07/06/2026
Weekend Training Session.
Nosta Rugby United -Melaka x SUKMA Melaka.
Well done guys, great session.
Nosta Rugby United - Melaka
trust the process!
07/06/2026
Weekend Training Session.
Nosta Rugby United -Melaka x SUKMA Melaka.
Well done guys, great session.
05/06/2026
"Coming together is a beginning, staying together is progress, and working together is success." โ Henry Ford
Raya dah habis.
Piala Agong dah nak masuk Quarter..
Sekolah pun dah nak buka.
Dah boleh start lari dan bakau tetel balik dah.. ๐ช๐ช๐ช๐ช๐ช
๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ
25/05/2026
ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุข ุฅููููููู ุฑููฐุฌูุนูููู
Al- Fatihah...
Takziah buat keluarga Allahyarham dari Nosta Rugby United -Melaka
ุงููููููู
ููุงุบูููุฑู ููููู
ู ููุงุฑูุญูู
ูููู
ู
Kedah Rugby Union
DUKACITA DIMAKLUMKAN
Dengan penuh dukacita dan rendah hati, kami memaklumkan bahawa Muhammad Azlan bin Azhari, pemain pasukan Piala Agong Kedah, telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.15 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Nurul Huda Lepai, Hutan Kampung.
Seluruh keluarga besar ragbi Kedah merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Sesungguhnya kita telah kehilangan seorang permata dalam arena ragbi Kedah. Kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh keluarga besar ragbi dan sahabat-sahabat yang mengenali Allahyarham.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
โDaripada Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.โ
Al-Fatihah ๐๐
24/05/2026
Mencegah lebih baik dari mengubati.
Semoga semuanya baik-baik..
โ ๏ธ RUGBY IS NOT A DANGEROUS SPORT โ ๏ธ
โ
Dengan syarat semua pemain menjaga tahap kesihatan, kecergasan dan disiplin keselamatan.
โ ๏ธ PERINGATAN KESIHATAN & KESELAMATAN PEMAIN โ ๏ธ
Berikutan beberapa insiden kesihatan serius melibatkan pemain ragbi di utara tanah air baru-baru ini, Persatuan Ragbi Putrajaya ingin mengingatkan semua pemain, pegawai dan ahli gabungan, sekolah dan akademi supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menjalani latihan atau perlawanan.
Kesihatan dan keselamatan pemain adalah keutamaan utama.
๐ PERINGATAN UNTUK SEMUA PEMAIN:
โข Pemain perlu berada pada tahap kecergasan 100% dan menjalani latihan yang betul sebelum bermain.
โข Tiada kompromi untuk pemain yang cedera atau kurang sihat turun bermain.
โข Jika pemain merasa sesuatu yang tidak normal pada badan terutama sakit dada, sila maklumkan segera kepada pihak pengurusan pasukan atau pegawai perubatan.
Mana-mana pemain yang mempunyai sejarah:
โข Stroke haba (heat stroke)
โข Masalah jantung / cardio
โข Mini stroke
โข Sesak nafas atau penyakit berkaitan kesihatan serius
adalah DIMINTA untuk membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan WAJIB memaklumkan kepada pihak pengurusan atau pegawai perubatan pasukan sebelum menyertai latihan atau perlawanan.
Jangan sesekali menyembunyikan keadaan kesihatan diri demi keselamatan bersama.
Dalam kegembiraan dan semangat bersukan, jangan abaikan aspek keselamatan dan kesihatan.
โMencegah lebih baik daripada mengubati.โ
Semoga semua pemain sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan.
24/05/2026
ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุข ุฅููููููู ุฑููฐุฌูุนูููู
NZB Sports Malaysia ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga dan sahabat handai kepada Allahyarham Muhammad Adam Putra Bin Syahril yang meninggal dunia semalam.
Allahyarham yang sedang membuat persiapan bersama pasukan ragbi SUKMA 2026 Pulau Pinang diberitakan rebah dan tidak sedarkan diri ketika latihan di Padang Bola Sepak Batalion 2 PGA Kulim. Allahyarham yang juga merupakan pelajar jurusan Sains Sukan di UiTM Arau Perlis itu disahkan meninggal dunia di hospital tidak berapa lama kemudian.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al - Fatihah.
24/05/2026
Seluruh warga Johor Tigers dan Johor Rugby mendoakan agar pemain Kedah Rugby, Muhammad Azlan Azhari diberikan kekuatan dan kesembuhan selepas insiden semalam. ๐๐
Kami bersama pengurusan pasukan yang masih berada di Kedah iaitu Bandot, Katik, Najib dan Bad akan menziarahi beliau serta keluarga di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah dan mewakili Johor Rugby Union dalam menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 sebagai tanda sokongan dan solidariti.
Di atas padang kita lawan, di luar padang kita tetap keluarga ragbi. ๐๐
22/05/2026
Piala Agong 2026
Minggu ketiga
3 lagi perlawanan bakal berlangsung
Hadirkan diri, berikan sokongan dan meriahkan
17/05/2026
Setel.
Happy Sunday guys...
16/05/2026
NOSTA WEEKEND TAP SESSION.
Jom semua player ragbi Melaka yang free weekend tapi sibuk kerja weekdays.
Kita meriahkan Weekend Rugby Tap Session minggu ni.
Veteran, muda mudi. Lai...
Jumpa esok;
Tarikh: 17Mei 2026 (Ahad)
Waktu: 8.00am - 9.30am
Tempat: Dataran Sejarah Ayer Keroh.
Nosta Rugby United -Melaka
11/05/2026