Falcon Stone Rugby Club - Stebb

Falcon Stone Rugby Club - Stebb

Share

Falcon Stone Rugby Club adalah sebuah kelab ragbi yang menggilap bakat murid SK Tebrau Bakar Batu

10/08/2026

Kejohanan Ragbi Sesukar 4/2026
8-9 Ogos 2026 | Padang Utama POLISAS Kuantan, Pahang.

Tahniah atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 Bersama Kategori Bowl.

Walaupun pelbagai cabaran dihadapi sepanjang kejohanan, setiap pemain telah memberikan yang terbaik di atas padang.

Pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus memperkemaskan permainan dan kembali dengan lebih kuat pada masa akan datang. Terima kasih juga kepada pihak penganjur, barisan kejurulatihan, KSIB, ibu bapa dan penyokong Kejohanan Ragbi Sesukar 4/2026 semua.

Fly High Falcon Stone RC U11 - πŸ¦…πŸ¦…πŸ¦…

I❀️🏈Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC See less See less

07/08/2026

Kejohanan Ragbi Sesukar 4/2026
8-9 Ogos 2026 | Padang Utama POLISAS Kuantan, Pahang.

"Satu pasukan, satu hati, satu impian, berikan yang terbaik. Selamat berjuang semua"

Fly High Falcon Stone RC U11 - πŸ¦…πŸ¦…πŸ¦…

I❀️🏈Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC See less

26/05/2026

Ibadah korban mengajar kita tentang erti keikhlasan, ketaatan, dan semangat pengorbanan yang tinggi, nilai yang sentiasa kami pegang teguh sama ada di dalam mahupun di luar padang. Semoga hari raya aidiladha ini, membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan yang melimpah-ruah kepada kita semua.

Ikhlas daripada,
Pengurusan, Kejurulatihan, KSIB & Pemain Falcon Stone RC.

Fly High Falcon Stone RC - πŸ¦…πŸ¦…πŸ¦…

I❀️🏈Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC

16/05/2026

"Selamat Hari Guru" untuk semua Guru dan Coach.

Seperti seorang jurulatih di padang ragbi yang membentuk strategi dan membina kekuatan pasukan, begitulah besarnya peranan guru dalam mencelikkan minda dan membentuk sahsiah kami.

Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan, kesabaran, dan sokongan yang tidak pernah luntur. Kerana tunjuk ajar anda, kami belajar ertinya disiplin, kerja berpasukan, dan bangkit semula setiap kali terjatuh, tidak lupa juga kepada guru kita sejak lahir, ibu dan ayah, doa kami untuk anda insan mulia ini hingga selamanya 🀲🏻🫢🏻🫰🏻.... Amin.

Fly High Falcon Stone RC - πŸ¦…πŸ¦…πŸ¦…

I❀️🏈Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC

Photos from Falcon Stone Rugby Club - Stebb's post 09/05/2026

Kejohanan Thirteen Rhino Challenge 2026.
9 Mei 2026 | Sabtu | Hevea Arena, Sungai Buloh, Selangor.

πŸ† Tahniah Wira Ragbi Kita! πŸ†
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain atas kejayaan menjulang Champion Cup di Kejohanan Ragbi Thirteen Rhino Challenge 2026.

Result : Champion Cup U10 πŸ†
Champion Cup U11 πŸ†

πŸ‰ Kekuatan Di Sebalik Kemenangan:

Semangat Kerja Berpasukan: 🀟🏼Persefahaman semua pasukan dan usahasama bersama yang jitu di atas padang, telah membuahkan hasil yang amat positif dan memberangsangkan.

Komitmen Tinggi: πŸ€™πŸ»Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan segala usaha, keringat, dan tenaga, tanpa berbelah bahagi demi kejayaan pasukan.

Wira Di Balik Tabir: 🫑 Penghargaan istimewa buat barisan jurulatih yang sentiasa memberikan komitmen tinggi kepada pemain, serta para ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang dengan sokongan moral dalam mahupun luar padang.

"Kemenangan hari ini adalah titik tolak untuk kejayaan yang lebih besar di masa hadapan. Teruskan momentum kecemerlangan ini!"

Falcon Stone RC U10 πŸ¦…:
Muhammad Faizal Bin Muhamad Firdaus
Firas Ammar Bin Mohd Heary
Muhammad Ayyan Aqasha
Muhammad Faris Faiz Bin Khairuzamari

Falcon Stone RC U11 πŸ¦…:
Imran Aqasha Bin Abdullah
Muhammad A***n Bin Farid
Furqaan Ahmad Bin Ahmad Heary

Fly High Falcon Stone RC - πŸ¦…πŸ¦…πŸ¦…

I❀️🏈Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC

09/05/2026

Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2026
5-8 Mei 2026 | Padang SK Batu Tiga Kluang

Setinggi-tinggi Tahniah buat Pasukan Ragbi MSSD JB! πŸ‰

Syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen MSSD Johor Bahru atas perjuangan yang luar biasa di Kejohanan Ragbi MSSJ 2026.

Result : NAIB JOHAN MSSJ 2026 U12

Kepada Barisan Kejurulatihan:🫑
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan masa, tenaga, dan ilmu. Terima kasih kerana memberi peluang kepada anak didik kami serta bimbingan yang sangat berharga sepanjang kejohanan ini. Tanpa tunjuk ajar cikgu dan jurulatih, kami tidak akan sampai ke tahap ini.

