Kelab Kuda DUAJ

Kelab Kuda DUAJ

Share

DUAJ Equestrian Jerantut

Kelab Sukan Sunnah Berkuda & Memanah DUAJ Ini Telah Di Tubuhkan Di Madrasah Darul Uloom Al-Islamiah Jerantut. Di Sungai Salan ��

Photos from Kelab Kuda DUAJ's post 30/07/2026

𝟑𝟎.𝟕.𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐌𝐊 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐑𝐀𝐔

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, khususnya Unit Pentadbiran Program Pendidikan Khas, atas kesudian memilih Kelab Kuda DUAJ sebagai lokasi bagi menjalankan program berkuda dan memanah.
Semoga aktiviti ini memberi pengalaman yang bermakna, membina keyakinan diri, serta mencipta kenangan indah buat semua peserta. Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan.
Kami amat berbesar hati menerima kunjungan pihak sekolah dan berharap dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Photos from Kelab Kuda DUAJ's post 10/05/2026

𝟏𝟎.𝟎𝟓.𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐀𝐊𝐓𝐀𝐁 𝐈𝐋𝐌𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Maktab Pengajian kerana sudi meluangkan masa dan bersama-sama menjayakan joyride ini. Segala kenangan, kebersamaan dan pengalaman yang tercipta amat kami hargai. Semoga ukhuwah ini terus berkekalan.

24/11/2025
Photos from Alumni DUAJ Jerantut Pahang's post 17/11/2025

Ucapan Tahniah Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dengan penuh rasa syukur dan setulusnya ucapan tahniah, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang berbahagia Maulana Juhari bin Muhammad Ali atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doctor Falsafah Pengajian Islam (Ilmu Hadith) oleh Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) pada hari yang bersejarah ini.

Sesungguhnya, penganugerahan ini merupakan pengiktirafan yang amat besar terhadap sumbangan, ketokohan dan komitmen berterusan beliau dalam bidang Ilmu Hadis. Kecekalan, visi yang jauh serta dedikasi tanpa jemu yang ditunjukkan oleh beliau telah memberi inspirasi bukan sahaja kepada rakan seangkatan, malah kepada generasi pelapis.

Pengiktirafan ini juga menggambarkan bahawa usaha yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dan integriti akan sentiasa dihargai. Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat buat Fadhilatu as Sheikh tuan guru Dr Hj Maulana Juhari bin Muhammad Ali Al Jenderaqi untuk terus menyumbang kepakaran, idea dan kepimpinan demi manfaat masyarakat, negara dan umat.

Akhir kata, kami sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada tuan guru Dr. Hj Maulana Juhari bin Muhammad Ali Al Jenderaqi Hafizahumullah. Semoga Allah SWT terus memberkati setiap langkah dan usaha beliau.

Sekian, terima kasih

Photos from Kelab Kuda DUAJ's post 31/08/2025

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Hari ini kita bukan sahaja mengenang jasa para pejuang yang telah mengorbankan jiwa dan raga demi kemerdekaan, tetapi juga menanam tekad untuk terus mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara tercinta.
Marilah kita bersama-sama menghayati makna kemerdekaan sebenar dengan mengukuhkan perpaduan, meningkatkan ilmu, serta berbakti kepada tanah air tercinta.
Dirgahayu Malaysiaku, tanah airku!

Photos from Kelab Kuda DUAJ's post 16/08/2025

✨🐎Weekend ride, best view!
Jom joyride dengan kuda di feri Waterfront 🏞️
Datang try, confirm feel lain! 😍

*Bawah jambatan feri

Photos from Kelab Kuda DUAJ's post 31/07/2025

𝟑𝟎.𝟎𝟕.𝟐𝟎𝟐𝟓. 𝐒𝐌𝐊𝐉𝐏

Pihak Kelab Kuda ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Jengka Pusat atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk turut serta memeriahkan Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi sekolah tahun ini.

Adalah satu penghormatan buat kami dapat berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman dalam dunia berkuda bersama warga sekolah yang sangat bersemangat dan beretika tinggi. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang, demi manfaat bersama.

Terima kasih atas sambutan yang begitu hangat dan mesra.
💫 “Berkuda membina jati diri, memupuk disiplin dan keberanian.”

Photos from Kelab Kuda DUAJ's post 15/07/2025

𝟏𝟓.𝟎𝟕.𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀
(𝐏𝐏𝐃𝐊 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐔𝐓)

Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sinar Harapan Jerantut kerana sudi membawa pelajar-pelajar istimewa untuk berkunjung dan menjalankan aktiviti bersama kuda di tempat kami.

Kehadiran para pelajar dan warga PPDK telah menceriakan suasana, dan kami amat berbesar hati dapat berkongsi pengalaman berkuda bersama mereka. Semoga aktiviti ini memberi kenangan manis serta manfaat dalam perkembangan emosi dan sosial para pelajar.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Kami mengharapkan jalinan silaturrahim ini akan terus berkekalan dan diberi peluang untuk terus bekerjasama di masa akan datang.

Terus melangkah bersama, penuh kasih dan harapan🌸

Ikhlas daripada kami,
[Kelab kuda duaj]

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Jerantut?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jerantut

Opening Hours

Tuesday 08:00 - 11:00
16:00 - 18:30
Wednesday 08:00 - 11:00
16:00 - 18:30
Thursday 08:00 - 11:00
16:00 - 18:30
Friday 08:00 - 11:00
16:00 - 18:30
Saturday 08:00 - 11:00
16:00 - 18:30
Sunday 08:00 - 11:00
16:00 - 18:30