03/08/2026
Bina Fokus. Tingkatkan Disiplin. Cipta Keyakinan.
Sertai Kelas Memanah Putrajaya khas untuk kanak-kanak dan remaja.
Sama ada baru ingin mencuba atau ingin meningkatkan kemahiran, kami menyediakan latihan mengikut tahap kemampuan setiap peserta.
Daftar sekarang sebelum semua slot dipenuhi.
31/07/2026
Pendaftaran Kelas Memanah Putrajaya Dibuka! πΉ
Beri peluang anak belajar sukan yang membina fokus, disiplin dan keyakinan diri sejak kecil.
β Umur 8β15 tahun.
β Beginner dialu-alukan.
β Coach berpengalaman dan bertauliah.
β Fokus teknik, disiplin & keyakinan diri.
β Laluan ke MSSD, MSSN & MSSM.
β Pengiktirafan merit PAJSK melalui penyertaan dalam aktiviti, kejohanan dan pencapaian sukan memanah.
π Padang Sasar Presint 20
Boleh WhatsApp kami untuk jadual & maklumat lanjut π
π 013-961 6844 /KelasMemanahTitan
Titan Archery Academy
Membidik Karakter Hebat
17/07/2026
Setiap atlet mempunyai spesifikasi dan keperluan yang berbeza. Sebab itu setiap setup bow perlu diselaraskan mengikut kesesuaian atlet, bukan sekadar dipasang terus.
Alhamdulillah, selesai proses setting bow adik Delisha yang baru sahaja beralih daripada wooden recurve ke set recurve baharu. Semoga lebih selesa, lebih konsisten dan terus cemerlang dalam latihan. πΉ
05/07/2026
Suasana latihan hujung minggu di Titan Archery Academy.
Alhamdulillah, kelas berjalan dengan lancar dan penuh semangat. Minggu ini juga kami mengalu-alukan kehadiran beberapa atlet baharu yang mula menyertai latihan bersama keluarga Titan Archery Academy.
Selamat datang dan selamat berlatih. Semoga terus konsisten, berdisiplin dan menikmati setiap proses pembelajaran. πͺ
04/07/2026
Satu pasukan. Satu matlamat. Satu langkah ke hadapan. πΉ
Titan Archery Academy mengucapkan Selamat Datang kepada Coach Muallim Asyraf yang kini menyertai barisan kejurulatihan sebagai Pembantu Jurulatih Pembangunan.
Setiap penambahan tenaga jurulatih adalah satu langkah dalam usaha kami membina asas yang lebih kukuh dan melahirkan atlet-atlet yang bukan sahaja mahir, malah berdisiplin dan berkarakter.
Selamat datang ke keluarga Titan. Bersama kita terus membangunkan bakat dan mengejar kecemerlangan.
24/06/2026
π± Anak asyik dengan gajet?
Apa kata hujung minggu ini mereka cuba sesuatu yang berbeza.
πΉ Belajar memanah
π― Tingkatkan fokus
πͺ Bina keyakinan diri
π€ Berkawan dan bersosial
β
4 sesi latihan sebulan
β
2 jam setiap sesi
β
Peralatan asas disediakan
β
Sesuai untuk pemula umur 8 - 15 tahun
β
Jurulatih berpengalaman
π° Yuran hanya RM100 sebulan
π― Pendaftaran RM50 (sekali sahaja)
Padang Sasar Kelab Memanah Melor, Kajang.
π² WhatsApp Coach Ashraff :
https://wa.me/message/75X4CEY5A5PTJ1
Tempat terhad. Daftar sekarang dan mulakan langkah pertama dalam dunia memanah!
23/06/2026
Singgah kedai memanah Velocision Archery hari ini untuk tengok beberapa model compound bow yang baru sampai.
Sambil melihat spesifikasi dan mencuba sendiri, kita buat sedikit "survey" untuk melihat kesesuaian peralatan serta keperluan pembangunan atlet pada masa akan datang.
Titan Archery Academy kini sedang meneliti dan merancang pembangunan program Compound bagi membuka lebih banyak ruang kepada atlet yang ingin berkembang dalam disiplin ini.
InsyaALLAH, langkah kecil ini akan menjadi permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. πΉ
22/06/2026
Setiap lapangan hebat bermula dengan sebuah lakaran dan sebuah impian. Hari ini ia sekadar pelan, esok ia menjadi medan latihan, dan suatu hari nanti ia melahirkan juara.
Semoga terwujud π€²π»