RUHI Training & Publications

RUHI Training & Publications

Share

Arabic for Understanding the Quran Masih ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai asas Bahasa Arab Al-Quran.

Ini dapat diperhatikan berpunca daripada:
1) Belajar Bahasa Arab di sekolah, namun tidak dapat dikaitkan dan gunakan dalam kehidupan seharian, lalu ditinggalkan begitu sahaja,
2) Bila pembelajaran tidak releven dengan kehidupan seharian, ramai beranggapan tidak perlu belajar Bahasa Arab, ia hanya untuk mereka yang berminat dengan jurusan Agama / Bahasa Arab sahaja
3) Sangkaan masyarakat bahawa per

16/07/2026

Dari kecil kita sering mendengar kisah air memancar dari jemari Rasulullah ﷺ. Namun, sejauh mana kita benar-benar memahami hikmah di sebalik mukjizat agung ini?

Jom bersama menghayati peristiwa yang membuka ruang untuk kita lebih mengenali Rasulullah ﷺ serta memahami kebesaran mukjizat yang Allah kurniakan kepada Baginda.

📚 Kitab Asy-Syifa
🗓️ Isnin, 20 Julai 2026
🕰️ 9.15 – 10.30 malam
💻 Zoom Meeting

http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

12/07/2026

Hakikat kematian bukan untuk ditakuti, tetapi untuk dijadikan peringatan. Setinggi mana pun benteng yang dibina, apabila ajal tiba, tiada siapa mampu menghalangnya.

Mengapa Allah menyebut بُرُوجٍۢ مُّشَيَّدَةٍۢ (benteng yang tinggi lagi kukuh) dan memilih lafaz يُدْرِككُّمُ dalam ayat ini? Apakah hikmah di sebalik pemilihan lafaz dalam ayat ini?

Insya-Allah, sama-sama kita menelusuri kupasan Surah An-Nisa’ ayat 78 melalui Pengajian RUHI Talaqqi:

📚 Kitab: Tafsir Jalalain
🗓 Isnin, 13 Julai 2026
🕰️ 9.15 malam – 10.30 malam
💻 Zoom Meeting (Online)

Daftar di sini:
http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

03/07/2026

Mandengar nasihat itu melembutkan hati yang keras.

Kerana itu dikatakan: “Agama itu Nasihat.”

Mari bersama menelusuri mutiara hikmah daripada kitab Nasihat Buat Hamba (Nashāihul ’Ibād) karya Syeikh Nawawi al-Bantani dalam Pengajian Ruhi Talaqqi.

🗓 Isnin | 6 Julai 2026
🕘 9.15 malam – 10.30 malam
💻 Secara Online

Daftar sekarang:
http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

27/06/2026

Insya-Allah, Topic menarik ini akan dikupaskan dalam Pengajian RUHI Talaqi yang akan berlangsung Isnin ini.

Jangan lepaskan peluang untuk turut bersama menghayati topik menarik yang penuh manfaat ini.

💚 Kongsikan posting ini kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat agar lebih ramai dapat mengambil manfaat bersama.

Jumpa anda Isnin nanti, insya-Allah. 😊

⚔️ Daripada Musuh Islam, Menjadi Pembela Agama

Dahulu, Thumamah bin Uthal R.A. dikenali sebagai antara penentang kuat dakwah Rasulullah ﷺ. Kebenciannya terhadap Islam begitu mendalam, sehinggakan tiada siapa menyangka hatinya akan berubah menjadi seorang Muslim yang teguh mempertahankan agama Allah.

Apa yang sebenarnya mengubah seorang musuh menjadi pencinta Islam?

Ikuti kisah luar biasa Thumamah bin Uthal R.A. sebuah perjalanan penuh pengajaran tentang hidayah, perubahan diri, kekuatan iman, dan keindahan akhlak Nabi ﷺ.

📖 Sertai pengajian istimewa ini dan hayati bagaimana seorang insan berubah menjadi simbol besar perubahan dalam sejarah Islam.

📅 Isnin, 29 Jun 2026
🕘 9.15 malam – 10.30 malam
💻 Atas talian

🔗 http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

23/06/2026

⚔️ Daripada Musuh Islam, Menjadi Pembela Agama

Dahulu, Thumamah bin Uthal R.A. dikenali sebagai antara penentang kuat dakwah Rasulullah ﷺ. Kebenciannya terhadap Islam begitu mendalam, sehinggakan tiada siapa menyangka hatinya akan berubah menjadi seorang Muslim yang teguh mempertahankan agama Allah.

Apa yang sebenarnya mengubah seorang musuh menjadi pencinta Islam?

Ikuti kisah luar biasa Thumamah bin Uthal R.A. sebuah perjalanan penuh pengajaran tentang hidayah, perubahan diri, kekuatan iman, dan keindahan akhlak Nabi ﷺ.

📖 Sertai pengajian istimewa ini dan hayati bagaimana seorang insan berubah menjadi simbol besar perubahan dalam sejarah Islam.

📅 Isnin, 29 Jun 2026
🕘 9.15 malam – 10.30 malam
💻 Atas talian

🔗 http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

19/06/2026

💌 JEMPUTAN KE PENGAJIAN BERKITAB: الشفا بتعريف حقوق المصطفى

MUKJIZAT SAMAWIYYAH
Apabila Bulan Terbelah & Matahari Tertahan

Bagaimana bulan terbelah di hadapan penduduk Mekah? Mengapa matahari pernah tertahan sebagai bukti kebenaran suatu peristiwa besar?

Sertai Pengajian Asy Syifa menelusuri mukjizat-mukjizat samawi yang mengukuhkan keimanan, membuktikan kebenaran kenabian Rasulullah ﷺ serta memahami bagaimana peristiwa-peristiwa agung ini memberi kesan dan pengajaran kepada kita sebagai umat akhir zaman.

📅 Isnin, 22 Jun 2026
🕘 9.15 malam – 10.30 malam
💻 Atas Talian

http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026
http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

16/06/2026

Salam Awal Muharam 1448H 🌙

Setiap tahun yang berlalu membawa kisahnya yang tersendiri. Ada nikmat yang mengajar syukur, ada ujian yang mendidik sabar, dan ada kesilapan yang mengajar kita untuk kembali kepada Allah.

Awal Muharam hadir sebagai ruang untuk muhasabah dan permulaan yang baharu. Bukan sekadar menukar kalendar, tetapi memperbaharui niat, memperelok amal dan meneruskan perjalanan menuju reda-Nya.

Semoga tahun ini menjadikan kita insan yang lebih dekat dengan Allah, lebih teguh dalam kebaikan dan lebih istiqamah dalam setiap langkah.

Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H. Semoga hijrah kita bukan hanya pada angka, tetapi juga pada hati dan amal.

— Daripada Team RUHI

Photos from RUHI Training & Publications's post 16/06/2026

Satu tahun berlalu, membawa bersama segala cerita, ujian dan nikmat yang kita lalui. Kini tiba saatnya kita menutup lembaran lama dengan penuh pengharapan, dan membuka lembaran baharu dengan hati yang lebih bersih dan istiqamah.

Semoga doa akhir tahun menjadi penutup yang menghapuskan kelalaian, dan doa awal tahun menjadi permulaan yang diberkati dalam setiap langkah kehidupan.

Moga Allah memelihara kita sepanjang perjalanan ini, dan menjadikan tahun baharu ini lebih dekat kita kepada-Nya.

— daripada team RUHI

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kuala Lumpur