BUDAK Kempas

BUDAK Kempas

Share

KELAB NGO YANG DITUBUHKAN PADA TAHUN 2018. TUJUAN UTAMA PENUBUHAN ADALAH SEBUAH KELAB SUKARELAWAN DA

04/08/2026

Kementerian Kesihatan kena cepat bertindak. RAKYAT memerlukan Hospital yang semakin sesak

Photos from Pemuda UMNO Bahagian Pulai's post 09/07/2026

Jom Kasi Turun ramai² Anak² Kempas. Kita Bawa World Cup ke Kempas. Demi Calon 01, N47 Kempas. Ramlee Bohani..

Photos from Ramlee Bohani's post 06/07/2026
29/06/2026

Seluruh Pasukan Budak Kempas menyokong Penuh kepimpinan Datuk Ramlee. Semoga Kekal.menerajui Kempas

11/06/2026

DAP Didakwa Putar Belit Kenyataan MB Johor, Pemuda UMNO Pulai Lancar Serangan Balas

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Bahagian Pulai menyifatkan tindakan DAP mengaitkan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dengan sentimen perkauman sebagai satu cubaan politik yang sengaja direka bagi mengelirukan rakyat serta mencetuskan persepsi negatif terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Syed Mohd Haffis Syed Hassan berkata, tuduhan tersebut langsung tidak berasas kerana kenyataan Menteri Besar itu dibuat dalam konteks perbezaan ideologi dan pendirian politik, bukannya ditujukan kepada mana-mana kaum atau masyarakat.

Menurutnya, DAP sengaja memainkan naratif perkauman untuk menutup hakikat bahawa penolakan terhadap parti itu adalah berasaskan perbezaan prinsip perjuangan dan bukan kerana faktor etnik.

“Dalam sistem demokrasi, mana-mana parti berhak menolak ideologi parti lawan. Menolak DAP tidak bermaksud menolak masyarakat Cina atau mana-mana kaum sebagaimana cuba digambarkan oleh pemimpin parti itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa BN sejak penubuhannya dibina atas asas kerjasama pelbagai kaum, termasuk menerusi penglibatan MCA sebagai parti komponen yang mewakili masyarakat Tionghua.

Katanya, rekod pentadbiran kerajaan Johor di bawah agenda Maju Johor juga membuktikan pelbagai dasar dan inisiatif dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang rakyat.

Mengulas kenyataan Onn Hafiz yang menyebut beliau tidak mahu “duduk semeja” dengan DAP, Syed Mohd Haffis berkata kenyataan itu perlu dilihat sebagai manifestasi pendirian politik terhadap parti berkenaan dan bukannya serangan terhadap mana-mana kaum.

Sebaliknya, beliau mendakwa cubaan DAP melabel kenyataan itu sebagai rasis hanyalah strategi politik untuk meraih simpati serta mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang dibangkitkan.

“Ini adalah taktik lama yang sering dimainkan apabila berdepan kritikan. Sentimen kaum dijadikan senjata untuk membina persepsi, sedangkan hakikatnya perdebatan yang berlaku adalah mengenai ideologi dan hala tuju politik,” katanya.

Beliau turut menegaskan Pemuda UMNO Bahagian Pulai berdiri teguh di belakang kepimpinan Menteri Besar Johor dalam mempertahankan prinsip perjuangan yang berteraskan kestabilan politik, perpaduan rakyat dan pembangunan negeri.

Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa Johor dibangunkan atas asas muafakat antara pelbagai kaum dan prinsip itu akan terus dipertahankan, sambil menolak sebarang cubaan memecahbelahkan rakyat melalui permainan sentimen perkauman demi kepentingan politik.

MYJOHOR

01/06/2026

JOHOR BAHRU – Dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa 1 Jun 2026, tumpuan politik kini mula beralih kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menjadi penentu hala tuju baharu negeri itu.

Di DUN Kempas, Pemuda UMNO Bahagian Pulai menyatakan pendirian jelas untuk terus mempertahankan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Haji Ramlee Bohani, sebagai calon pilihan pada PRN akan datang.

