KBS SPT

KBS SPT

Share

PBSD SPT
Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPT

27/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN AMBANG MERDEKA: SAHABAT MADANI PERMATANG PAUH πŸ‡²πŸ‡Ύ

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka menerusi Program MADANI Kita: Membina Harapan Rakyat!

Antara perkhidmatan percuma yang disediakan:

βœ‚οΈ Gunting rambut percuma – terhad kepada 100 orang
πŸ›΅ Penukaran minyak hitam percuma – terhad kepada 100 buah motosikal

πŸ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ UiTM Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang

Jangan lepaskan peluang ini. Jom hadir beramai-ramai dan bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan!

27/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN AMBANG MERDEKA SAHABAT MADANI PERMATANG PAUH πŸ‡²πŸ‡Ύ

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka Sahabat MADANI Permatang Pauh yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

πŸ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi hingga 6.00 petang
πŸ“ UiTM Kampus Permatang Pauh

Pelbagai aktiviti menarik disediakan, antaranya pertandingan mewarna, sukan rakyat, brisk walk, pound fitness, autoshow, persembahan kebudayaan, pemeriksaan kesihatan, jualan Rahmah MADANI, jualan Agro MADANI serta perkhidmatan daripada agensi kerajaan.

Program turut dimeriahkan dengan persembahan barisan artis terkenal serta cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik termasuk motosikal dan pelbagai barangan elektrik.

Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat.

KBSMalaysia JBSNegara

24/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan rasa cinta kepada Baginda serta menginspirasi kita untuk mencontohi akhlak dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada seluruh warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.

24/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jom Sertai....
BRISKWALK SAHABAT MADANI AMBANG MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ayuh bersama-sama memeriahkan sambutan Ambang Merdeka melalui aktiviti riadah yang sihat dan penuh semangat patriotik.

πŸ“… Tarikh: 29 Ogos 2026
πŸ“ Lokasi: Dewan Besar, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh
https://maps.app.goo.gl/CD7NoytnC2wopQzr9?g_st=iw
Jarak laluan: 3.4KM
anjuran: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP)
dengan kerjasama: Utara Runnaz (UR)

⏰ Atur Cara Program:

**Pendaftaran / Pengambilan Baju:**6.15 pagi*
*Pelepasan Briskwalk: 7.45 pagi*
*Sarapan pagi bersama YAB PMX di Kedai Roti Canai Terbang*

πŸ”₯🎽PERCUMA!πŸ”₯

Pendaftaran adalah PERCUMA
Setiap peserta yang berdaftar akan menerima 1 helai T-Shirt PERCUMA Eksklusif BRISKWALK
Saiz baju adalah terhad untuk 1,000 pendaftaran terawal sahaja
Makanan dan minuman PERCUMA

✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

πŸ”₯ Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama YAB PMX!

sila klik link pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfsZliSMIkWbAyYu9DNyyiaFcVqiyqFPuwC7ivG2HuJ0DZ4vA/viewform?usp=preview

Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada semangat Malaysia MADANI dalam menyambut Bulan Kebangsaan.

24/08/2026

Program MADANI Kita Kini di Permatang Pauh, Pulau Pinang! πŸ”₯⚑️

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan terutamanya melibatkan pembangunan belia dan sukan di Program MADANI Kita 2026. 🏁

Pakat mai semua bawa keluarga dan sahabat handai seperti berikut: πŸ‘‡

πŸ—“οΈ : 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ : 7.00 pagi - 6.00 petang
πŸ“ : UiTM Kampus Permatang Pauh

Membawakan tema β€œAktif Bersama Komuniti”, nantikan senarai penuh pengisian dan aktiviti yang akan dikongsikan sedikit masa lagi! πŸ“

Penang memang sempoi, JBSN komited πŸ’ͺ🏻



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Photos from KBS SPT's post 23/08/2026

MAJLIS PENUTUP PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH TAHUN 2026

Program Pengurusan Organisasi Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya selepas berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai pengisian berkaitan kepimpinan, komunikasi, pengurusan kewangan, mesyuarat, dokumentasi, pelaporan serta aktiviti berkumpulan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Mazlina binti Maming, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.

Diharapkan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkukuh serta mengurus organisasi masing-masing dengan lebih cekap, tersusun dan profesional.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

πŸ“… Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ“ Tempat: Kompleks Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang





Photos from KBS SPT's post 23/08/2026

SESI 9

Kaedah Pengumpulan Data dan Perekodan (IYRES)
Secara Online Meeting

Program diteruskan dengan Sesi 9 yang memberi pendedahan mengenai Kaedah Pengumpulan Data dan Perekodan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

Peserta diterangkan tentang kepentingan pengumpulan data yang tepat serta kaedah merekod maklumat secara sistematik. Data yang berkualiti amat penting dalam membantu organisasi membuat perancangan, penilaian dan keputusan dengan lebih berkesan.

πŸ“… Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ“ Tempat: Kompleks Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang





Photos from KBS SPT's post 23/08/2026

SESI 8

Pelaporan dan Penghantaran MYKB (ROY)

Pengisian hari ketiga dimulakan dengan Sesi 8 yang memberi tumpuan kepada Pelaporan dan Penghantaran MYKB (ROY).

Peserta diberikan penerangan mengenai tatacara penyediaan laporan serta proses penghantaran maklumat berkaitan organisasi. Pengisian ini penting bagi memastikan setiap pertubuhan melaksanakan tanggungjawab pelaporan dengan tepat, lengkap dan teratur.

πŸ“… Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ“ Tempat: Kompleks Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang





Photos from KBS SPT's post 23/08/2026

SESI 7 – MODUL 5

Pembentangan Kumpulan

Pengisian sebelah malam diteruskan dengan Sesi 7 menerusi Modul 5 yang melibatkan pembentangan kumpulan.

Setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan serta pengalaman yang diperoleh sepanjang aktiviti Kembara PPO. Pembentangan ini menjadi platform kepada peserta untuk berkongsi pandangan, menilai kekuatan kumpulan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi.

πŸ“… Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: Kompleks Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang





Photos from KBS SPT's post 22/08/2026

SESI 6 – MODUL 4

Kembara PPO

Sesi 6 diteruskan dengan aktiviti Kembara PPO yang dilaksanakan secara berkumpulan.

Melalui aktiviti ini, peserta perlu menyelesaikan tugasan dan cabaran yang telah disediakan dengan menggunakan kemahiran komunikasi, kepimpinan, perancangan serta kerjasama berpasukan. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta mempraktikkan pengetahuan pengurusan organisasi dalam suasana yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

πŸ“… Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: Kompleks Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang





Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Bukit Mertajam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


1A, LORONG PERDA SELATAN 2, BANDAR PERDA
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00