30/07/2026
KURSUS ASAS PODCAST ANJURAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH, PERAK
TARIKH KURSUS : 19-20 OGOS 2026
TEMPAT : AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH, PERAK
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
- BERUMUR 18-30 Tahun
- Penyertaan adalah PERCUMA
- Secara FIZIKAL
- Makan Minum Disediakan
- SIJIL PENYERTAAN Juga Disediakan
- Pengangkutan tidak DISEDIAKAN
- TERHAD 40 Peserta Sahaja
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK PENDAFTARAN PENYERTAAN;
https://forms.gle/sTiZvJ3HfGCLjat88
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi / whatsapp di talian
Cik Norfitri : http://www.wasap.my/60187751528/KAP26
Puan Balqish : http://www.wasap.my/60136495009/KAP26
Peserta yang berjaya akan menerima surat tawaran melalui email yang didaftarkan.
29/07/2026
πΌ KURSUS ASAS PENGURUSAN KEWANGAN KEUSAHAWANAN SIRI 2
ANJURAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA BATU GAJAH, PERAK πΌ
Ingin mulakan perniagaan tetapi masih kurang mahir mengurus kewangan?
Jom sertai Kursus Asas Pengurusan Kewangan Keusahawanan Siri 2 bagi membantu usahawan memahami asas pengurusan kewangan dengan lebih teratur dan berkesan.
β¨ Antara pengisian menarik:
π Pengurusan aliran tunai
π Penyediaan bajet perniagaan
π Simpan kira asas
π Tips mengurus kewangan perniagaan dengan bijak
Kursus ini sesuai untuk:
β
Usahawan baharu
β
Belia yang ingin berniaga
β
Peniaga kecil dan sederhana
β
Individu yang ingin meningkatkan ilmu kewangan perniagaan
π
Tarikh: 17-19 Ogos 2026
π Tempat: Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak
β° Masa Pendaftaran: 9.00 Pagi
π Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://forms.gle/nAF5HwmRFT1GYhhU9
Kursus ini adalah PERCUMA!β¨Tempat adalah TERHAD!
Daftar segera dan tingkatkan pengetahuan kewangan anda demi masa depan perniagaan yang lebih kukuh.
π Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pn. Wan Dzalen
www.wasap.my/60122775350/KEW2
atau
Pn. Noorhafizah
www.wasap.my/60175699923/KEW2
29/07/2026
MESYUARAT PEMANTAUAN PRESTASI PERKHIDMATAN KONTRAK KAWALAN KESELAMATAN BIL. 2 TAHUN 2026
Jerantut, 29 Julai 2026 β Mesyuarat Pemantauan Prestasi Perkhidmatan Kontrak Kawalan Keselamatan Bil. 2 Tahun 2026 telah diadakan pada 23 Julai 2026 (Rabu) yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Jerantut.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Mohd Hafizul bin Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jerantut dan dihadiri oleh wakil syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan En. Ahmad Azim bin Mat Rahim, pegawai serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jerantut dan kakitangan syarikat.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk memantau, menilai dan meneliti tahap prestasi perkhidmatan kawalan keselamatan yang dilaksanakan, di samping membincangkan isu-isu berbangkit, mengenal pasti kelemahan serta merangka penambahbaikan bagi memastikan mutu perkhidmatan yang lebih cekap, sistematik dan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
29/07/2026
MESYUARAT PEMANTAUAN PRESTASI PERKHIDMATAN KONTRAK PEMBERSIHAN BIL. 2 TAHUN 2026
Jerantut, 29 Julai 2026 β Mesyuarat Pemantauan Prestasi Perkhidmatan Kontrak Pembersihan Bil. 2 Tahun 2026 telah diadakan pada 23 Julai 2026 (Rabu) yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Jerantut.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Mohd Hafizul bin Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jerantut dan dihadiri oleh wakil syarikat perkhidmatan pembersihan En. Abdul Aziz bin Nor Mahamad, pegawai serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jerantut dan kakitangan syarikat.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk memantau, menilai dan meneliti tahap prestasi perkhidmatan pembersihan yang dilaksanakan, di samping membincangkan isu-isu berbangkit, mengenal pasti kelemahan serta merangka penambahbaikan bagi memastikan mutu perkhidmatan yang lebih cekap, sistematik dan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
27/07/2026
SATU PELUANG TERBAIK BUAT SEMUA PERTUBUHAN BELIA DI NEGERI PAHANG UNTUK BERSAMA-SAMA MENCIPTA IMPAK KEPADA GOLONGAN BELIA DALAM PELAKSANAAN PROGRAM INTERVENSI BELIA TIDAK BERPERSATUAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2026
π― Jom sertai program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan Peringkat Negeri Pahang yang bertujuan untuk mendekati, membimbing dan menggalakkan lebih ramai golongan belia menyertai pertubuhan belia serta memperkasakan pembangunan kepimpinan dan kesukarelawanan di peringkat akar umbi.
π’ Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang mempelawa pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di negeri Pahang untuk mengemukakan cadangan kerta kerja pelaksanaan Program Intervensi Belia Tidak berpersatuan 2026 dan menjadi rakan strategik dalam usaha melahirkan lebih ramai belia yang aktif, berdaya saing dan berwawasan.
π Tarikh pelaksanaan program : September β November 2026
π Tarikh akhir penghantaran : 15 Ogos 2026
Jangan lepaskan peluang kepada pertubuhan belia jika pertubuhan belia anda memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.
π Berminat ? Klik pautan di bawah untuk menghantar permohonan anda
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSedI8y9YDah_P19ujaNgsLmt0pN3SgOmbT-O0-rfw1EvCXo9g/viewform?usp=header
π± Sila hubungi Puan Nazurah (011-3656 8509) atau Encik Arizan (011-6550 5321) untuk keterangan lanjut.
MADANI