14/07/2026
đ
đđđ đđ
đ
đđđ đđđđđ đđđđ
Hari ini telah berlangsung sesi Flag Off OPS TEGAS 2026 di perkarangan Kompleks Pematuhan dan Penguatkuasaan Meru, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Perak.
OPS Tegas ini akan diadakan daripada 13 â 17 Julai 2026. OPS TEGAS dilaksanakan susulan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) ke atas beberapa sektor termasuk sektor pembinaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 dan pindaan berkaitan Cukai Perkhidmatan 2018.
Objektif utama operasi ini adalah untuk:
â
Memastikan pematuhan terhadap pendaftaran SST.
â
Memastikan pengisytiharan cukai dibuat dengan betul.
â
Memastikan pembayaran cukai dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.
â
Mengurangkan ketirisan hasil negara.
Sepanjang tempoh operasi, pegawai Audit JKDM Perak akan menjalankan pemeriksaan dan lawatan pematuhan di sekitar Negeri Perak bagi meningkatkan tahap kesedaran serta memastikan pematuhan terhadap peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
See less
14/07/2026
đđđđđđ & đđđđđđđ !
đđđđđđ đđđđđ | đđđđđđđđ đđđđđđđ đđđ đđđđđđđđđđ đđđđđđđđđđ đđđđđđđđđ đđđđđđđ đđđđđđ đđđđđđ đđđđđđđđ
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran melibatkan pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi bagi memperkukuh kepimpinan serta mempertingkat keberkesanan penyampaian perkhidmatan jabatan.
Perintah pertukaran ini berkuat kuasa mulai 15 Julai 2026.
Tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang menerima kenaikan pangkat dan pertukaran. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, profesionalisme serta terus memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan JKDM demi kepentingan negara.
đđđđđŖ âĸ đ§đđĄđđđđĻ âĸ đđĄđ§đđđĨđđ§đ
ÂŠī¸ đđđđ đđđ°đđ§đ đđ§ đđ¨đĻđŽđ§đĸđ¤đđŦđĸ đđ¨đĢđŠđ¨đĢđđ | đđđđđđđ đđđđđđ đđđđđđ đđđđđđđđ
13/07/2026
[đđđđđđđđ đđđđđđđ]
SIARAN MEDIA: MAKLUM BALAS RASMI AKPS BERHUBUNG HANTARAN YANG TULAR DI PLATFORM MEDIA SOSIAL THREADS
Sumber : Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia - AKPS KLIA
12/07/2026
PENGARAH KASTAM NEGERI PERAK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH PENGKALAN HULU
Pengkalan Hulu, 10 Julai 2026 â Satu pertemuan rasmi bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara agensi kerajaan telah berlangsung hari ini melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak dan Pejabat Daerah Dan Tanah Pengkalan Hulu.
Kunjungan hormat yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu itu diketuai oleh Ybrs. Tuan Mohd Nadzri bin Ariffin, Pengarah Kastam Negeri Perak serta turut disertai oleh Ketua Kastam Daerah Pengkalan Hulu, Tuan Mohammad Suhairi bin Hussin. Sesi pertemuan yang bermula jam 3.00 petang itu telah disambut baik oleh Encik Norhisyam bin Karno, Ketua Penolong Pegawai Daerah.
Sesi kunjung hormat ini bertujuan untuk membincangkan ruang kerjasama dua hala serta membincangkan perancangan untuk mengusahakan tanah milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak bagi tujuan pembangunan yang bersesuaian dengan fungsi jabatan, selaras dengan dasar serta perancangan pembangunan daerah.
Diharapkan perbincangan ini dapat membantu mengenal pasti potensi pembangunan tanah berkenaan dan membuka ruang kepada kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada jabatan serta masyarakat setempat.
Pertemuan produktif ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memantapkan koordinasi pintar, sekali gus menyokong agenda pembangunan dan tadbir urus yang holistik di peringkat negeri.
Š đđđđ đđđđđđđ§ đđđŦđđđĻ đđĸđĢđđŖđ đđđĨđđ˛đŦđĸđ đđđĢđđ¤
12/07/2026
[JASAMU DIKENANG]
Tn. Ab Ghani bin Othman
Timbalan Pengarah Kastam Negeri (WK14)
Bahagian Cukai Dalam Negeri
JKDM Perak
Warga Kastam Perak Mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti Tuan sepanjang bertugas di JKDM Perak.
Selamat Bersara dan kami mendoakan semoga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan.
TERIMA KASIH.
