DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PSSGMM

DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PSSGMM

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PSSGMM, PUSAT LATIHAN TERTINGGI PSSGMM, KAMPUNG BUNIAN, BUKIT TINGGI, Bentong.

Photos from DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PSSGMM's post 30/07/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67.

Kami menadah tangan ke hadrat Allah SWT, semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya, dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam memayungi pemerintahan, kebahagiaan yang berkekalan serta usia yang penuh keberkatan.

Semoga di bawah naungan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku, negeri Pahang Darul Makmur terus melakar kemajuan, subur dengan kemakmuran, teguh dalam perpaduan, serta sentiasa dinaungi keamanan, agar seluruh rakyat jelata dapat menikmati kehidupan yang sejahtera, harmoni dan diberkati.

Daulat Tuanku.

Sembah Takzim Daripada:
Dewan Perguruan & Adat Istiadat,
Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia

09/06/2026

Pada 8hb Jun 2026 pihak Majlis Tertinggi Pusat PSSGMM telah berkunjung ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Pahang di Kuantan untuk membuat aduan dan laporan terhadap isu yang semakin tular di media sosial dari individu yang membuat naratif dengan berniat untuk mencetuskan persepsi dan sangkaan dari orang awam berkenaan hal ehwal pentadbiran Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia (PSSGMM) Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pihak kami telah bertemu dengan Tuan Sarjan Bahagian Penguatkuasaan JPPM Negeri Pahang untuk mendapat pandangan dan tindakan yang boleh diambil secara rasmi.

Untuk makluman ahli baru khususnya, PSSGMM Induk telah memiliki 14 Cawangan PSSGMM Negeri yg berdaftar di seluruh Malaysia termasuk PSSGMM Caw. WP Kuala Lumpur sejak zaman Pengasas Almarhum Guru lagi. Ikut Perlembagaan, semua Cawangan Negeri mestilah tertakluk di bawah pemantauan dari Pusat samada dari sudut pengurusan urus tadbir dan kewangan setiap Cawangan.

Sepertimana telah diwar-warkan sebelum ini di page DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PSSGMM, Cawangan PSSGMM Kuala Lumpur Gayong Maarifat Kuala Lumpur telah digantung pengoperasian akibat dari pemecatan keahlian majoriti Jawatankuasa Cawangan PSSGMM Kuala Lumpur ekoran dari kes penyalahgunaan kuasa yg diberikan merujuk kepada Fasal 4.5 Perlembagaan, iaitu percubaan untuk membuat penubuhan Cawangan baharu tanpa pengetahuan dan kebenaran dari Pusat sejak 5/05/2025.

Lagi sekali diulang bagi yang bebal susah nak faham, diGantung bukan diBubarkan. Jadi tidak mengambil kira Fasal 13: Pembubaran Cawangan.

Tindakan penggantungan atau pemberhentian sementara pengoperasian Cawangan KL adalah untuk diurus-tadbir pemulihan dan proses kemaskini dibawah direct pengurusan Majlis Tertinggi Pusat sebelum diwujudkan kembali Jawatankuasa Cawangan yg baharu dilantik dalam AGM Khas.

Disamping aduan berkenaan Pemecatan Keahlian dan Penggantungan Pengoperasian Cawangan, aduan berkenaan semakan audit Penyata Kewangan akaun bank PSSGMM Caw. Kuala Lumpur juga didakwa kemungkinan terdapat keraguan yg tidak telus dan munasabah dalam perlaksanaan kewangan dalam akaun bank PSSGMM Caw. Kuala Lumpur. Kes ini akan dirujuk sepenuhnya kepada SPRM dan PDRM untuk siasatan lebih lanjut. Tindakan Saman Sivil juga akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja membuat naratif untuk provokasi, memfitnah, memburukkan nama Persatuan.

Rujukan ini adalah atas nasihat dan perbincangan dengan Bahagian Penguatkuasaan JPPM Negeri Pahang. Sekian, harap maklum.

"Kalau tak dapat menjadi Garam untuk memasinkan ikan, jangan menjadi Langau untuk membusukkannya."

ADMIN
9 Jun 2026 @ 15:56

04/06/2026

PENGUMUMAN RASMI

PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA (PSSGMM)

Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia (PSSGMM) ingin memaklumkan bahawa Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM telah membuat beberapa keputusan berkaitan pengurusan keahlian dan pentadbiran persatuan selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Pertubuhan serta peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

Setelah meneliti pelbagai isu yang telah dibangkitkan dan mengambil kira kepentingan, nama baik, keharmonian serta integriti persatuan, Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM telah memutuskan untuk mengambil tindakan tatatertib termasuk pemecatan keahlian terhadap individu-individu tertentu yang didapati tidak lagi memenuhi kehendak dan tanggungjawab sebagai ahli persatuan menurut peruntukan Perlembagaan PSSGMM.

