15/07/2026
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DI PERTANDINGAN JALEN STAR CHEF SIRI 2
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Dungun merakam setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada pelajar Diploma Seni Kulinari yang telah mengharumkan nama fakulti dalam Pertandingan Jalen Star Chef Siri 2 pada 18 Jun 2026 yang lalu.
Sekalung tahniah diucapkan kepada:
π₯Nur Syafikah Nazurah Muhd Shaqawi
Juara
ποΈMuhammad Muizzuddin Aqil Mustafa
Pemenang saguhati
Pencapaian ini merupakan bukti kesungguhan, komitmen, kreativiti dan semangat juang yang tinggi dalam mempamerkan kemahiran kulinari di pentas pertandingan. Kejayaan yang diraih bukan sahaja membanggakan peserta malah turut mengharumkan nama Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan serta Universiti Teknologi MARA.
Pihak fakulti turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapa terima kasih kepada barisan mentor dan jurulatih yang telah membimbing, melatih dan memberikan sokongan padu kepada para peserta sepanjang proses persediaan pertandingan. Penghargaan juga dizahirkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang persediaan pasukan dalam pertandingan ini. Kejayaan yang dikecapi hari ini merupakan hasil usaha bersama, semangat berpasukan serta komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua yang terlibat.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada lebih ramai pelajar untuk terus mengembangkan bakat dalam bidang seni kulinari di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
11/07/2026
Seluruh warga Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
Dr. Zul Hazam Mohd Piah
atas kejayaan memperoleh Doctor of Philosophy (Hotel and Tourism Management) daripada Universiti Teknologi MARA, seperti yang telah disahkan oleh Senat Universiti pada 5 Jun 2026.
Sekalung tahniah dan selamat maju jaya dalam meneruskan kecemerlangan akademik.
11/07/2026
π TAHNIAH DIUCAPKAN! π
Seluruh warga Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pensyarah fakulti yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UiTM Tahun 2025.
Penerima APC 2025 daripada FPHP Cawangan Terengganu Kampus Dungun:
β’ Cik Ameleya binti Mohammad Ghazali
β’ Encik Mushaireen bin Musa
β’ Puan Nor Saadah binti Che Deraman
β’ Cik Sara Nabila binti Ismail
β’ Ts. Dr. Sri Puvanesvari A/P Gannasin
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada kecemerlangan universiti.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga fakulti untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan mengharumkan nama UiTM.
Sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima! ππ
29/06/2026
LAWATAN PENANDA ARAS KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN KE UiTM CAWANGAN TERENGGANU
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (FPHP), UiTM Cawangan Terengganu dengan kerjasama Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Terengganu telah menerima kunjungan delegasi daripada Kolej Vokasional Kemaman sempena Lawatan Penanda Aras pada 28 Jun 2026 (Ahad).
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan akademik, pembangunan program dan jaminan kualiti, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi.
Semoga lawatan ini menjadi platform kepada perkongsian ilmu, pertukaran idea serta kerjasama strategik yang berterusan demi memperkasakan kecemerlangan pendidikan.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
29/06/2026
π TAHNIAH & SYABAS! π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu atas kejayaan meraih PINGAT EMAS dalam Darul Ridzuan International Innovation Invention Competition (DRIIC) 2026.
π Pasukan Inovasi
β’ Noraida Abdul Karim (Ketua)
β’ Faliza Mahamed Ali
β’ Jazira Anuar
β’ Noristisarah Abd Shattar
β’ Azahar Adzmy
π
Produk Inovasi:
NapFold Charm Keychain: Where Every Fold Tells A Story
Kejayaan ini membuktikan komitmen warga akademik UiTM Cawangan Terengganu dalam membudayakan penyelidikan, inovasi dan kreativiti yang memberi impak kepada masyarakat serta industri.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UiTM untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Tahniah dan syabas! Teruskan mengharumkan nama UiTM. ππ
29/06/2026
Pelajar UiTM Dungun juara Jalen Star Chef 2 anjuran Nu Ideaktiv, Remaja
SHAH ALAM β Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun mengharumkan nama universiti apabila muncul juara pertandingan Jalen Star Chef 2...
29/06/2026
πΏ KABUS, TEH & HEALING CAMERON HIGHLANDS 2026 πΏ
Sebagai sebahagian daripada tugasan Mock Guiding HTT353, program Kabus, Teh & Healing Cameron Highlands dianjurkan bagi memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pemanduan pelancong dalam situasi sebenar. Program ini bertujuan melatih pelajar menjadi tour guide yang profesional, berkeyakinan serta mampu mengendalikan pelancong dengan berkesan di destinasi pelancongan.
π
18 β 20 Jun 2026
π Cameron Highlands
Melalui program ini, para pelajar dapat memperoleh pengalaman praktikal dalam mengendalikan lawatan, menyampaikan maklumat kepada pelancong, meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan, serta memahami dengan lebih mendalam tentang tarikan pelancongan, budaya, dan keunikan Cameron Highlands.
Program ini juga membantu pelajar membina keyakinan diri serta mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran sebenar dalam industri pelancongan pada masa hadapan. πΏβοΈπ
29/06/2026
3 hari, 2 malam, pelbagai pengalaman dan kenangan.
Pada 11β13 Jun 2026, pelajar THM1114C telah menjayakan Program Above The Hills: Bentong X Bukit Tinggi Adventure 2026 sebagai sebahagian daripada kursus HTT353: Tour Planning and Guiding.
Program ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik serta peluang meneroka destinasi pelancongan yang unik di Bentong dan Bukit Tinggi.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan menjadikannya satu pengalaman yang bermakna buat semua peserta.
27/06/2026
ASSALAMUALAIKUM & SALAM UiTM DIHATIKU ππ
π£οΈ ATTENTION FOODSERVICE ENTHUSIASTS!
Bachelor of Science (Hons) Food Service Management (HM262) Part 3 cordially invites you to join our Online Collaborative Teaching Webinar :
β¨ Managing Service Breakdown and Recovery Strategies in Foodservice Organizations β¨
Gain valuable insights from Chef Alwi on handling service failures, customer complaints, and effective recovery strategies in the foodservice industry.
π
27 June 2026 ( Saturday )
β° 10:30 AM
π₯οΈ YouTube ( DβHOTELIERS UiTMCT )
π https://www.youtube.com/live/KeODfP24Fp0?si=lGHCvNFV33cR4BxJ
π BENEFITS OF JOINING :
β’β β Free e-Certificate
β’β β Training Hours for UiTM Staff
For any inquiries, feel free to reach out :
π² Diyan : 0126940450
Open to the public. See you there! πβ¨
22/06/2026
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Cawangan Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Syafikah Nazurah Muhd Shaqawi, pelajar Diploma Seni Kulinari, atas kejayaan merangkul Juara Pertandingan Jalen Star Chef Musim Kedua yang berlangsung di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam pada 18 Jun 2026.
Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, bakat dan usaha berterusan pelajar dalam bidang seni kulinari, sekali gus mengharumkan nama UiTM Cawangan Terengganu di peringkat kebangsaan.
Ucapan penghargaan dan tahniah turut ditujukan kepada Jurulatih, Encik Amir bin Mansoor, serta Pengurus Pasukan, Encik Mohamad Arif bin Abdul Kadir, atas komitmen, bimbingan dan sokongan yang diberikan sepanjang pertandingan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UiTM untuk terus mengejar kecemerlangan dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.