25/09/2026
*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*
Beranyut ke hilir panduan resemi,
Lenggang bertapak seni memandang,
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.
Ilmu Tempur Perang Bugis telah diperturunkan oleh Almarhum Ayahanda Haji Mohd Amin Bin Hamzah ketika hayatnya di Gelanggang Panglima Hitam Hulu Langat, Santika.
Ilmu Tempur Perang Bugis ini menggunakan gabungan dua seni senjata secara serentak di mana medan pertempuran adalah di atas kapal laut dengan serangan dari pelbagai sudut dalam ruang yang terhad.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.🤲