Selain itu, hasil semakan dalaman yang dijalankan turut mendapati terdapat isu-isu berkaitan pentadbiran dan pengurusan di peringkat cawangan yang memerlukan tindakan lanjut. Sehubungan itu, pihak PSSGMM telah mengambil keputusan untuk menggantung pengoperasian Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tempoh yang ditetapkan serta menamatkan pelantikan individu-individu yang terlibat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan PSSGMM.

Segala keputusan yang dibuat adalah hasil pertimbangan dan proses dalaman yang sewajarnya demi memastikan tadbir urus persatuan sentiasa terpelihara serta selaras dengan objektif penubuhan PSSGMM.

PSSGMM turut ingin menegaskan bahawa sebarang perkara yang melibatkan pihak berkuasa atau proses perundangan akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak yang berkenaan untuk ditangani mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, semua ahli, murid, penyokong dan orang awam adalah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, penyebaran maklumat yang tidak disahkan atau kenyataan yang boleh menjejaskan mana-mana pihak. Sebarang maklumat rasmi berkaitan PSSGMM hendaklah dirujuk terus kepada pihak pengurusan pusat persatuan.

PSSGMM akan terus komited dalam memelihara nama baik persatuan, memperkukuhkan perpaduan ahli-ahli serta memastikan segala aktiviti dijalankan secara profesional, berintegriti dan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sekian, terima kasih.

DEWAN PERGURUAN & ADAT ISTIADAT
PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA (PSSGMM)

Bertarikh: 4 Jun 2026 @ 17:36

20/05/2026

PSSGMM MENJUNJUNG DAULAT RAJA-RAJA MELAYU

"IKRAR MURID GAYONG MA'ARIFAT"

Dengan Lafaz
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Kami anak-anak Gayong Ma'arifat berikrar akan :-

1. Menegakkan Syiar Dua Kalimah Syahadah di atas muka bumi ini.
2. Menjaga dan memelihara maruah Gayong Ma'arifat dengan seluruh jiwa dan raga.
3. Melaksanakan segala usaha yang terdaya dalam mencapai cita-cita Gayong Ma'arifat.
4. Memelihara Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Maruah Bangsa Melayu.
5. Mentaati kepimpinan Gayong Ma'arifat dengan hati yang ikhlas.

Dan Kami sebagai Rakyat Malaysia berikrar akan:-

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja & Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Dan selaku Umat Islam kami berpegang kepada Lima Rukun Islam:-

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
2. Menunaikan Solat 5 Waktu Sehari dan Semalam
3. Berpuasa penuh di Bulan Ramadhan
4. Menunaikan Zakat
5. Menunaikan Haji (sekiranya mampu)

Serta Kami menetapkan hati dengan menghayati Rukun Iman iaitu:-

1. Beriman Kepada Allah
2. Beriman Kepada Malaikat
3. Beriman Kepada Rasul
4. Beriman Kepada Kitab
5. Beriman Kepada Qada' & Qadar
6. Beriman Kepada Hari Kiamat

DENGAN KALIMAH LAA ILAHA ILALLAH KAMI AKAN MELAKSANAKAN SEGALA IKRAR & JANJI KAMI..

ALLAHU AKBAR!!!

26/04/2026

PERMAKLUMAN RASMI

Berhubung dengan dakwaan yang sedang tular di media sosial berkaitan kes rumahtangga seorang murid/ahli dari Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia [PSSGMM] Cawangan W.P. Kuala Lumpur, pihak tertinggi Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM mengarahkan ahli berkenaan untuk hadir ke perbicaraan dalaman dan tertutup dalam Mahkamah Adat Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM yang akan diadakan seperti butiran dalam utusan Surat Rasmi yang telah dihantar kepada individu tersebut.

Semoga dengan tindakan ini dapat menjernihkan keadaan demi menjaga nama baik dan keutuhan PSSGMM khususnya.