Ketua Pemudanya, Syed Mohd Haffis berkata, Kempas memerlukan pemimpin yang terbukti bekerja di lapangan dan bukan sekadar membuat janji politik ketika musim pilihan raya.

“Orang Kempas mahukan pemimpin yang bekerja, bukan sekadar berjanji. Datuk Haji Ramlee Bohani telah membuktikannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, sejak diberi mandat pada 2022, Ramlee dilihat konsisten turun padang menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, selain aktif menangani isu-isu tempatan secara langsung.

Katanya, pelbagai isu termasuk kemudahan awam, kebajikan rakyat, pembangunan komuniti, pendidikan serta kebajikan belia telah diberikan perhatian sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

“Beliau bukan sekadar hadir ketika program rasmi, tetapi sentiasa bersama rakyat ketika mereka berdepan kesusahan. Itu yang membezakan kepimpinan beliau,” katanya.

Tambahnya, hubungan baik ADUN Kempas itu dengan pentadbiran negeri turut membantu mempercepatkan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan serta inisiatif kebajikan di kawasan berkenaan.

Beliau turut menegaskan bahawa Ramlee memainkan peranan penting dalam memperkasa golongan muda melalui pelbagai program belia, sukan dan kepimpinan di peringkat akar umbi.

Menurutnya, Pemuda UMNO Pulai yakin rekod perkhidmatan tersebut menjadi faktor utama yang mengukuhkan sokongan rakyat terhadap penyandang kerusi itu.

“PRN kali ini bukan sekadar memilih wakil rakyat, tetapi memilih kesinambungan pembangunan dan kestabilan di Kempas,” katanya.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Bahagian Pulai menyeru pengundi di Kempas agar terus memberikan sokongan kepada Ramlee Bohani bagi memastikan agenda pembangunan yang dirancang dapat diteruskan pada penggal akan datang.

PRN Johor dijangka menyaksikan persaingan sengit di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri susulan pembubaran DUN yang diumumkan hari ini selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.



29/05/2026

Konvensyen BN Johor: Isyarat Perang Politik, Pemuda UMNO Pulai Tegas Pertahan Kepimpinan Onn Hafiz

JOHOR BAHRU — Konvensyen Barisan Nasional (BN) Johor yang dijadual berlangsung pada 14 Jun ini disifatkan sebagai medan penting untuk memperkukuh saf kepimpinan parti dan menghantar mesej jelas bahawa BN Johor sedang bersiap menghadapi cabaran politik lebih besar menjelang pilihan raya akan datang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Syed Mohd Haffis Syed Hassan berkata, beliau menyambut baik serta memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran konvensyen berkenaan yang diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menurut beliau, konvensyen itu bukan sekadar program rutin parti, sebaliknya langkah strategik untuk memperkemaskan gerak kerja jentera serta menyatukan kepimpinan dan akar umbi BN di seluruh negeri.

“Dalam suasana politik yang semakin mencabar hari ini, rakyat mahukan kepimpinan yang stabil, matang dan benar-benar fokus kepada pembangunan negeri serta kebajikan rakyat.

“Semangat permuafakatan yang dibawa Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi agenda Maju Johor jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri untuk terus memacu Johor sebagai negeri maju, berdaya saing dan dihormati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, konvensyen berkenaan juga dilihat sebagai platform penting untuk menyusun strategi politik lebih tersusun selain memperkukuh kesefahaman antara parti komponen dalam gabungan BN.

Katanya, kemasukan semula MyPPP ke dalam BN turut membuktikan gabungan itu terus membuka ruang kerjasama lebih luas demi memastikan kestabilan politik dan kekuatan parti terus diperkasakan.

Syed Mohd Haffis turut menyifatkan kepimpinan Onn Hafiz sebagai lebih segar, inklusif dan dekat dengan rakyat khususnya dalam membawa pelbagai agenda pembangunan, pelaburan serta peluang pekerjaan di Johor.

“Pelbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan negeri hari ini membuktikan Johor berada di landasan tepat.

“Konvensyen ini diharap menjadi titik kebangkitan dan pengukuhan jentera parti demi memastikan Johor terus maju, stabil dan makmur di bawah kepimpinan Barisan Nasional,” katanya.

Beliau turut mengulangi slogan perjuangan parti, “Muafakat Membawa Berkat, Dengan Muafakat Kita Diangkat.”


myjohor

Photos from Ramlee Bohani's post 25/05/2026

Register Sekarang Scan QR, pasti meriah.

19/05/2026

JOHOR BUKAN NEGERI ‘SEMALAM’ – ASAS EKONOMI TELAH DIBINA SEJAK ERA LAMA, BUKAN SEKADAR SLOGAN POLITIK

JOHOR BAHRU – Johor tidak bermula semalam dan bukan sekadar hasil slogan politik baharu, sebaliknya telah lama membina asas ekonomi kukuh melalui perancangan jangka panjang melibatkan pelaburan mega, pembangunan industri dan infrastruktur bertaraf antarabangsa.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Syed Mohd Hafiz, Johor sejak sekian lama muncul sebagai antara negeri paling agresif dalam pembangunan ekonomi moden di Malaysia, dipacu kedudukan strategik bersebelahan Singapura yang menjadikannya pintu perdagangan penting serantau.

Antara projek utama ialah Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006, menjadi pemangkin pembangunan bandar moden seperti Nusajaya, Medini, Gelang Patah dan Johor Bahru serta menarik pelaburan asing dari Singapura, China dan Timur Tengah.

Forest City yang diperkenalkan sekitar 2014 turut menjadi simbol pembangunan bandar pintar dan hijau bertaraf dunia, meskipun berdepan cabaran ekonomi global.

Dalam sektor logistik, Pelabuhan Tanjung Pelepas kekal antara pelabuhan kontena terpenting di Asia, manakala Johor Port di Pasir Gudang terus menyokong industri berat dan petrokimia negeri.

Senai International Airport serta Senai Airport City p**a memperkukuh ekosistem logistik, e-dagang dan teknologi, menjadikan Johor antara negeri awal membangunkan rangkaian industri moden secara menyeluruh.

Dari segi infrastruktur, Lebuhraya PLUS, Second Link dan rangkaian jalan industri mengukuhkan hubungan Johor–Singapura serta mempercepat pergerakan ekonomi negeri.

Sektor perindustrian di Pasir Gudang, Tebrau, Kulai, Senai dan Pontian terus berkembang pesat dalam elektronik, pembuatan, petrokimia dan logistik, sekali gus memperkukuh asas ekonomi negeri.

Secara keseluruhan, kemajuan Johor dilihat bukan berlaku secara mendadak, tetapi hasil dasar jangka panjang yang konsisten dan berterusan. Sehubungan itu, kestabilan politik perlu dikekalkan bagi memastikan pembangunan negeri terus berjalan tanpa gangguan demi manfaat Bangsa Johor.

baru-baru ini Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew F**k berkata ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, baru-baru ini.

Projek RTS Link yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura disifatkan antara pencapaian terbesar kerajaan hari ini dalam memacu pembangunan strategik Johor.

projek pengangkutan yang hampir 90 peratus siap dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun hadapan.

Menurut beliau, walaupun projek berkenaan dimulakan pada 2018 ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), banyak isu utama masih belum diselesaikan apabila Kerajaan Perpaduan mengambil alih Putrajaya pada 2022.

Katanya, antara masalah yang diwarisi termasuk isu tanah, kontraktor serta kelewatan pelaksanaan sehingga projek itu hampir terbengkalai.

“Dalam tempoh tiga tahun kerajaan hari ini mentadbir Putrajaya, projek ini berjaya dipulihkan dan dipercepatkan pelaksanaannya hasil sokongan penuh Perdana Menteri serta kerjasama pelbagai kementerian,” katanya.

MyJohor

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Johor Bahru