Š đđđđ đđđđđđđ§ đđđŦđđđĻ đđĸđĢđđŖđ đđđĨđđ˛đŦđĸđ đđđĢđđ¤
10/07/2026
BENGKEL LATIHAN MENEMBAK PISTOL & RIFLE JKDM IPOH SIRI 1/2026
06 Julai 2026 | ISNIN
07 Julai 2026 | SELASA
ANJURAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN IPOH
LAPANG SASAR PGA ULU KINTA
TG. RAMBUTAN
Š đđđđ đđđđđđđ§ đđđŦđđđĻ đđĸđĢđđŖđ đđđĨđđ˛đŦđĸđ đđđĢđđ¤
02/07/2026
đđđđđđđđđ đđđđđđ đđđđđđđ đđđđđđđ đđđđ đđđđđ đđđđ/đđđđ
01 Julai 2026 | Rabu
9.30 Pagi | Bilik Mesyuarat Tan Sri Rahim Tak, Aras 5, Wisma Kastam Ipoh
Telah berlangsung Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JKDM Perak Bil. 1/2026 yang bertujuan membincangkan pelbagai isu berkaitan kebajikan, persekitaran kerja serta perkara-perkara yang melibatkan kepentingan bersama antara pihak pengurusan dan warga jabatan.
Mesyuarat turut memberi tumpuan kepada perbincangan isu-isu berbangkit serta cadangan penyelesaian secara konstruktif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, efektif dan berkualiti.
Semoga hasil perbincangan yang dicapai dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak pengurusan dan warga kerja, sekali gus menyokong usaha ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang selaras dengan aspirasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak.
Š đđđđ đđđđđđđ§ đđđŦđđđĻ đđĸđĢđđŖđ đđđĨđđ˛đŦđĸđ đđđĢđđ¤
30/06/2026
[JASAMU DIKENANG]
En. Rodzi bin Salih
Pegawai Kastam Kanan(WK2)
Bahagian Perkastaman
JKDM Perak
Warga Kastam Perak Mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti tuan sepanjang bertugas di JKDM Perak.
Selamat Bersara dan kami mendoakan semoga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan.
TERIMA KASIH.
Š đđđđ đđđđđđđ§ đđđŦđđđĻ đđĸđĢđđŖđ đđđĨđđ˛đŦđĸđ đđđĢđđ¤
29/06/2026
đđđđđđđđđ đđđđđđđđđđ đđđđđ đ:đđđ đđđđ đđđđđ
26 Jun 2026 | Jumaat
Telah berlangsung Mesyuarat Pemantauan Hasil T:86B Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak pada 26 Jun 2026 (Jumaat), jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tan Sri Rahim Tak, Aras 5, Wisma Kastam Ipoh.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Siti binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam(Perkastaman & CDN) yang hadir bagi memantau prestasi kutipan hasil serta pelaksanaan strategi peningkatan hasil JKDM Perak. Ketibaan beliau telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohd Nadzri bin Ariffin, Pengarah Kastam Negeri Perak.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi sebelum diteruskan dengan sesi pembentangan prestasi pungutan hasil serta pencapaian strategi pungutan hasil oleh setiap bahagian di JKDM Perak. Sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada penilaian prestasi semasa, cabaran yang dihadapi serta langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan sasaran kutipan hasil dapat dicapai dengan lebih berkesan.
Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan JKDM dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keberkesanan pengurusan hasil negara serta memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara strategik dan berimpak tinggi.
Š đđđđ đđđđđđđ§ đđđŦđđđĻ đđĸđĢđđŖđ đđđĨđđ˛đŦđĸđ đđđĢđđ¤
28/06/2026
đđđĄđđ đĸđđ§ đ
26 Jun 2026 | Jumaat
8.00 malam | Dewan Tan Sri Abdul Halil, Wisma Kastam, Ipoh
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 & Majlis Persaraan 2026 JKDM Perak
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak telah meraikan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025 dan pegawai JKDM Perak yang akan dan telah bersara pada tahun 2026 di Dewan Tan Sri Abdul Halil, Wisma Kastam, Ipoh.
Majlis yang gilang gemilang ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengurusan Tertinggi Jabatan iaitu YBrs. Puan Siti binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Perkastaman/CDN).
Pada majlis ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak telah meraikan seramai 51 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Majlis seperti ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada warga JKDM Perak yang melebihi tahap cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2025.
Selain itu, majlis ini juga adalah bagi meraikan 22 orang pegawai yang telah bersara dan akan bersara. Dengan adanya majlis seperti ini, pasti ia akan meninggalkan kenangan manis kepada pesara yang telah berpuluh tahun berkhidmat dalam jabatan khususnya dan dalam kerajaan amnya.
Terima kasih, syabas dan tahniah kepada jawatankuasa terlibat yang bertungkus-lumus menjayakan majlis pada kali ini.
Š đđđđ đđđđđđđ§ đđđŦđđđĻ đđĸđĢđđŖđ đđđĨđđ˛đŦđĸđ đđđĢđđ¤