01/06/2026
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi Kejohanan Hoki Jemputan Stabura 2.
Semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain pastinya akan menjadi batu lonjakan terbaik sebelum melangkah ke kancah MSSD Gombak. Semoga momentum kecemerlangan ini dapat diteruskan dan sukan hoki di daerah Gombak terus melahirkan bakat-bakat yang disegani.
Selamat maju jaya untuk persediaan kejohanan yang akan datang.
Hockey Husel
Sk Bandar Baru Selayang 2-Rasmi
01/06/2026
Latihan Bersepadu Pasukan Hoki ELIT Sk Bandar Baru Selayang 2-Rasmi.
Tahniah kepada pemain-pemain yang dapat menghadirkan diri dan syabas atas komitmen yang diberikan..Semoga terus sukses.
23/05/2026
Selamat bercuti dan jangan lupa ulang kaji ya
21/05/2026
Keputusan liga
Skbbs 2 vs SRAI Taman Keramat
6-9
Skbbs 2 vs SRI AL Amin
4-5
Skbbs2 vs SK Hulu Klang
1-8
Perjuangan berakhir disini ✨
Terima kasih atas doa semua .
Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih untuk segala perjuangan, daya usaha, pengorbanan masa dan tenaga demi mengharumkan nama sekolah. Kalah menang bukan ukuran, tetapi semangat kesukanan yg kental itu yg perlu diterapkan dlm diri para pemain. Para pemain telah berusaha sehabis baik dan pengalaman ini akan sentiasa menjadi sesuatu yg berharga untuk mereka pada akan datang. Tahniah sekali lg kepada barisan jurulatih dan atlet bola jaring💪🏻
21/05/2026
Infak Sarapan 2026
Tarikh : 21 Mei 2026 bermula 7 pagi sehingga habis
Menu : Susu Kotak Farm Fresh pelbagai perisa, Biskut Cream-O dan Nasi Lemak
Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga menjadi amal jariah kita di akhirat nanti
✅ Jika ada yang ingin menyumbang untuk infak sarapan pagi anak2 pelajar skbbs2, boleh klik link berikut:
https://mylink.la/linkpibgskbbs2
20/05/2026
Sekitar perlawanan bola jaring Majlis Sukan Sekolah Daerah Gombak yang berlangsung di SK Sinaran Budi hari ini . Alhamdulillah SKBBS2 telah memenangi semua perlawanan pada hari ini dan akan meneruskan cabaran pada esok hari
Chaiyok chaiyok SKBBS2!
19/05/2026
INFAK SARAPAN PAGI PERCUMA UNTUK PELAJAR SKBBS2 YANG DATANG AWAL KE SEKOLAH SESI 2026
Hari : Khamis 21/5/2026
Masa : Bermula 7.00 pagi hingga habis.
Tempat : Depan Dewan Lestari SKBBS2
✅ Jika ada yang ingin menyumbang untuk infak sarapan pagi anak2 pelajar skbbs2, boleh klik link berikut:
https://mylink.la/linkpibgskbbs2
17/05/2026
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) untuk subjek PJPK bertemakan *Pemakanan Sihat* melalui aktiviti "Jom Buat Sandwich Sihat" cara praktikal untuk murid memahami keseimbangan nutrisi.
Sk Bandar Baru Selayang 2-Rasmi
14/05/2026
*PENGUMUMAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH*
Dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Mei 2026
Hari : Isnin
Masa : 7.40 pagi hingga 10.40 pagi
Semua murid diminta hadir seperti biasa dan mengikuti majlis dengan penuh tertib serta semangat menghargai jasa guru.
Murid juga perlu membawa buku mengikut jadual waktu selepas rehat bagi meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.
Kerjasama dan perhatian semua murid amat dihargai.
Sekian, terima kasih.