04/02/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Peluang terbuka kepada semua pemain bola sepak berbakat, khususnya di Daerah Gombak, untuk menyertai Akademi Bola Sepak A TechFit FA di bawah bimbingan bekas jurulatih AT Gombak iaitu Coach Zaidi, Coach Zam dan Coach Shariff.
🎯 Sesi try-out adalah PERCUMA dan akan diadakan mengikut tarikh, masa dan tempat yang tertera di poster.
⏰ Ibu bapa yang berminat boleh terus membuat pendaftaran.
Slot adalah terhad
Terima kasih.
⚽️Makluman Program Latihan / Percubaan Akademi Bola Sepak A TECHFIT (ATFA) ⚽️
Ingin anak anda mahir, berdisiplin dan berkeyakinan dalam bola sepak?
Sertai sesi latihan/percubaan bersama jurulatih pembangunan akar umbi berpengalaman di Akademi Bola Sepak A TECHFIT (ATFA).
Butiran Program:
📅 Slot 1: 5 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
📅 Slot 2: 7 Februari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 5.00 petang – 7.00 petang
📍 Tempat: Stadium Mini MPS
Jalan E 3/12, Taman Ehsan, Kepong
📌 Terbuka kepada: U10, U11 & U12 (terhad)
📞 Pertanyaan: Pengurus Akademi, Pn. Eizan — 011-6084 9119
✨ Pembangunan berstruktur. Fokus teknik, taktikal & karakter.
15/12/2025
JEMPUTAN MAJLIS PENUTUP LATIHAN AKADEMI TUNAS GOMBAK BAGI TAHUN 2025.
DI JEMPUT KELUARGA BESAR ATG BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS PENUTUP INI.
GOMBAK ON TOP !
12/12/2025
Alhamdulillah & Tahniah Diucapkan Kepada ZULFAQAR ZARIFF DANISH BIN ZURAIMI Pemain AT Gombak yg telah diberi Tawaran Masuk Ke Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bagi Sesi 2026. Usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Kami dari Akademi Tunas Gombak mendoakan Zarif sukses. Semoga anda dapat mengharumkan nama Malaysia & Selangor serta terus menimba ilmu bola sepak untuk menjadi yg terbaik dalam kalangan terbaik.
Gombak On Top !
18/11/2025
4 Pelatih At Gombak U12 telah mewakili NFDP Selangor ke Kejohanan Karnival Kebangsaan 2025.
3 Pelatih Iaitu Aniq Iyad dan zarif telah terpilih ke pemilihan akhir AMD, Minta jasa baik semua untuk mendoakan kejayaan mereka.
Tahniah At Selangor
12/11/2025
Semoga Berjaya Kepada Semua Pasukan
KARNIVAL KEBANGSAAN PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA 2025 ⚽
Aksi terbaik dari pemain-pemain muda seluruh negara bakal berlangsung di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang Pahang!
📅 14 – 20 November 2025
🔹 Akademi Tunas: 14 – 17 November
🔹 Pusat Latihan Daerah: 18 – 20 November
Mari saksikan bakat baharu yang bakal mewarnai masa depan bola sepak negara 🇲🇾
26/10/2025
25 October 2025
TEMPAT KETIGA CUP FIEZTA INVITATIONAL CUP 2025 UNDER 11 PERINGKAT KEBANGSAAN.
Tahniah Di Ucapkan Kepada Pasukan Akademi Tunas Gombak Bawah 11 Tahun Yg Telah Berjaya Mencipta Kejayaan Setelah Merangkul Tempat Ketiga Di Kejohanan FIEZTA INVITATIONAL CUP 2025.
Syabas Diucapkan Kepada Semua Pemain Yang Terlibat Sepanjang Kejohanan. Terima Kasih Juga Diucapkan Kepada Para Waris Yang Menyokong Dan Menjayakan Perjalanan Pasukan Di Kejohanan Ini.
Tiada Kejayaan Tanpa Usaha Dan Kerja Keras, Tahniah Anak Anak At Gombak🥉
19/10/2025
✨ Selamat Hari Deepavali 2025 ✨
Kami Dari Warga Akademi Tunas Gombak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu.
16/10/2025
Majlis Penyerahan Diploma C AFC-FAM Kejurulatihan Bola Sepak yang disempurnakan oleh:
1.Dato Richard Scully (Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan FAM)
2.Coach Azhar Ishak (Koordinator Selangor)
Tahniah diucapkan kepada barisan Kejurulatihan NFDP Selangor khususnya Jurulatih Pusat Latihan Akademi Tunas Gombak atas kejayaan menamatkan Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Diploma C AFC-FAM 2025 yang berlangsung di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) tempoh hari.
Kami dari pihak NFDP negeri Selangor mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Dato Richard selaku Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan FAM. Coach Faizal (KJRN KELANTAN), Coach Sutesh (KJRN JOHOR) dan Coach Fuad (KJRN TERENGGANU) kerana berjaya membimbing Jurulatih dari NFDP Selangor yang terlibat sehingga berjaya.
Semoga dengan ilmu yang mereka pelajari dari kursus tersebut, dapat digunakan untuk melahirkan bakat-bakat muda di negeri Selangor.
Tahniah diucapakan kepada:
1.Coach Zaidi (KJP AT Gombak)
2.Coach Shariff (AT Gombak)
3.Coach Zam (AT Gombak)
01/10/2025
28 September 2025
CHAMPION CUP NORTH KIDS LEAGUE UNDER 11 2025 KOPA ARENA USM PULAU PINANG.
Tahniah Di Ucapkan Kepada Pasukan Akademi Tunas Gombak Bawah 11 Tahun Yg Telah Berjaya Mencipta Kejayaan Setelah Merangkul Tempat Pertama Di Kejohanan NORTH KIDS LEAGUE UNDER 11 2025 KOPA ARENA USM.
Syabas Diucapkan Kepada Semua Pemain Yang Terlibat Sepanjang Kejohanan. Terima Kasih Juga Diucapkan Kepada Para Waris Yang Menyokong Dan Menjayakan Perjalanan Pasukan Di Kejohanan Ini.
Tiada Kejayaan Tanpa Usaha Dan Kerja Keras, Tahniah Anak Anak At Gombak 🏆