15/07/2021
✅ Tiga hari berturut-turut jumlah pemberian vaksin melepasi 400,000 dos sehari.
✅ Setakat 14 Julai, lebih 12.6 juta dos vaksin telah diberikan.
✅ 12.3 % populasi di Malaysia telah melengkapkan dua dos vaksin.
09/07/2021
Pecahan kes baharu , 9 Julai 2021.
06/07/2021
Seorang wanita berusia 30 an, masih muda, sihat dan tiada masalah kesihatan. Datang ke kecemasan dengan kesakitan di bahagian pinggang melarat ke bawah perut. Sakit yang digambarkan lebih perit dari sakit melahirkan anak.
Ujian darah mendapati buah pinggang sudah rosak 80%. Paras creatinine sudah mencecah 400++. Ujian biopsy dari tisu buah pinggang menemui kristal kristal oxalate yang telah menyumbat saluran halus dalam buah pinggang.
Dari mana datangnya kristal oxalate ini?
Persoalan terjawab apabila wanita malang ini mengaku mengamalkan supplement Vitamin C megadose. Setiap hari beliau mengambil lebih dari 2 ribu mg vitamin C. Alasan adalah untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Sebenarnya tubuh hanya memerlukan 80-100 mg vitamin C sahaja setiap hari. Jumlah ini boleh diperolehi dari buah oren atau buah jambu sahaja.
Semasa tempoh pandemik ini, ramai yang memberi nasihat untuk mengambil vitamin C megadose, hati hati.. kerosakan kekal boleh berlaku, buah pinggang yang telah rosak tidak dapat pulih kepada keadaan asal.
14/06/2021
Pecahan kes baharu (4,949)
07/06/2021
Seorang wanita berusia 50an, seorang suri rumah, hanya mempunyai sejarah ke kedai berhampiran untuk membeli barang barang keperluan harian, ada sekali dia ke pasaraya sebelum Hari Raya.
Beberapa hari kemudian, dia mula batuk dan demam. Disangka hanya demam biasa, makan panadol sebijik dan cuba berehat dirumah.
Setelah 3 hari, wanita tersebut mula rasa sesak nafas, badan semakin lesu dan letih. Keluarga membawa ke Bahagian Kecemasan, dan dikejarkan ke zon respi untuk kes suspek covid. Ujian calitan RTK Antigen menunjukkan garis jelas- Positive .
Siasatan dilakukan pada semua ahli keluarga dan rakan terdekat, tiada satu pun yang positif.
Ini adalah contoh kes jangkitan SPORADIK dimana punca jangkita TIDAK DIKETAHUI.
Perkara ini membimbangkan kerana ia bukti jangkitan berada di mana mana. Data terkini menunjukkan kes sporadik di Malaysia adalah mencecah 80%, kematian kes sporadik juga semakin banyak dan membimbangkan.
Jika perkara ini TIDAK MEMBIMBANGKAN , apa lagi indikator pihak anda untuk mengatakan ekonomi lebih penting pada masa ini?
01/06/2021
Bahan beracun mudah dimasukkan kedalam kopi kerana rasa kopi yang pahit mengebabkan anda tidak dapat mengesan rasa aneh dari bahan beracun
31/05/2021
Kerajaan memutuskan untuk TIDAK membenarkan aktiviti rentas daerah dan rentas negeri membabitkan pasangan jarak jauh (PJJ) sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama selama dua minggu, bermula Selasa ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pasangan PJJ terpaksa 'berkorban' buat sementara sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh dilaksanakan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.