SRITI Gombak

SRITI Gombak

Share

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Gombak

โœจ Melahirkan Generasi Rabbani Murabbi โœจ

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Gombak merupakan institusi pendidikan rendah Islam yang menggabungkan sistem pendidikan kebangsaan dan pendidikan Islam secara holistik. Kami bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak dan merupakan sebahagian daripada rangkaian SRITI seluruh negara.

๐ŸŒฑ Membina Generasi Rabbani Murabbi โ€” itulah misi kami dalam mendidik anak-anak agar cemerlang dalam akademik, teras agama, akhlak dan kepimpinan sejak kecil lagi.

Photos from SRITI Al-Mustaqim Gombak's post 20/08/2026
11/08/2026

๐Ÿš Sumbangan Insurans & Roadtax Van SRITI Gombak

Van sekolah SRITI Gombak perlukan pembaharuan insurans & cukai jalan. Jom sama-sama ringankan beban ini!

๐Ÿ›ก๏ธ Insurans: RM1,199.37
๐Ÿš˜ Cukai Jalan: RM1,150.40
๐Ÿ’ฐ Jumlah: RM2,369.77

"Sikit tanda ingat, banyak tanda ada."

Setiap sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, amat kami hargai dan menjadi saham akhirat buat kita bersama.

๐Ÿ’ณ MAYBANK ISLAMIC
5624 0563 3852 (SRITI GOMBAK SDN BHD)
Atau imbas QR code di atas.

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah membalas setiap sumbangan ikhlas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. ๐Ÿคฒ

10/08/2026

Alhamdulillah, secara rasminya hari ini tercatat satu detik bersejarah buat SRITI Al-Abqari Gombak.

Dengan penuh rasa syukur, SRITI Al-Abqari Gombak kini telah memperoleh Pendaftaran Penuh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tempoh 5 tahun, sehingga 31 Disember 2031.

Semoga pendaftaran penuh ini menjadi satu langkah besar dalam memperkukuhkan institusi pendidikan Islam serta memberikan keyakinan kepada ibu bapa untuk terus bersama-sama mendukung usaha melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan proses ini.






10/08/2026

๐Ÿ”ฅ ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—”๐—ง-๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐Ÿ”ฅ
๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ† 5 EMAS | 5 PERAK | 4 GANGSA ๐Ÿ†

Alhamdulillah! Syabas Kontinjen SRITI Selangor!

Untuk kali ketiga berturut-turut, SRITI Selangor sekali lagi membuktikan kehebatan di KESUGA SRITI Malaysia 2026 dengan mempertahankan gelaran JUARA KESELURUHAN!

Kejayaan ini adalah hasil semangat juang yang tinggi, disiplin yang utuh, serta doa dan sokongan padu seluruh warga SRITI Selangor. Kemenangan ini milik kita semua! ๐Ÿ’ชโค๏ธ๐Ÿ’›

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua atlet, jurulatih, guru pengiring, serta penyokong yang tidak pernah putus memberi semangat. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin untuk kecemerlangan yang berterusan! ๐Ÿš€

๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ
"Membina Generasi Rabbani Murabbi"




10/08/2026

SRITI SELANGOR JUARA KESUGA KALI KE-7!

Pemuda PAS Selangor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh Kontinjen SRITI Selangor atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Dan Olahraga (KESUGA) SRITI Malaysia Kali Ke-7 Tahun 2026.

Kejayaan ini adalah hasil kesungguhan para pelajar, komitmen guru-guru, sokongan ibu bapa serta usaha seluruh warga SRITI yang sentiasa istiqamah dalam membina generasi Islam yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda Islam untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kepimpinan, serta menjadi aset penting kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SRITI Negeri Selangor



10/08/2026

๐Ÿ† ๐Š๐„๐๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Ž๐‹๐€๐‡๐‘๐€๐†๐€ (๐Š๐„๐’๐”๐†๐€) ๐’๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ• ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Alhamdulillah, KESUGA SRITI Malaysia Kali Ke-7 Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.

๐Ÿฅ‡ ๐‰๐จ๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐š๐ง: ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ
๐Ÿฅˆ ๐๐š๐ข๐› ๐‰๐จ๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐š๐ง: ๐Š๐ž๐๐š๐ก
๐Ÿฅ‰ ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐š๐ง: ๐๐ž๐ซ๐š๐ค

Tahniah dan syabas kepada semua kontinjen, atlet, jurulatih serta pegawai yang telah memberikan komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan. ๐Ÿ‘๐Ÿป

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan KESUGA SRITI Malaysia Kali Ke-7 Tahun 2026. ๐ŸŒŸ

Jumpa lagi di KESUGA akan datang, insya-Allah! ๐Ÿ†๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ









Photos from SRITI Gombak's post 05/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SELURUH KONTINJEN SRITI GOMBAK

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua atlet yang berjaya meraih pingat, para penerima Anugerah Khas, serta seluruh Kontinjen SRITI Gombak atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan KESUGA Negeri Selangor 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin yang tinggi, semangat kesukanan yang utuh serta kerjasama erat antara atlet, jurulatih, pengurus pasukan, ibu bapa dan seluruh warga SRITI Gombak.

Semoga setiap pencapaian yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mengangkat nama SRITI Gombak pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua. Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat dan kejayaan yang dikurniakan.


Photos from SRITI Al-Mustaqim Gombak's post 21/07/2026

Selamat berjuang!

11/07/2026
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Batu Caves?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 55A, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00