Majlis Gurulatih Pusat Psspgm

Majlis Gurulatih Pusat Psspgm

Share

Majlis Gurulatih Pusat PSSPGM

Photos from Majlis Gurulatih Pusat Psspgm's post 31/07/2026

Semoga roh TG J***t & TG Rusli sentiasa dirahmati Allah..Ditempatkan bersama orang-orang beriman

Terima kasih buat semua anak gayong atas doa & ingatan semua..

30/07/2026

⬜🟩🟥🟨⬛

*UTUSAN RASMI*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh dukacita semua sedia maklum berkenaan Tok Guru J***t telah kembali ke rahmatullah.

Sehubungan itu, satu Majlis Tahlil dan Doa Selamat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: Jumaat, 31 Julai 2026
🕘 Masa: Selepas solat Isyak
📍 Tempat: Gelanggang Pusat, Gurun, Kedah.

Semua ahli, sahabat handai dan mereka yang berkelapangan dijemput hadir bagi bersama-sama menghadiahkan bacaan tahlil dan doa kepada Allahyarham.

Dimaklumkan juga bahawa segala aktiviti latihan pada malam ini (Jumaat) adalah ditangguhkan sebagai tanda penghormatan atas pemergian Tok Guru J***t.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

*Dengan ini saya wakilkan kepada semua Gurulatih, Jurulatih untuk menjemput anak-anak gelanggang bersama waris hadir ke majlis tersebut.*

Presiden PSSPGM
MOHD SAMSUNPUTRA BIN ABD MAJID
*TOK LEKIR*

28/07/2026

Dukacita dimaklumkan, Guru kami Yg Dikasihi Abg J***t @ Abdul Ghapar Bin Dato' Raja Abdul Majid, telah kembali kerahmatullah pada awal pagi ini 29 Julai 2026,

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

‎اَللهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya. Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Aamiin Ya'Robbal A'lamin 🤲🏻

Al-fatihah
‎بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

29/04/2026

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ

AL-FATIHAH...(dibaca)
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Telah meninggal dunia ayahanda TG Rusli Hashim sebentar tadi.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

🤲🏻 Ya Allah Ya Tuhanku
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....

Aamin Ya Robbal Aalamiin

Mohon semua doakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuk Almarhum...😭😭

01/01/2026

Selamat Ulang Tahun buat Pendita Utama Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Dato' Doktor Raja Abdul Majid bin Raja Mat Isa...

Smoga Allah kurniakan kesihatan yg baik dan limpah RahmatNya...

Segala Pejuangan Mu dan Keringat Mu...
Akan sentiasa kami teruskan...

Legasi Gayong ⚪🟢🔴🟡⚫

Tetap Gayong!!!

31/12/2025

*UCAPAN PENGHARGAAN TG LEKIR*

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, saya bagi pihak Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga PSSPGM atas kejayaan penganjuran Kursus Kemantapan, Ulangkaji & Kenaikan Bengkong PSSPGM Sesi 2025 yang telah berlangsung dengan lancar, tertib dan penuh beradab di Damai Park Resort, Merbok, Kedah.

Kursus ini bukan sekadar medan penilaian kenaikan bengkong, malah merupakan satu platform penting bagi pemantapan kefahaman ilmu, pengukuhan adab, disiplin serta penghayatan nilai-nilai warisan yang menjadi teras perjuangan PSSPGM sejak penubuhannya. Kejayaan pelaksanaan kursus ini membuktikan kesungguhan dan komitmen berterusan seluruh warga PSSPGM dalam memastikan kesinambungan ilmu pusaka disampaikan secara tersusun, berwibawa dan berlandaskan disiplin perguruan yang sahih.

Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pesilat yang telah menyertai kursus ini. Pencapaian yang diraih bukanlah sekadar kenaikan bengkong secara zahir, tetapi merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar untuk terus menjaga maruah, adab serta jati diri Silat Seni Silat Pusaka Gayong. Teruskan berlatih dengan penuh istiqamah, rendah hati, serta berpegang teguh kepada prinsip guru dan perguruan.

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada seluruh barisan Sekretariat Pejabat Majlis Gurulatih Pusat (MGP), Gurulatih Pengajar Pusat, Majlis Gurulatih Negeri dan Cawangan, Dewan Penguji, serta Jawatankuasa Pelaksana yang telah menjadi tulang belakang dalam menjayakan kursus ini. Komitmen, pengorbanan masa dan tenaga, serta semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan amat saya hargai dan sanjungi. Tanpa kebersamaan dan kesepaduan yang utuh, kejayaan ini pastinya sukar direalisasikan.

Tidak dilupakan juga penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan secara langsung atau tidak langsung, termasuk cawangan-cawangan, negeri-negeri, serta para penyokong yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kelangsungan perjuangan PSSPGM.

Akhir kata, saya berharap Kursus Kemantapan, Ulangkaji & Kenaikan Bengkong PSSPGM ini akan terus dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang sebagai pemangkin kepada pengukuhan sistem pelajaran, disiplin perguruan serta penyatuan saf perjuangan PSSPGM ke arah sebuah pertubuhan yang lebih tersusun, profesional dan berdaulat.

Sekian, terima kasih.

*“Tegap Bertapak, Teguh Menjulang”*

Yang menjalankan amanah,

*TG. MOHD SAMSUNPUTRA BIN DATO’ DR. RAJA ABDUL MAJID*
Presiden
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)
⚪🟢🔴🟡⚫

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Batu Pahat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Batu Pahat
83000

Opening Hours

Thursday 20:00 - 22:00
Friday 20:00 - 22:00