13/07/2026
Perlawanan Persahabatan 4 Penjuru Bawah 13 Tahun
STAR - SSN GUNUNG RAPAT - SMK ANDERSON - VICTORIA INSTITUTION
#starcougars
#staripoh
#rouseup
13/07/2026
Perlawanan Persahabatan 4 Penjuru Bawah 13 Tahun
STAR - SSN GUNUNG RAPAT - SMK ANDERSON - VICTORIA INSTITUTION
01/07/2026
Alhamdulillah. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemain bola sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai JOHAN Bola Sepak MSSD Kinta Utara Bawah 18 Tahun 2026 serta meraih tempat Ketiga Bawah 15 Tahun.
Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha yang tidak mengenal erti putus asa, disiplin yang tinggi, semangat berpasukan yang utuh serta doa dan sokongan padu daripada semua pihak. Setiap langkah di atas padang dipenuhi dengan kesungguhan, pengorbanan dan tekad untuk mengharumkan nama sekolah.
Tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan, guru-guru, ibu bapa serta seluruh warga STAR yang sentiasa memberikan bimbingan, dorongan dan kepercayaan kepada pasukan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. Teruskan berjuang, kekalkan semangat juang yang tinggi dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
29/06/2026
Alhamdulillah dan tahniah kepada para pemain Bawah 14 dan 16 Tahun yang berjuang merebut kejuaraan Piala Xcriim Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Padang Taman Dr. Kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.
Bawah 16 Tahun dinobatkan sebagai Naib Johan manakala Bawah 14 Tahun tewas di suku akhir menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat tanpa jaringan.
Dua orang pemain mendapat Anugerah Pemain Harapan ( Nor Aiman Danish Bin Nor Haslan) dan Penjaga Gol Terbaik ( Ammar DzulIkram Bin Mohd Azami)
Terima kasih kepada pentadbiran sekolah, para jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada para pemain.
🟢🔵⚫🔴⚪🟡
Insha allah kita cuba 🥇
Alhamdulillah 🏆🥇
20/06/2026
Alhamdulillah dan tahniah kepada pasukan bola sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman yang telah menjuarai Malaysia Youth League Negeri Perak Bawah 16 Tahun setelah menewaskan Anderson FA di perlawanan Akhir menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan yang sengit.
Manakala kategori bawah 14 Tahun, pasukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada pasukan Anderson FA dalam perlawanan Akhir.
Terima kasih kepada barisan pentadbiran sekolah, para jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa berkorban masa , tenaga dan wang sepanjang liga berlangsung. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan di MYL National Finale yang akan berlangsung bulan 12 akan datang. Insha allah.
🟢🔵⚫🔴⚪🟡🏆🥇
15/06/2026
Alhamdulillah dan tahniah kepada para pemain bola sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman yang menerima Anugerah Pengetua dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026.
Tingkatan 5 :
1) Muhamad Arif Izzani Bin Adli ( No 7)
2) Ahmad Aqeel Qays Bin Amin Syahiran ( No 10)
Tingkatan 4 :
1) Amirul Ahnaf Bin Amiruddin ( No 1)
Tingkatan 3 :
1) Aminul Wafiy Bin Norzaidi ( No 1)
2) Nor Aiman Danish Bin Norhaslan ( No 2)
3) Muhammad Amsyar Bin Ahmad Kamal ( No 4)
Tingkatan 2 :
1) Muhamad Muaz Izdihar Bin Mohd Effandi ( No 2)
2)Muhammad Hariz Bin Mohd Rizal ( No 9)
Tingkatan 1
1) Muhamad Adam Miqael Bin Khairul Izan( No 5)
09/06/2026
Alhamdulillah dan tahniah Muhammad Haiman Ang Bin Haidar Zhafri kerana terpilih sebagai penerima KIJANG SCHOLARSHIP AWARD 2026 Bank Negara Malaysia.
Tahniah !!!
31/05/2026
Alhamdulillah dan tahniah kepada para pemain bola sepak Bawah 13 dan 16 Tahun yang berentap dalam merebut Piala Navira U13 dan Piala GPN U17 yang berlangsung di Ipoh Padang.
Pasukan Bawah 16 Tahun beraksi cemerlang di setiap perlawanan sebelum dinobatkan JOHAN Piala GPN U17 setelah menang 1-0 ke atas pasukan Young Pro dalam Perlawanan Akhir.
Manakala bawah 13 Tahun dikecewakan dalam aksi separuh akhir Piala Navira setelah tewas 0-1 kepada pasukan PPL Warriors.
Tahniah juga kepada 3 pemain Bawah 16 Tahun yang menerima anugerah individu :
1) Ahmad Alif Irfan Bin Mohd Azizan ( Pemain Terbaik Perlawanan)
2) Ahmad Ahyan Ukayl Khan Bin Mohd Razmi & Meor Muhammad Ariq Bin Meor Zamharil ( MVP)
Terima kasih kepada guru dan jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada pasukan bola sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman.
🟢🔵⚫🔴⚪🟡🥇🏆