Selamat Ulang Tahun Kelahiran Coach Faizal Ben Piyeto Naib Presiden JBA.
Semoga di panjangkan umur dilimpahkan rezeki di lindungi serta di rahmati oleh Allah swt. Aamiin.
Ikhlas daripada
Presiden dan Jawatankuasa
Johor Baseball Association - JBA
Johor Baseball Association - JBA
Persatuan Besbol Johor merupakan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) Sukan di Negeri Johor.
07/08/2026
Majlis Penyerahan Bendera Malaysia dan Sedikit Sumbangan daripada Johor Baseball Association - JBA di SMK TUN Aminah Gemilang yang di sampaikan oleh Wakil Presiden En Wan Zahid Wan Hassan bersama Pengetua SMK Tun Aminah Puan Zaleha kepada 4 Atlit Projek Pembangunan Besbol Johor yang akan mewakili Malaysia ke Malaysia International Women Baseball Championship 2026 di UPM Serdang pada 12 - 16 Ogos 2026.
Nur Adreana Sofea Muhammad Taj (Pt Yaani)
Nur Fatihah Batrisya Mohd Faizol (Pt Yaani)
Nur Iwana Nadhirah Norizzuan (Pt Yaani)
Rafesha Rannia Rozzaiman (Kulai)
Semoga atlit Johor terus berkembang, cemerlang dan berjaya di Peringkat Antarabangsa InshAallah Aamiin.
Terima kasih kepada Baseball Federation of Malaysia - BFM memberi ruang dan peluang kepada Atlit Johor untuk beraksi dalam pentas Antarabangsa.
Onn Hafiz Ghazi Najib Samuri
JOHOR JADI JUARA
06/08/2026
Are You Ready Guys ‼️‼️‼️
JOHOR JADI JUARA
𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗦𝗕𝗢𝗟 𝗨𝟭𝟮 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗦𝗘𝗚𝗔𝗟𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗡𝗜.
Setiap impian bermula dengan satu langkah. Setiap juara bermula dengan satu peluang.
📅 11 – 13 September 2026
📍 Padang Besbol BFM, UPM Serdang
Pendaftaran kini dibuka!
Tempat adalah terhad.
📧 Permohonan penyertaan:
[email protected]
Play Hard. Respect The Game.
Langkah pertama seorang juara mungkin bermula di sini.
Demi Besbol Malaysia ⚾️ 🇲🇾
02/08/2026
Kejohanan Isono U10 Rubber Baseball 2026
Johor Tigers telah menamat tempat ke 5 keseluruhan bagi kejohanan ini.
Tahniah kepada semua Pegawai, Jurulatih dan Para Pemain U10 yg telah bertungkus lumus dlm kejohanan Kali ini.
Tahniah kepada 2 pemain yg telah terpilih bagi Projek Besbol 2027 Malaysia untuk pemilihan pemain ke Jepun 2027.
1. Nur Iris Irdina Binti Muhamad Helmi
(SK Sri Labis, Segamat)
2. Muhammad Aniq Hafiy Bin Hamizan (SK Ismail 2, Muar)
JOHOR JADI JUARA
02/08/2026
Ayuhhhh ‼️‼️‼️
Tryout Besbol U14 & U16 Team Besbol Johor Tigers.
Boleh hubungi Coach yang tertera di poster.
JOHOR JADI JUARA
01/08/2026
Alhamdulillah untuk Hari pertama Johor Tigers menang 2 dan kalah 1 bagi Isono Malaysia U10 Rubber Baseball Championship 2026.
Doakan kejayaan esok Johor Tigers 🐅 menang 1 lagi perlawanan dalam kumpulan untuk melayakan diri ke Separuh Akhir.
Result Hari ini :
Johor Tigers 8 - 7 Diamond Bay Perak
Johor Tigers 4 - 15 Batking Selangor
Johor Tigers 12 - 1 Selangor
Esok (Penentuan ke Separuh Akhir) :
Johor Tigers vs KL City Boy
JOHOR JADI JUARA
01/08/2026
USONO U10 RUBBER BASEBALL 2026
Johor Baseball Association - JBA telah menghantar penyertaan ke USONO bawah 10 tahun untuk pertama kalinya di adakan di Malaysia yang menampilkan 10 pasukan dan 1 penyertaan daripada pasukan Garuda Indonesia.
Alhamdulillah Johor Tigers telah memenangi 1 perlawanan pagi tadi dan akan bermain 2 lagi petang ini.
Doakan semoga Johor Tigers di permudahkan segala urusan dan terus mencapai kemenangan. Aamiin.
JOHOR JADI JUARA
Baseball Federation of Malaysia - BFM
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
30/07/2026
Majlis Penyerahan Bendera dan Pelepasan Duta Kecil Malaysia ke World Children's Baseball Fair (WCBF) 2026 di Narita, Jepun bagi menyertai program yang menghimpunkan kanak-kanak dari seluruh dunia melalui semangat persahabatan, pertukaran budaya dan sukan besbol.
Tahniah dan syabas.
Baseball Federation of Malaysia - BFM
Johor Baseball Association - JBA
28/07/2026
Penyerahan Bendera dan memberi sedikit Sumbangan bagi mewakili Persatuan En. Wan Zahid Wan Hassan kepada Duta Kecil Besbol Malaysia serta Guru pengiring ke Narita, Jepun pada 29 Julai - 7 Ogos 2026.
Tahniah Muhammad Adham Fahim bin Muhammad Tajuni dari sekolah SK SERI TELOK Parit Yaani Batu Pahat terpilih sebagai Duta Kecil Besbol Malaysia serta Coach Faizal Ben Piyeto.
Seramai 5 Duta Kecil yang terpilih mewakili Malaysia yang akan ke Jepun pada hari esok pelepasan di KLIA Kuala Lumpur.
Jutaan terima kasih Baseball Federation of Malaysia - BFM memberi peluang kepada Atlit dan Jurulatih dari Johor Baseball Association - JBA.
Najib Samuri Hairi Md Shah Sazali Husain Jabatan Pendidikan Negeri Johor
25/07/2026
Latihan Fasa 1, Pasukan U10 Johor ke Kejohanan Isono Rubber Baseball U10 peringkat Kebangsaan anjuran Baseball Federation Malaysia.
📍SK Pekan Baharu
📅 25 Julai 2026
Latihan pembentukan awal pasukan cilik ini menampilkan pemain-pemain berusia 8 hingga 10 tahun.
Kejohanan pertama kali ini juga bakal menampilkan ISKL International School & pasukan Garuda dari Indonesia. ⚾
JOHOR JADI JUARA
Baseball Federation of Malaysia - BFM
Johor Baseball Association - JBA
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Persatuan Besbol Johor D/A Pusat Pembangunan Belia Johor Daerah Batu Pahat
Batu Pahat
83000