24/08/2026
Pusat Sukan dan Rekreasi USM
PUSAT SUKAN DAN REKREASI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
24/08/2026
24/08/2026
Salam Maulidur Rasul
Semoga dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, hati kita terus disinari iman, dipenuhi kasih sayang dan sentiasa berusaha meneladani akhlak serta sunnah Baginda.
โSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.โ
โ Surah Al-Ahzab: 21
๐ค Hayati Sirah, Ikuti Sunnah, Raih Berkat.
Ikhlas daripada
Pusat Sukan & Rekreasi USM
23/08/2026
IMT-GT 2026 | MISI BERMULA ๐ฎ๐ฉ
Seramai 2 pegawai pengiring dan 27 orang pelajar telah bergerak pada jam 10.00 malam ini menuju ke KLIA2 bagi meneruskan perjalanan ke Padang, Indonesia.
Delegasi akan berlepas ke Padang bagi menyertai Kejohanan IMT-GT 2026 yang akan berlangsung di Universitas Negeri Padang dan dijadualkan bermula 11.00 pagi esok.
Selamat jalan dan selamat berjuang buat seluruh delegasi USM!
Bawa nama, semangat dan maruah pasukan dengan penuh kebanggaan.
Good luck & all the best!
Malaysia โข Indonesia โข Thailand โ Together We Excel!
23/08/2026
๐ 2 PINGAT EMAS UNTUK PENANG KEBANGGAAN WARGA USM! ๐ฅ๐ฅ
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Adi Syazmin bin Zurimanyadzri, staf Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia (USM) atas kejayaan cemerlang meraih 2 Pingat Emas SUKMA Selangor 2026 dalam acara Sepaktakraw! ๐ฅ๐ฅ
๐ Emas โ Acara Berpasukan
๐ Emas โ Acara Regu
Satu pencapaian yang membanggakan dan membuktikan semangat juang, disiplin serta kecemerlangan warga USM di pentas sukan tertinggi negara.
Teruskan kecemerlangan dan harumkan nama USM, Pulau Pinang dan Malaysia! ๐ฒ๐พ
๐ Pride of USM โข Pride of Penang โข Pride of Malaysia
21/08/2026
USM FC Away Games
JADUAL PERLAWANAN TEMPAT LAWAN USM FC
LIGA A1 SEMI-PRO 2026/2027
Sebanyak 13 perlawanan tempat lawan menanti perjuangan USM FC di seluruh pelosok tanah air.
Dari Johor ke Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan kembali ke Selangor โ setiap perjalanan membawa satu misi:
Berjuang untuk setiap mata.
Berikan yang terbaik di setiap perlawanan.
Bawa nama dan maruah USM FC ke mana sahaja.
Di mana sahaja USM FC bermain, di situlah semangat kita berada.
Kepada seluruh warga USM dan penyokong setia USM FC, teruskan berdiri bersama pasukan. Sokongan anda di tempat lawan menjadi kekuatan buat para pemain.
13 PERLAWANAN. 13 DESTINASI. SATU LAMBANG. SATU PERJUANGAN.
USM FC โ BAWA NAMA USM, BAWA SEMANGAT PULAU PINANG.
SATU PASUKAN โข SATU IMPIAN โข SATU USM
21/08/2026
USM FC Home Games
Stadium Olahraga USM
JADUAL PERLAWANAN LAMAN SENDIRI USM FC
LIGA A1 SEMI-PRO 2026/2027
13 perlawanan bakal berlangsung di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang.
Inilah medan perjuangan USM FC untuk mempertahankan maruah, lambang dan warna kebanggaan Universiti Sains Malaysia
Setiap perlawanan adalah cabaran.
Setiap minit adalah perjuangan.
Setiap mata amat berharga.
Dan setiap sorakan anda adalah kekuatan buat pasukan.
Ayuh warga USM dan seluruh penyokong Pulau Pinang!
Penuhi Stadium Olahraga USM.
Berdiri bersama pasukan.
Beri sokongan tanpa henti.
13 PERLAWANAN. 1 LAMAN SENDIRI. 1 PERJUANGAN.
๐ฅ Bersama kita jadikan Stadium Olahraga USM sebuah kubu yang sukar ditakluki!
SATU PASUKAN โข SATU IMPIAN โข SATU USM
21/08/2026
Jom!
PERLAWANAN | USM FC vs CITY STARS FC
Masa untuk kembali beraksi!
USM FC meneruskan persiapan Pra-Musim 2026/27 dengan satu lagi ujian penting apabila bakal berdepan City Stars FC.
๐
21 Ogos 2026 | Jumaat
โฐ Sepak Mula: 8:45 malam
๐ Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang
Ayuh bersama kita berikan sokongan buat USM FC. Setiap minit di atas padang adalah langkah menuju musim yang lebih kuat. ๐ชโฝ
ONE TEAM โข ONE DREAM โข ONE USM
21/08/2026
SIAP SIAGA MENGURUS KECEDERAAN SUKAN | KURSUS ASAS PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN (SUKIPT) 2026
Kecederaan merupakan antara risiko yang tidak dapat dielakkan dalam aktiviti sukan. Namun, tindakan awal yang pantas, tepat dan berilmu mampu mengurangkan tahap kecederaan serta membantu mempercepatkan proses pemulihan atlet.
Sehubungan itu, Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Kecederaan Sukan (SUKIPT) 2026 bagi memberikan pendedahan dan kemahiran asas kepada jurulatih, atlet serta penggiat sukan dalam mengurus kecederaan dengan lebih sistematik.
Antara pengisian utama kursus termasuk:
๐น Mengenal pasti jenis-jenis kecederaan sukan yang lazim berlaku
๐น Memahami protokol rawatan awal R.I.C.E.
๐น Teknik balutan, taping dan bandaging asas
๐น Meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi kecederaan di padang
๐
21 Ogos 2026 (Jumaat)
โฐ 8.00 pagi โ 5.00 petang
๐ Bilik Seminar Hoki, Pusat Sukan & Rekreasi USM
๐ฅ 40 peserta terdiri daripada jurulatih, atlet dan ahli kelab sukan
Ilmu kecederaan sukan bukan sekadar untuk merawat, tetapi satu kemahiran penting untuk melindungi atlet dan memastikan keselamatan dalam sukan.
19/08/2026
๐๐ฅ TAHNIAH MUHAMMAD ADI SYAZMIN! ๐ฒ๐พ
UCAPAN TAHNIAH
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Adi Syazmin bin Zurimanyadzri, Staf Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Kampus Induk USM atas kejayaan meraih PINGAT EMAS SUKMA SELANGOR 2026 dalam Acara Sepaktakraw Berpasukan! ๐ฅ๐ฅ
Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin, kerja keras dan kesungguhan yang tinggi dalam mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan negara.
Syabas Adi Syazmin!
Teruskan kecemerlangan dan jadilah inspirasi kepada warga USM serta generasi atlet muda. ๐ช๐ฝ๐
Pride of USM โข Pride of Penang โข Pride of Malaysia ๐ฒ๐พ๐
18/08/2026
Selamat maju jaya buat USM FC Arena Bolasepak Usm FC Universiti Sains Malaysia
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Pusat Sukan Dan Rekreasi
George Town
11800
Opening Hours
| Monday | 08:10 - 22:00 |
| Tuesday | 08:10 - 22:00 |
| Wednesday | 08:10 - 22:00 |
| Thursday | 08:10 - 22:00 |
| Friday | 08:10 - 22:00 |
| Saturday | 09:00 - 19:00 |
| Sunday | 09:00 - 19:00 |