Heero Academy

Heero Academy

Share

Empowering Youth Through Sports Education and Social Mission

Photos from Heero Academy's post 10/01/2026

Hari Pendaftaran Heero Academy 2026

Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan dengan lancar walaupun ramai yang tidak dapat hadir atas faktor urusan lain.
Terima kasih kepada pemain & ibu bapa yang memberi kerjasama pada hari ini.

📌 Pendaftaran & tempahan pakaian masih dibuka sehingga bulan Februari.


Photos from Heero Academy's post 27/09/2025

Terima kasih kepada semua pasukan yang telah menyertai Karnival Bola Sepak Hari Malaysia u12 anjuran JCFA & Heero.
Tahniah kepada para pemenang 👏⚽
Yang belum berjaya, jangan putus asa – cuba lagi di kejohanan akan datang!

“Bersukan, Berpadu & Berjaya”

- 21 September 2025
- Padang SKJ

Photos from Heero Academy's post 27/09/2025

TOK GAJAH CHALLENGE U14 , 2025.

"Tahniah walaupun perjuangan terhenti di suku akhir, kalah penalti bukan bermakna kita gagal. Permainan kali ini nampak banyak peningkatan, semangat juang pun luar biasa. Teruskan usaha, insyaAllah kejayaan lebih besar menanti."

Photos from Heero Academy's post 22/09/2025

Tahniah u14 Naib Johan kategori BOWL
MALAYSIA DAY CUP 2025 anjuran JSK FC
14 September 2025


14/08/2025

"The last wall, the first hope."
Che Ku& Ah Chong u14 Good Luck💪

12/07/2025

From Zero to Heero ⚽️🏃🏻‍♂️

🌱 PASUKAN PEMBANGUNAN AKAR UMBI LANGKAH BERANI DI LIGA AMATUR PAHANG 2025 ⚽

Tiga pasukan pembangunan GCMA, ABYSS, dan HEERO Academy, tampil berani mengambil cabaran untuk bersaing di pentas Liga Amatur Pahang 2025.

Langkah ini bukan sahaja menunjukkan komitmen mereka dalam melahirkan bakat muda berkualiti, malah membuktikan bahawa pembangunan akar umbi kini semakin berani menonjol di pentas kompetitif.

Dari program pembangunan ke padang sebenar, inilah laluan untuk mencungkil permata bola sepak negeri.

Syabas diucapkan kepada ketiga-tiga pasukan ini atas semangat dan visi jangka panjang mereka. Masa depan bola sepak bermula dari bawah. 💪🔥



Photos from Heero Academy's post 06/07/2025

🇲🇾 KLINIK BOLA SEPAK U-12 HEERO ACADEMY: BERSATU MELALUI SUKAN ⚽

Pada 5 Julai 2025, padang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jerantut menyaksikan semangat Satu Malaysia apabila lebih 50 pemain muda bawah 12 tahun dari pelbagai kaum dan latar belakang berkumpul dalam Klinik Bola Sepak U-12, anjuran Heero Academy dan JCFA.

Program ini bukan sekadar latihan bola. Ia membentuk sahsiah, disiplin, dan semangat persahabatan. Dari aktiviti pemanasan badan hingga ke latihan kemahiran, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan sangat membanggakan.

✅ Klinik percuma
✅ Suasana seronok & selamat
✅ Jurulatih yang berdedikasi
✅ Perpaduan dalam kepelbagaian

Ini bukti bahawa sukan adalah untuk semua, melangkaui bangsa dan bahasa. Kita mahu setiap anak berpeluang bermimpi besar, kekal aktif dan membesar sebagai pemimpin masa depan.

🌟 Kerana impian bola sepak anda bermula di sini.
📞 Berminat untuk sesi akan datang?
Hubungi Coach Boy di +60145102426.

Photos from Atar Studio's post 30/06/2025

Atar Studio

29/06/2025

Pihak HEERO ACADEMY ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Ahmad Faroq atas sumbangan jersi rasmi pasukan melalui syarikat beliau, Rengat Maju Enterprise.

Sumbangan ini bukan sekadar pakaian sukan, tetapi suntikan semangat kepada pemain-pemain muda kami yang sedang berjuang dalam liga amatur. Ia adalah simbol keprihatinan dan sokongan terhadap pembangunan bakat bola sepak di peringkat akar umbi.

Semoga kerjasama ini menjadi permulaan kepada lebih banyak sokongan daripada pemimpin dan syarikat tempatan untuk anak muda Jerantut!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Jerantut?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


HEERO HQ
Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 12:00
Sunday 08:00 - 12:00