan



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Johor Bahru
79### TO 81###