Kelab Sepaktakraw Taming Sari - KESTA

Kelab Sepaktakraw Taming Sari - KESTA

Share

AKADEMI SEPAKTAKRAW TAMING SARI

04/07/2026

" KONSISTEN MENGATASI ALASAN "

Di sebalik setiap senyuman selepas tamat latihan, ada peluh yang tidak dikira, ada penat yang tidak diceritakan, dan ada semangat yang tidak pernah dipadamkan. Teruskan melangkah. Kerana setiap usaha hari ini sedang membentuk kejayaan pada masa hadapan.

28/06/2026

“IMPIAN TIDAK PUNYA SAYAP, TAPI IA BOLEH TERBANG DENGAN KERINGAT DAN USAHA”

Setiap yang hadir berbeza asas dan kemahiran. Ada yang baru sahaja cuba untuk menimang, ada yang boleh menimang sedikit dan ada yang dah boleh bermain secara asas.

Kami di KESTA akan berusaha membantu adik-adik untuk mencapai impian untuk berjaya 🔥

24/06/2026

“ASAS YANG KUKUH, TERAS KEJAYAAN”

Untuk menjadi pemain Sepak Takraw yang baik, latihan kemahiran asas dan teknik amatlah penting.

13/06/2026

"SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT"

Tak semua orang nampak apa yang kita lalui, tapi itu tak mengapa. Teruskan berusaha walaupun penat, teruskan melangkah walaupun perlahan. Jangan berhenti hanya kerana hasilnya belum kelihatan.

06/06/2026

"SETIAP HARI ADALAH PELUANG BARU UNTUK PERBAIKI DIRI"

Latihan diteruskan harini bersama Atlet Sukma Wanita Perak. KESTA mengucapkan selamat berjuang di Temasya Sukma nanti. Buat yang terbaik untuk diri sendiri dan Negeri Perak💪🔥

03/06/2026

Kami membina masa depan anda📌

03/06/2026

"CABAR DIRI UNTUK MENJADI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM"

Seminggu berehat bukan bermakna berhenti. Minggu ini kita kembali dengan semangat, fokus dan azam yang lebih kuat. Jom teruskan latihan! 💪🔥

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Ipoh