13/09/2024
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
*JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS: THE LONGEST HUMAN TRAIL WITH MALAYSIA FLAGS @ BUKIT BAUK*
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) bakal mencatat rekod baharu dalam The Longest Human Trail with Malaysia Flags @ Bukit Bauk. Program ini adalah terbuka kepada semua. Butiran program adalah seperti berikut:
🗓️ 12 Oktober 2024 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi - 12.00 tengah hari
👕 T-shirt PERCUMA akan diberikan kepada *1800 peserta terawal*
🍞 Roti dan air mineral dibekalkan kepada *1800 peserta terawal*
📜 E-sijil disediakan
Kepada yang berminat, sila isi butiran pendaftaran pada pautan berikut https://forms.gle/bcyHYz5fdTBX2t3T8
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada *22 September 2024 (Ahad)*
Sekian, terima kasih.
22/06/2024
Atas permintaan ramai, tempahan jersi eksklusif FitMalaysia @ Komuniti 2024 dibuka sekali lagi untuk tempoh terhad sahaja.
Terdapat dua pilihan warna iaitu Putih atau Hitam.
Pilihan cetakan nama 8 Daerah: Kemaman/Dungun/Marang/Hulu Terengganu/Kuala Terengganu/Kuala Nerus/Setiu/Besut.
Harga jualan: *RM30.00* / sehelai
Tambahan saiz: 3XL RM5.00, 4XL RM6.00, 5XL RM7.00
Lengan Panjang: RM5.00
Penghantaran Pos: RM10.00
[Pre - order: Jangka siap 2 minggu selepas tarikh tutup]
Tarikh tutup tempahan: *27 Julai 2024* [Jam 2.00 petang]
Pautan untuk tempahan: *https://tinyurl.com/mpvm86p3*
Pembayaran boleh dibuat ke No Akaun: *21306160037745* (Kelab Sukan Rekreasi Bukit Maras)
Bank: RHB Islamic Bank Berhad
Sila nyatakan di ruang
Catatan 1: *[Nama]*
Catatan 2: *FitMalaysia@Community 2024*
Untuk sebarang pertanyaan, Luqman: 017- 9070945
Google Forms: Sign-in
Access Google Forms with a personal Google account or Google Workspace account (for business use).
11/02/2024
Petang nie selesai uruskan sedikit tambah baik signboard dekat bukit bauk, utk kemudahan hiker sampai ke lubang 6 tanpa ragu. Harap tahun nie lebih ramai hiker kenali lubang 0-6. Selain dapat fitkan diri.
15/01/2023
15/01/2023
Aktiviti pertama bukit bauk utk tahun nie
Selesai aktiviti semalam, membersihkan pokok tumbang yang menghalangi trek dekat lubang 2 ke 2.5. dapat sedikit sebanyak ringankan org ramai yang ingin guna trek nie. Terima kasih pada semua yang terlibat. Ada masa kite akan buat lagi aktiviti ramai nie.
29/09/2022
Nak hiking peak bukit Bauk, wajib guna Malim Gunung dah lepas....
Pendaki lima gunung wajib guna khidmat malim gunung
KUALA TERENGGANU - Pendaki yang mahu melakukan pendakian di lima gunung utama yang terletak dalam kawasan hutan simpanan kekal Terengganu diwajibkan menggunakan perkhidmatan malim...
01/11/2021
Jangkaan monsun bermula 3 November 2021 dan dijangka berakhir hingga Mac 2022
15/10/2021
Belum cukup dua dos dah mendaki bukit | Harian Metro
Tanah Merah: Mendaki bukit tanpa lengkap suntikan dua dos vaksin Covid-19 menyebabkan 15 remaja berusia antara 14 hingga 18 dikompaun RM2,000 setiap seorang ketika beriadah di Bukit Panau, di sini, hari ini.
02/10/2021
Terima kasih kepada Balai Polis Daerah Dungun , Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Angkatan Pertahanan Awam Dungun, En. Smart Nuzul dan En. Razidi ZD
Dua sahabat tersesat ketika mendaki Bukit Bauk
DUNGUN – Dua sahabat yang teruja mendaki Bukit Bauk di sini cemas apabila tersesat hampir tiga jam semalam sebelum diselamatkan pasukan keselamatan. Kedua-dua lelaki tersebut, Muhammad Haikal Mohd Faiz Azmi dan Ahmad Syakir Aidil Mat Zahari yang berusia 21 tahun ditemui selamat namun berada dalam ...
28/09/2021
*HARI SUKAN NEGARA 2021: Virtual Orienteering Hike (VOH)*
Buat julung kali, Virtual Orienteering Hike menjadi salah satu acara Hari Sukan Negara peringkat Negeri Terengganu yang akan dilancarkan pada 9 Oktober 2021.
8 bukit dipilih sebagai lokasi pilihan untuk disertai iaitu:
📍*Bukit Besar*
📍*Bukit Mak Dayang*
📍*Bukit Bauk*
📍*Bukit Lubuk Batu*
📍*Bukit Balik Hidung*
📍*Bukit Tok Salai*
📍*Bukit Maras (Puncak 275)*
📍*Bukit Keluang*
*VIRTUAL ORIENTEERING HIKE 2021* merupakan aktiviti sukan mendaki (hiking) oleh peserta berdaftar dan perlu melawati “Penanda Kawalan Orienteering” yang berada di lapan (8) puncak bukit tersenarai.
*TARIKH PENDAFTARAN :*
📌Mulai : 27 September 2021
📌Tarikh Tutup Pendaftaran : 25 Oktober 2021
*TEMPOH ACARA : 8 – 25 Oktober 2021*
8 Oktober 2021 : Pra Acara
9 Oktober 2021 : Pelancaran Rasmi Acara
*KAEDAH DAN YURAN PENYERTAAN:*
i. Penyertaan adalah *PERCUMA* Peserta hanya perlu mendaftar melalui pautan:
https://bit.ly/3lJPvRn
ii. Penyertaan dan *PEMBELIAN* Baju Acara melalui pautan: https://cps4.me/hsnpsot2021
*Dianjurkan oleh:*
🚩Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
🚩Persatuan Sukan Orienteering Negeri Terengganu (PSOT)