FC Iswara

FC Iswara

Share

FOOTBALL CLUB FROM BALING, KEDAH

'EACH FALL, MAKE US STRONGER'

FUTBOL CLUB ISWARA! Contact:

Paan - 013-422 5194
Miro - 014-600 5171

28/04/2026

🐯

READY TO ROLL! ⚽πŸ”₯

Debaran makin terasa. Liga Kedah PBMK kini kembali untuk musim terbaru bermula Jun hingga September ini!

Saksikan pertembungan sengit pasukan-pasukan terbaik dalam misi memburu kejuaraan. Dari Bumi Jelapang, kita bangkit bersama demi maruah dan semangat kesukanan yang tinggi.

Siapakah pasukan yang bakal menjulang trofi tahun ini? Berikan sokongan padu anda! πŸ‘‡

πŸ“… Jun - September
πŸ† PBMK Kedah League

Nota:
βœ… Penyertaan akan diutamakan kepada ahli gabungan kelab
βœ… Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Abdul Ra'uf Ibrahim wasap.my/60174950281

20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2026!

MAAF ZAHIR & BATIN DARIPADA FC ISWARA! πŸŽ‰

18/02/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Bulan RamadanπŸŒ™

Kelab bola sepak FC ISWARA ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keinsafan dan mempereratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Selamat berpuasa dan semoga segala amalan diterima.

Ikhlas daripada:
Seluruh warga FC ISWARA 🐯 ⚽

31/12/2025

TAHUN 2025, FC ISWARA JUARA!

Tepat jam 12.00 pagi ini bermakna berakhirlah sudah tahun 2025 yang memberikan kenangan manis kejuaraan kepada FC ISWARA.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bolasepak FC ISWARA atas kejayaan cemerlang menjuarai Piala Liga Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK)

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama pasukan, malah menjadi hadiah paling bermakna menjelang tahun baru ini, serta mengharumkan nama Daerah Baling tercinta!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penaja utama FC ISWARA, iaitu Along Pulai Hardware dan Yh Building Materials atas sokongan padu yang tidak berbelah bahagi sepanjang musim ini.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih khas buat penyokong-penyokong setia FC ISWARA yang sentiasa berdiri teguh bersama pasukan di setiap perlawanan, sama ada di gelanggang sendiri mahupun di tempat lawan.

Terima kasih juga kepada para pemain yang sentiasa memberikan komitmen lebih daripada yang biasa sehingga berjaya merangkul kejuaraan pada tahun 2025!

Semoga tahun 2026 ini membawa lebih banyak kejayaan, kekuatan dan semangat kesatuan untuk FC ISWARA terus melakar kejuaraan!

Terus melangkah gagah, FC ISWARA juara selamanya!

FC ISWARA! BANGKIT TANPA RAGU!

πŸ’ͺπŸ™ŒπŸ«ΆπŸ‘Š πŸ†

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Baling?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Baling
09100