07/05/2021
Tips Sihat Sejahtera
Halaman ini bertujuan menyediakan petua menjaga kesihatan secara menyeluruh.
07/05/2021
05/05/2021
Seorang petugas kesihatan di Hospital Tumpat, Kelantan membantu rakannya yang memakai PPE untuk berbuka puasa.
Semoga petugas kesihatan di Kelantan diberi kekuatan untuk berhadapan peningkatan kes di negeri itu.
Gambar FB Dr Teoh Sze Kye
04/05/2021
Pecahan kes baharu mengikut negeri, 3 Mei 2021. Saringan kontak rapat kekal mendominasi kes baharu dengan 1,384 kes atau 55%.
03/05/2021
Kita berhadapan dengan situasi cukup mencabar dimana peningkatan kes terkini banyak berkaitan dengan Kluster Pendidikan.
Situasi di sekolah bukan mudah ya, dengan pelajar pelajar yang masih kecil,berlari ke sana sini.
Antara basic SOP yang dapat menyelamatkan institusi pendidikan kita dari menjadi pusat penularan adalah dengan memastikan pematuhan pemakaian pelitup muka teruatama dikalangan guru guru.
Namun ramai guru yang mengadu sukar untuk mengajar dengan pelitup muka kerana suara tidak didengari dan perit tekak untuk menjerit.
Langkah pencegahan berikutnya adalah dengan memakai Face Shield. Walaupun tidak sebaik facemask, sekurang kurangnya ada pelindung untuk elak titisan air dari tersebar.
Kehidupan perlu di teruskan, anak anak kita perlu terus belajar untuk menuntut ilmi. dan kita semua perlu belajar untuk hidup bersama covid seperti mana kita hidup dengan penyakit berjangkit lain.
Bacaan lanjut
https://www.facebook.com/1826641927/posts/10214907576242703/?d=n
30/04/2021
Pernahkah anda meluangkan masa untuk membaca bersama anak?
Jika anda belum pernah melakukannya , mungkin ini masa yang baik untuk mulakan satu budaya yang sihat dalam keluarga.
Kajian terkini membuktikan , ibu bapa yang meluangkan masa untuk membaca bersama anak, kurang garang, jarang meninggikan suara dan tidak bersikap agresif dengan anak.
Anak p**a akan kurang hyperaktif dan terlalu nakal. Tingkahlaku mereka akan menjadi lebih baik.
Kajian ini melibatkan 2165 ibu di sekitar kawasan bandar dan telah di terbitkan dalam Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics.
Selain itu, kajian sebelum ini juga membuktikan amalan membaca bersama anak dapat meningkatkan kemahiran berbahasa, ilmu pengetahuan dan skil emosi untuk anak.
Amalan ini mungkin nampak konvensional dan tidak begitu pop**ar dalam masyarakat kita.
Namun ia terbukti mampu memberi impak positif kepada perkembangan akademik, emosi dan sahsiah kanak kanak.
28/04/2021
Kebarangkalian kejadian darah beku disebabkan AstraZeneca sangat rendah dan jarang berlaku. Malah, masih tiada kaitan yang jelas antara kejadian darah beku yang berlaku dengan vaksin ini dan ianya berlaku di kalangan mereka yang berumur kurang dari 60 tahun. Sebagai perbandingan, risiko darah beku dalam pesakit yang dijangkiti adalah lebih tinggi.
Risiko Pembekuan Darah:
AstraZeneca - 4 kes dalam 1,000,000 penerima vaksin
Pil perancang keluarga - 500 - 1,200 kes dalam 1,000,000 wanita
Merokok - 1,763 kes dalam 1,000,000 perokok
Pesakit COVID-19 - 165,000 kes dalam 1,000,000 kes
20/04/2021
Inilah haiwan yang bernama Quokka.
Quokka ni, diberi gelaran haiwan yang paling gembira di dunia dek kerana mulutnya yang sentiasa kelihatan tersenyum. Bukan main manis dia senyum. Yakmat !
Tengok ni, tengah mengunyah daun pun sempat tersenyum.
Saiz quokka ni lebih kurang sebesar kucing dan bergerak dengan cara melompat seperti kanggaru. Kucing melompat2 ? π
π
Sebenarnya, sangat banyak fakta sains tentang binatang, alam semesta, tubuh badan manusia yang pelik, aneh, kelakar, dan lucu tau.
Buku fakta sains banyak dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris keluaran luar negara. Senaskah buku sains biasanya mencecah harga sampai ratusan ringgit. Tak mampu !
Akhirnya ada orang Melayu kita, Dr Wan Fahmi dan Dr Nur Annies menerbitkan buku fakta sains yang menarik dalam versi Bahasa Melayu.
Sambutan hangat diterima. Harga sangat berpatutan. Diulang cetak sampai 7 kali, lebih 160,000 naskah terjual.
Sampai orang Singapore, Indonesia dan Brunei pun beli juga tau. Viral teruk!
Buku ni memang menjadi rebutan di rumah. Baik anak, baik ayah ibu, bahkan atuk nenek pun turut sama berebut.
Teroka Sains 1-3 ni hanya dijual online dari web rasmi mereka. Takde jual kat kedai2. Yang nak dapatkan, terus cepat klik sini jangan tangguh sebab stok terhad ππ»ππ»ππ»
https://app.terokasains.com/shop/000233
https://app.terokasains.com/shop/000233
19/04/2021
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450