Tarung Arena

Tarung Arena

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tarung Arena, Sports, Johor Bahru.

19/07/2026

Tarung Arena X Pahlawan Selatan Muaythai Championship

Photos from Tarung Arena's post 14/07/2026

Terima kasih kepada semua crew atas keringat dan dedikasi anda. Kejayaan sesuatu acara bukan terletak pada seorang ketua, tetapi pada kerjasama setiap crew yang bekerja keras di belakang takbir.

11/07/2026

Apa Kata Sang Juara? πŸ†πŸ”₯

Perkongsian Hafizie (Pahlawan Kota) selepas berjaya membawa pulang Piala MMG menerusi aksi penuh semangat di gelanggang.

10/07/2026

Bout 7 | Perlawanan Merebut Piala Thong Seng Security πŸ†

Mok Judo (Titan Muaythai)
vs
Harith Akuma (Rentak Bijasura Combat Melaka)

Aksi penuh mendebarkan dipamerkan oleh Mok Judo dan Harith Akuma apabila kedua-dua fighter saling berbalas serangan tanpa gentar sehingga tamat perlawanan. πŸ”₯πŸ₯Š

Setiap pejuang mempunyai perjalanan tersendiri. Penghormatan buat Harith Akuma yang memberikan tentangan sengit hingga ke penghujung perlawanan. Tahniah atas semangat juang yang dipamerkan! Teruskan melangkah, kembali lebih hebat, dan jumpa lagi di pertarungan seterusnya. πŸ‘ŠπŸ”₯

Tahniah kepada Mok Judo atas kemenangan dan kejayaan membawa pulang Piala Thong Seng Security! πŸ†πŸ‘

09/07/2026

Apa Kata Qimmy Selepas Fight?

Perkongsian Qimmy Petcharat (Dev Muaythai) selepas aksi sengit menentang Aiman Samurai di gelanggang.

Sampai jumpa di aksi seterusnya!

09/07/2026

Bout 6 | Perebutan Piala C7 Group

Janua (KL Fight Club)
vs
Hafiz Yaakop (Anak Panah KSRM Johor)

Aksi sengit dipamerkan oleh kedua-dua fighter! Tahniah kepada Janua atas kemenangan dan semangat juang yang luar biasa. πŸ†πŸ”₯

Respect kepada Hafiz Yaakop atas persembahan yang hebat! πŸ‘Š

08/07/2026

Bout 4 | Piala MMG Menjadi Rebutan! πŸ†

Hafizie (Pahlawan Kota)
vs
Aaron Felix (Selendang Kuning)

Pertarungan yang penuh aksi apabila kedua-dua fighter saling berbalas serangan tanpa gentar. Hafizie tampil dengan tekanan berterusan, manakala Aaron Felix memberikan tentangan yang cukup sengit hingga ke penghujung perlawanan.

Tahniah buat Hafizie kerana berjaya membawa pulang Piala MMG. πŸ‘ Turut diberikan penghargaan kepada Aaron Felix atas semangat juang dan persembahan yang hebat. πŸ”₯

08/07/2026

Firdaus Tenshi Warisan Selempang Merah bergelar juara dan berjaya membawa pulang Piala PJ Logo Car! πŸ†πŸ₯Š

Pertarungan yang penuh aksi dan semangat juang menyaksikan Firdaus Tenshi mempamerkan persembahan yang cukup meyakinkan dari awal hingga tamat perlawanan. Setiap serangan dilancarkan dengan penuh keyakinan, membuktikan kesungguhan untuk meraih kemenangan.

Tahniah juga kepada Loke Thern Tatt Selendang Kuning Muaythai atas semangat juang dan aksi yang kompetitif sepanjang perlawanan.

08/07/2026

Bout 2 | Syawal Hakim vs Ann Chai πŸ”₯

Aksi pembukaan yang penuh bertenaga! Syawal Hakim mempamerkan persembahan yang meyakinkan sepanjang perlawanan dan berjaya menewaskan Ann Chai untuk membawa pulang Piala PJ Fresh Sdn Bhd. πŸ†πŸ₯Š

Tahniah kepada Syawal Hakim atas kemenangan yang cemerlang. Tidak dilupakan juga buat Ann Chai yang memberikan tentangan hebat dan semangat juang yang tinggi sehingga tamat perlawanan.

08/07/2026

Bout 1 | Pembuka Tirai Yang Penuh Aksi! πŸ”₯

Muhamad Erwan Perjuang Bangsa dan Aiman Ariff Ub13 membuka tirai perlawanan dengan aksi yang bukan sahaja menghiburkan, malah cukup sengit hingga berjaya mencuri perhatian penonton.

Tahniah kepada Aiman Ariff yang berjaya muncul sebagai pemenang dan membawa pulang Piala Zero Livehouse! πŸ†πŸ‘

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Johor Bahru