20/07/2024
Perlawanan persahabatan antara Kesihatan Baling FC-KeBal FC vs Veteran Kupang Hegen FC
Di separuh masa pertama,Kesihatan Baling FC mendahului dengan jaringan 2-0.Seperti tersentak VKH FC mengatur kembali permainan dan mengikat KeBal FC 2-2.
Di separuh masa kedua,seperti kehilangan rentak,Kesihatan Baling gagal mengekang asakan daripada VKH FC,dan menyebabkan VKH FC mendahului jaringan 4-2.
Kesihatan Baling cuba kembali bangkit di akhir permainan,dan berjaya menjaring satu lagi gol di minit akhir.Keputusan akhir Kesihatan Baling tewas dengan jaringan 4-3.
Permainan yang cantik dan seimbang antara kedua-dua pasukan layak dipuji,namun nasib lebih menyebelahi VKH FC yang berjaya menyempurnakan setiap percubaan yang didapati oleh mereka.
29/06/2024
Kesihatan Baling FC-KeBal FC 4-2 Kesihatan Kulim
Walaupun hujan turun dengan lebat sekali,kedua-dua pasukan tetap mempamerkan permainan yang cantik dan penuh semangat kesukanan.
Permainan yang seimbang antara kedua-dua pasukan menunjukkan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.Namun nasib lebih menyebelahi Kesihatan Baling apabila berjaya menjaringkan lebih jaringan berbanding Kesihatan Kulim.
22/06/2024
TB game Kesihatan Baling FC-KeBal FC Vs Highlanders FC.Waktu ni jangan tanya score kena berapa.
Kalau nak main game enjoy,jaga kaki,mai set dengan team kami.🤭
30/01/2022
Petang tadi telah berlangsung satu perlawanan persahabatan antara Dressar Kedah Selatan menentang Kesihatan Baling FC.
Perlawanan yang seimbang diantara kedua-dua pasukan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Dressar Kedah Selatan dengan jaringan 4-2 menewaskan Kesihatan Baling FC.