Kepada Para Pemain Daerah JB:πŸ‘πŸ»πŸ«ΆπŸ»πŸ€œπŸΌπŸ€›πŸΌ
Tahniah dan syabas! Komitmen tinggi serta semangat juang yang anda tunjukkan di padang amat membanggakan. Teruskan momentum ini untuk masa depan yang lebih gemilang.

Dari Kami, Falcon Stone RC:🀝
Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekurangan, atau tingkah laku yang kurang menyenangkan sepanjang kebersamaan kita. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang kurang itu dari kelemahan kami sendiri.

Tahniah semua! Semoga ukhuwah ini terus berkekalan. Insya-Allah, kita berjumpa lagi di edisi akan datang dengan semangat yang lebih membara!

Fly High Falcon Stone RC U12 - πŸ¦…πŸ¦…πŸ¦…

I❀️🏈Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC

05/05/2026

Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2026
5-8 Mei 2026 | Padang SK Batu Tiga Kluang

"Biarlah rumput padang ini menjadi saksi bahawa hari ini, tiada pasukan yang mampu menghalang kemahuan kita untuk menang. Main dengan bangga, berjuang dengan maruah, all the best Team JB, selamat berjuang dari kami 🫑🫢🏻"

Fly High Falcon Stone RC U12 - πŸ¦…πŸ¦…πŸ¦…

I❀️🏈Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC

27/04/2026

FLY HIGH MSSJ JB. ROAD TO CHAMPION πŸ†β€οΈπŸ’™πŸ”₯🫢🏻.

"Apabila langit mula bergegar dengan laungan, dan bumi bergetar dengan sorakan yang padu, janganlah ada ragu di hati. Melangkahlah ke padang bukan sekadar pemain, tapi sebagai pejuang yang berjanji pada diri sendiri. Biarlah peluh menjadi saksi, biarlah setia menjadi azimat, pulanglah hanya dengan kemenangan di genggaman!"

Tahniah diucapkan kepada adik :

ZAFRI HARRIZ BIN SUNY AZLY
MUHAMMAD FAIZ BIN MUHAMMAD FIRDAUS
FURQAAN AHMAD BIN MOHD HEARY
πŸˆβ€οΈπŸ’™πŸˆ
Mewakili SK TEBRAU BAKAR BATU - STEBB - di Kejohanan Ragbi MSSJ Johor Bahru Tahun 2026.

Fly High Falcon Stone RC - πŸ¦…πŸ¦…πŸ¦…

I❀️🏈Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC

Photos from Falcon Stone Rugby Club - Stebb's post 25/04/2026

Northern Tigers Rugby Carnival
24-25 April 2026 | Padang IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Setinggi-Tinggi Tahniah & Syukur! πŸˆπŸ†..

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan β€οΈπŸ’™Johor A dan Johor B di atas kejayaan luar biasa merangkul kemenangan dalam Kejohanan Northern Tigers Rugby Carnival. Konsep semangat juang jelas terbukti di atas padang.

Result : Johor A (Bilal Trooper) πŸ† Champion Cup
Johor B (ARPG ) πŸ† Champion Plate

Penghargaan Khas

Buat MSSJ Johor: Jutaan terima kasih kerana memberi kepercayaan dan peluang keemasan kepada adik Zafri Harriz Bin Suny Azly dari SK TEBRAU BAKAR BATU - STEBB - untuk bersama-sama berjuang dan menimba pengalaman dalam kejohanan kali ini. Peluang ini sangat bermakna dalam pembentukan jati diri beliau.

Buat semua barisan Jurulatih & Pengurusan: Terima kasih atas tunjuk ajar, pengorbanan masa, dan keringat dalam membentuk pasukan yang mantap.

Buat Para Ibu Bapa & Penyokong: Sokongan moral dan doa anda adalah nadi kekuatan pemain di tengah padang.

Inspirasi Masa Depan

Semoga kejayaan manis ini tidak terhenti di sini. Biarlah kemenangan ini menjadi sumber inspirasi dan dorongan buat adik Zafri Harriz serta rakan-rakan seperjuangan untuk terus melangkah lebih jauh.

Teruskan berusaha untuk menjadi yang terbaik, bukan sahaja untuk diri sendiri, malah demi mengharumkan nama sekolah, keluarga, dan negeri Johor Darul Ta'zim.

"Kejayaan bukanlah muktamad, tetapi keberanian untuk meneruskannya itulah yang paling penting."

Majulah Ragbi untuk Johor! Luaskan Kuasamu! πŸ”΄πŸ”΅βšͺ

Ragbi - Majlis Sukan Sekolah Johor

Fly High Falcon Stone RC - πŸ¦…πŸ¦…πŸ¦…

I❀️🏈Ragbi
Email : [email protected]
Facebook : Falcon Stone Rugby Club - Stebb
Youtube : Falcon Stone RC
https://youtube.com/?si=2CLD7thxzSD9VmvG
KSIBFalconStoneRC

Photos from Unit Sukan, Sektor Pembangunan Murid, JPN Johor's post 23/04/2026

All the best team Johor β€οΈπŸ’™πŸ«ΆπŸ». Bring home the Cup πŸ†πŸ’ͺ🏻.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


SK TEBRAU BAKAR BATU, Jalan SEKOLAH KAMPUNG BAKAR BATU
Johor Bahru
80150