08/08/2026
Inna Lillahi wa inna ilayhi rajiβun.
Dengan hati yang amat dukacita, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Johari Bin Mansor, bekas atlet golf MAKSAK Negeri Pulau Pinang.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
Daripada;
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang
03/08/2026
π¦ππ§ππ‘πππ-π§ππ‘πππ π§πππ‘πππ & π¦ππππ ππ§ πππ§ππ‘π
MAKSAK Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YB Dato' Dr. Jafri bin Abdul Jalil atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu berkuatkuasa 3 Ogos 2026.
Ikhlas daripada:
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang
03/08/2026
SELAMAT BERSARA YB DATO' SERI HAJI ZULKIFLI BIN LONG
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datoβ Seri Haji Zulkifli Bin Long, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAKSAK Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, kepimpinan serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui pentadbiran dan memimpin MAKSAK Negeri Pulau Pinang.
Semoga YB Datoβ Seri dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta terus mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas persaraan.
Selamat Bersara dan Terima Kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Jasa YB Datoβ Seri akan sentiasa dikenang.
Ikhlas Daripada
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang
29/07/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring MAKSAK Negeri Pulau Pinang 2026. π₯
π
Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
β° Masa: 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
π Tempat: Kompleks Sukan Azman Hashim, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
βΉοΈ Scan QR code untuk mengisi borang pendaftaran dan pengesahan kehadiran atau daftar melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf9Atsj-Ru3VbU57HFdpxYmNVg57Y6_jTOAJopEWauuurghpw/viewform
π Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi pemilihan ini!
βΌοΈ Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pn. Salwa : 017-3115472
Pn. Azzuraini : 012-5696262
Pn. Farah : 010-5402302
π΅βͺοΈπ‘
21/07/2026
Kejohanan MAKSAK Games 2026 - Golf pada 17-18 Julai 2026.
π Nett: Tasik Puteri Golf & Country Club, Selangor
π Gross: Bukit Beruntung Golf & Country Club, Selangor
TAHNIAH KEPADA PEMENANG
Overall individu Man Gross
En Johari Bin Mansor - Naib Johan
Tahniah juga kepada Tuan Haji Saharin Bin Alias , En Mohd Syarizal Bin Md Aris dan En Abd Jalil Bin Ishak
Pasukan Golf MAKSAK Negeri Pulau Pinang telah menampilkan semangat juang yang tinggi dan komitmen luar biasa sepanjang kejohanan! πͺπ»π₯
Terima kasih atas segala usaha, pengorbanan dan dedikasi yang telah ditunjukkan.
Teruskan melangkah ke hadapan β jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk terus bangkit dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. ππ»π
π΅βͺοΈπ‘
16/07/2026
ποΈββοΈ SELAMAT MAJU JAYA ATLET GOLF MAKSAK PULAU PINANG π
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh atlet Golf MAKSAK Pulau Pinang yang akan beraksi di Kejohanan MAKSAK Games 2026 - Golf pada 17-18 Julai 2026.
π Nett: Tasik Puteri Golf & Country Club, Selangor
π Gross: Bukit Beruntung Golf & Country Club, Selangor
Semoga semua athlet Golf sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan ketenangan dan keyakinan sepanjang kejohanan berlangsung. Teruskan beraksi dengan semangat kesukanan yang tinggi, fokus dan tekad untuk memberikan persembahan terbaik demi mengharumkan nama MAKSAK Pulau Pinang.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Pasukan Golf MAKSAK Pulau Pinang diberikan kejayaan dan pulang dengan membawa pencapaian yang membanggakan.
Selamat berjuang dan semoga berjaya! ππβ³
π΅βͺοΈπ‘
11/07/2026
ππππ πππππ πππππ ππ-ππ ππππ ππππ ππππππππ (πππ) ππππ ππ-ππππππ ππππππ πππππ ππππππ
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang merafakkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-85 kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Semoga Tuan Yang Terutama sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT serta terus memayungi Negeri Pulau Pinang dengan kepimpinan yang cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
Ikhlas daripada: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang
10/07/2026
KEJOHANAN PING PONG MAKSAK GAMES 2026 π
Kejohanan Ping Pong MAKSAK Games 2026 yang berlangsung di Putrajaya telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pegawai serta urus setia Kontinjen MAKSAK Negeri Pulau Pinang atas komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang kejohanan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Cik Eng Yuh Jing dari Hospital Seberang Jaya atas kejayaan muncul Johan Acara Perseorangan Wanita, sekali gus mengharumkan nama MAKSAK Negeri Pulau Pinang di pentas MAKSAK Games 2026.
Kepada seluruh atlet yang telah memberikan saingan terbaik, terima kasih atas usaha dan pengorbanan yang dicurahkan. Semoga segala pengalaman dan pencapaian yang diraih menjadi pemangkin untuk terus mencipta kejayaan pada kejohanan yang akan datang.
ππ
06/07/2026
Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia George Town! ποΈβ¨
Hari ini kita bersama-sama meraikan pengiktirafan George Town sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO yang melambangkan kekayaan sejarah, warisan budaya, serta keharmonian masyarakat berbilang kaum yang menjadi kebanggaan Negeri Pulau Pinang.
Semoga warisan yang tidak ternilai ini terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang sebagai khazanah yang menyatukan komuniti serta menjadi inspirasi kepada pembangunan yang mampan.
Selamat Menyambut Hari Bandar Warisan Dunia George Town.
"Memelihara Warisan, Menginspirasikan Masa Hadapan."
Ikhlas daripada:
Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Pulau Pinang
04/07/2026
JADUAL PERLAWANAN AKHIR | PING PONG MAKSAK GAMES 2026
Tahniah diucapkan kepada wakil tunggal MAKSAK Pulau Pinang yang berjaya melangkah ke pentas akhir acara Perseorangan Wanita malam ini.
Pada perlawanan akhir, wakil Pulau Pinang akan berdepan tuan rumah, Wilayah Persekutuan, bagi merebut gelaran juara.
Sekalung penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada seluruh pasukan ping pong MAKSAK Pulau Pinang atas komitmen dan semangat juang yang dipamerkan sepanjang kejohanan.
Ayuh Pulau Pinang! πππ