“1 SYAHADAH, 1 GERAK, 1 HATI”
“IKHLAS, AMANAH, BERANI”

Yang menurut perintah,
DBS SRI GEMILANG
Setiausaha Sulit Kepada Guru Utama;
merangkap Setiausaha Kehormat Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM

TARIKH: 26 APRIL 2026

20/04/2026

ADAT PERPATIH & ADAT TEMENGGUNG

Mengambil iktibar dari desas-desus peristiwa pemberhentian jawatan dan gelaran Undang Luak Sungei Ujong Dato' Klana Petra iaitu salah seorang dari Undang Nan Ompet @ Pembesar Berempat, seterusnya pengisytiharaan pemecatan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan oleh kuasa Adat Perpatih dari Undang Nan Ompet. Semoga semuanya berlaku dalam rahmat dan kasihsayangNYA Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Negeri Sembilan yang terkenal dengan gabungan 9 Wilayah/Negeri Kecil yg dikepalai oleh Penghulu Wilayah yang dipanggil Undang Luak atau boleh digelar Raja @ Yang DiPertuan Kecil bagi kekuasaan Negeri masing-masing. Dari kesepakatan 9 Wilayah ingin bertuankan Anak Raja Pagaruyung dari Alam Minangkabau yang diangkat sebagai Yang DiPertuan Besar bagi memayungi 9 Wilayah/Negeri yang ada lantas diberi nama Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Istiadat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu juga memakai gelaran Yang DiPertuan Besar selaku Khalifah/Ketua Istiadat dalam organisasinya yang tersendiri dimana Yang DiPertuan Besar Panji Alam juga bernasab dari anak Raja Pagaruyung Alam Minangkabau.

Namun yang istimewanya segala adat-istiadat institusi Kesultanan Melayu Panji Alam yang diamalkan dalam perguruan Gayong Ma'arifat ini adalah memakai kedua-dua sistem Adat Perpatih dan Adat Temenggung, dimana Guru Utama Gayong Ma'arifat selaku Khalifah/Ketua Istiadat memakai gelaran Yang DiPertuan Besar Panji Alam dan adanya Orang-Orang Besar Beradat yang terdiri dari Orang Besar Bergelar Beradat Berempat (Datuk Bendahara, Datuk Temenggung, Datuk Laksamana, Datuk Syahbandar), Orang Besar Beradat Berlapan dan Orang Besar Beradat Enam Belas.

Yang DiPertuan Besar Panji Alam dari Kerabat Bergelar & Waris Beradat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu diangkat Daulahnya oleh Orang Besar Bergelar Beradat Berempat dengan penuh istiadat disiram tabal dengan campuran 9 Air Kuala Sungai Besar dari setiap 9 Negeri Beraja di atas Persada 9 Tingkat Anak Tangga. Prosedur perlantikan ini sepertimana pengamalan dalam sistem Adat Perpatih.

Namun begitu, selaku Yang DiPertuan Besar Panji Alam juga berhak atas kuasa mutlaknya mengangkat mana-mana dari nasabnya yang difikirkan layak menjadi pewaris atau penggantinya dan dengan kuasa mutlak YDPB juga berhak memecat jawatan dan gelaran mana-mana Orang Besar Beradat sepertimana pengamalan dalam sistem Adat Temenggung.

Walaupun begitu, pendiri Kerabat Bergelar & Waris Beradat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu adalah dari bernasab Raja 3 Selo Pagaruyung Alam Minangkabau yakni Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat yang dihapuskan kesan Perang Paderi dan dibawa lari Anak Raja Pagaruyung ke Pahang bernaung di bawah Maharaja Perba Jelai. Dari segi biologinya boleh dikatakan Yang DiPertuan Besar Panji Alam dan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalah sepupu-sepapat dari Anak-Anak Raja Pagaruyung nan jua..

Sumber ihsan dari,
Datuk Bentara Setia Sri Gemilang
Setiausaha Sulit Kepada YTM YDPBPA;
Setiausaha Kehormat Dewan Perguruan & Adat Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia
20 April 2026 @ 13:13

14/02/2026

Atas perkenan dan arahan dari Guru Utama/Presiden PSSGMM mengerahkan kesemua 14 Cawangan PSSGMM Negeri khususnya kepada PSSGMM Caw. Negeri Selangor dan PSSGMM Caw. WP Kuala Lumpur agar dapat membuat laporan polis terhadap kes "Pencerobohan Tanah dan Pembinaan Tanpa Kelulusan" sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib Tuan Tanah dan juga sebagai tanda kesatuan bersama pihak NGO yang memperjuangkan demi kepentingan awam dan keamanan sejagat.

Yang menurut perintah,
-DBS Sri Gemilang-
Setiausaha Sulit Kepada YTM TPA II;
Setiausaha Kehormat DPDAI PSSGMM

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Bentong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


PUSAT LATIHAN TERTINGGI PSSGMM, KAMPUNG BUNIAN, BUKIT TINGGI
Bentong